Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

IPOH: Seorang lelaki mati lemas, selepas terjun dalam sebuah lombong, semasa cuba menyelamatkan diri daripada dikejar sekumpulan penduduk di sebuah taman perumahan di Bandar Seri Botani, di sini, kerana dipercayai mencuri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat Mohd Shahril Sufian, 30, dijumpai terapung di lombong berkenaan pada pukul 7.50 pagi tadi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. Lelaki itu yang juga seorang penganggur dikatakan telah memecah masuk dan mencuri di sebuah rumah di taman berkenaan pada pukul 7 malam semalam. Selepas menyedari perbuatannya diketahui beberapa jiran, dia telah melarikan diri dan bertindak terjun ke dalam sebuah lombong yang terletak berhampiran taman berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini. Seorang daripada penduduk berkenaan telah menelefon polis berhubung kejadian itu sebelum operasi mencari dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 10 malam tadi tetapi gagal menemuinya. Mayat lelaki itu ditemui terapung di lombong itu semasa operasi disambung pagi ini. Ia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya.



justin bieber datang malaysia

Salam satu Malaysia. Waa, Justin nak mai KL tuh! Ada ke orang nak pi tengok??? Huhu... Setahu aku, pmpn2 kat Malaysia nih minat yang macho2 cam Maher Zain jer. Haha...

Bawa anak2 meriahkan konsert “Justin Bieber My World Tour in Malaysia”
Mula mencipta nama dengan lagu Baby yang berjaya mencuri perhatian peminat seluruh dunia, penyanyi Justin Bieber terus mara mengorak langkah perjalanan kerjaya nyanyiannya. Bakat penyanyi remaja kesayangan ramai yang bakal mengadakan konsert sulungnya yang diberi nama “Justin Bieber My World Tour in Malaysia” di Stadium Merdeka, pada 21 April ini memang tidak boleh disangkal lagi. Buktinya dia berjaya menggondol anugerah Artist of The Year di Music Awards (AMA) pada tahun 2010. Dan ternyata penyanyi cilik ini benar-benar mempunyai aura tersendiri.

Jom kita selidik sedikit sebanyak latar belakang adik Justin Bieber nih.
Justin Bieber dilahirkan pada tanggal 1 Mac 1994 Justin atau nama sebenarnya Justin Drew Bieber merupakan seorang budak lelaki yang berasal dari Stratford, Ontario yang menyanyikan lagu berentak POP/R&B. Selain menyanyi, Justin tutur berkebolehan bermain alat muzik piano, drum, gitar dan trumpet. Bakat anak muda ini mula dikesan melalui laman You Tube di mana beliau telah menghadiri satu pertandingan nyanyian di Stratfod dan memenangi tempat kedua. Bertitik tolak daripada pertandingan tersebutlah, Justin dan ibunya telah memuat naik video nyanyiannya di laman You Tube supaya boleh ditonton oleh saudara-mara mereka. Berpunca daripada video tersebutlah bakat nyanyian Justin dikesan oleh seorang penggiat muzik yang dikenali sebagai Scooter Braun.

Konsert Justin Bieber bantu kanak2 dari rumah kebajikan???
Berhubung konsert yang bakal berlangsung, difahamkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik akan turut diundang bagi menyaksikan persembahan beliau. Apa yang istimewa, setiap pemegang tiket VVIP diminta supaya mendermakan RM1,000 untuk memberi peluang kepada kanak-kanak malang tersebut terpilih untuk ke konsert itu. Selain itu juga, wang hasil jualan tiket VVIP akan disalurkan ke Rumah Kebajikan Nur Salam untuk tujuan amal.



Malek Noor bogel

Salam pagi Jumaat. Rasa-rasanyanya ramai yang dah tau berita tentang bekas ahli bina badan negara kita, Malek Noor yang kini berada di ICU akibat serangan sakit jantung ketika bermain bola sepak. Dijangka esok, beliau akan keluar dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah, kini keadaannya dilaporkan semakin stabil. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh...



IPOH: Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, 56, yang ‘tumbang’ akibat serangan jantung malam kelmarin, dipercayai ada kaitan dengan buah durian kampung yang dimakan bersama rombongan rakan atlet lain. Difahamkan, Malek sempat menjamah jamuan buah durian selepas makan tengah hari dan melawat ladang rock melon milik koperasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Tanjung Tualang di sini sebelum menyertai perlawanan bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar Perak, malam kelmarin.

Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Mumtaz Jaffar berkata, Malek sebelum itu dilihat ceria dan bersemangat untuk menyertai perlawanan berkenaan yang berlangsung jam 8.40 malam kelmarin. Menurutnya, Malek masuk ke padang untuk melakukan sesi pemanas badan dan berjalan menuju ke arah tiang gol stadium untuk memulakan perlawanan.

“Namun, lima minit selepas wisel perlawanan ditiupkan, Malek dilihat seolah-olah rebah namun sempat bergayut pada jaring di pintu gol berkenaan.

“Ketika itulah pengurus keahlian Yakeb, Aminuddin Mohd Nasir, segera meluru masuk ke dalam padang bersama doktor pakar yang disediakan pihak penganjur,” katanya. Menurutnya, Malek hanya memberitahu pening lalu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Hospital Pantai, Ipoh.

“Saya terkejut dengan kejadian itu kerana Malek sempat berseloroh petang kelmarin, menasihati saya supaya jangan terlalu kuat bekerja kerana bimbang diserang penyakit jantung,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin yang ditemui berkata, Malek mulanya menyangka dia hanya diserang angin dalam tubuh dan tidak mahu dihantar ke hospital.

“Ketika dirawat di hospital, Malek berulang kali memberitahu serangan mendadak dialami berpunca dari panas dan angin dalam badan. Namun, selepas doktor mengesahkan ia berpunca daripada penyakit jantung, Malek terus tergamam dan terkejut.

“Saya percaya dia sendiri tidak tahu dia ada penyakit itu, namun saya bersyukur kerana doktor kedua-dua hospital cepat memberi bantuan kecemasan kepadanya,” katanya selepas melawat Malek di wad ICU, Hospital Pantai, di sini. Menurutnya, Malek baru saja pulang dari mengerjakan umrah 19 Mac lalu dan banyak menghabiskan masa bersama anak angkatnya, Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmod, setahun tujuh bulan.

Sementara itu, tinjauan mendapati Malek yang juga Pengarah Eksekutif Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd dilihat masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Pakar perunding kardiologi Hospital Pantai Ipoh, Doktor Chan Chong Guan yang ditemui berkata, keadaan Malek akan dipantau rapi sepanjang tempoh 48 jam bagi memastikan dia kembali stabil. Menurutnya, penyakit jantung dialami Malek akibat saluran darah koronari tersumbat tapi belum di tahap serius dan tidak memerlukan pembedahan segera.

“Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana diberikan bantuan kecemasan dan segera dibawa ke hospital. Ketika kejadian denyutan jantungnya terlalu perlahan dan hanya peralatan di hospital dapat menyelamatkan nyawanya.

“Pemeriksaan perubatan dilakukan mendapati tahap kolesterolnya tidak terlalu tinggi dan dia dijangka keluar dari wad ICU selewat-lewatnya esok sebelum dipindahkan ke wad biasa,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates