Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s. Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.



Pada suatu hari ada seorang pengembala kambing telah dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kejadian pembunuhan. Hakim pun memanggil pengembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soalan-soalan tertentu kepadanya.

Hakim: Wahai Pemgembala Kambing, siapa yang bagi makan kambing kamu?

Pengembala: eeeerrrrr...Yang hitam ke yang putih tuan hakim?

Hakim: Yang putih?

Pengembala: Saya yang bagi makan tuan hakim.

Hakim: Yang hitam?

Pengembala: Saya juga yang bagi makan tuan hakim.

Hakim: Siapa yang perah susu kambing kamu?

Pengembala: eeerrrr..Yang putih ke yang hitam tuan hakim?

Hakim: Yang putih?

Pengembala: Saya yang perah tuan hakim.

Hakim: Yang hitam?

Pengembala: Saya juga yang perah tuan hakim.

Hakim: ????????

Hakim: Siapa yang sembelih kambing kamu?

Pengembala: Yang putih ke yang hitam tuan hakim?

Hakim (dengan meninggi suara): Saya peduli apa yang putih ke yang hitam, kerana dua dua jawapan kamu sama jugak.

Pengembala (juga dengan meninggi suara): Memang saya kena tanya yang putih ke yang hitam tuan hakim, sebab yang putih tu kambing saya, itu pun tak faham ke!

Hakim: Habis yang hitam tu sapa punya?

Pengembala: Yang hitam tu pun saya punya jugak tuan hakim, he he he, sorry.

Hakim: %#%$&*^!)#+(^%#?%&^#??X ......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates