Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

perempuan simpanan
Ini kisah mengenai sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah diorang ni dibina di atas pokok. 2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah. Suatu hari, sedang si suami pergi mencari makanan dihutan, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun lantas bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya. Setiap hari sebelum keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya.

Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. Dan punyalah terkejut beruk, dia masuk je bilik tu, dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa... so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi, habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya... Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu, lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri: Apsal mak ketawa?
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu... kalau ye pon nak kawin lain, carik la perempuan yang elok sikit. Ini tak... aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua, hodoh pulak tu! Kahkahkah... The End




Assalamualaikum semua. Dah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah?? Kalau dah tengok pun takpe, download je, bleh tengok banyak kali, ye tak?? Hehe... Aku baru je download semalam. Tapi tak tengok habis lagi. Sibuk bebenor mengalahkan PM. Semalam aku jumpa link download dari blog Zulmovie. Tapi aku rasa dia macam rembat dari blog Amyputra jer... Tak kisah la... Sementara korang singgah blog aku ni, jom layan video prank ni sat... :)



Download Hantu Kak Limah Balik Rumah Korang Kat SINI n SINI (Takut tak kalo Kak Limah tunggu kat rumah korang?? Haaaaa.....)


ps: kalau tak tau camne nak download, jgn segan tanya... kalau tak tau camne nak gabung part 1 n part 2, jgn segan tanya gak karena malu bertanya sesat jalan! peace :)



Assalamualaikum semua, n salam 1 Malaysia. Dah brape hari tak buka blog, n secara otomatik tak blog walking... tapi dont worry, aku akan terjah balik semua yang tinggalkan jekak di shoutmix.

Baru2 ni aku tengok citer megamind. Korang dah tengok??? Download jer, jangan pi beli cd pulak. Bagi aku, citer tu ok. Memang ok. Dan cam biasa katun2 dari barat memang selalunya menyentuh hati. Filem ni mula2 agak membosankan, tapi dipertengahan memang best.

megamind downloadmegamind mediafire
Bagi yang belum tengok, aku akan citer sket sinopsis dier. Megamind adalah anak makhluk asing yang terselamat, dan dihantar ke bumi. Dia dibesarkan di penjara. Dia ni tak hensem, bewarna biru, dan berkepala besar n lonjong, tidak seperti metroman yang hensem, gagah dan selalu dipuja. Oleh kerana selalu tersisih oleh orang disekeliling, dia akhirnya memilih untuk mejadi “the bad guy”. Walaupun sering diabaikan, megamind adalah seorang yang super genius! Megamind akhirnya terpikat pada seorang perempuan. Dan perempuan tersebut menjadi inspirasinya untuk berubah menjadi baik.

Hmm, kadang2 aku nampak diri aku dalam megamind. Seorang yang diabaikan... Dan takde sape peduli tentang dia. Pengajaran dalam citer ni, semua orang mampu berubah dan buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri... Aku pun tak ingat kat mana aku donlod cte ni. Korang pandai2 carik la yer! Adios.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates