Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Gambar Isteri Nabil Raja LawakGambar Isteri Nabil Raja Lawak


Malam tadi berlangsungnya majlis malam berinai untuk pasangan mempelai Nabil & Zira di rumah pengantin perempuan, Taman Sri Andalas Klang, Selangor. Mereka diijabkabulkan sekitar pukul 5 petang hari ini di Masjid Besi, Putrajaya. Dengan dua kali lafaz, Ahmad Nabil Ahmad sah bergelar suami kepada Nazirah Ayub.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM15,000. Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.

Gambar Isteri Nabil Raja LawakGambar Isteri Nabil Raja Lawak
Gambar Isteri Nabil Raja Lawak
Gambar Isteri Nabil Raja LawakGambar Isteri Nabil Raja LawakGambar Isteri Nabil Raja Lawak

Tahniah buat Nabil dan isteri. Semoga ikatan yang terjalin hari ini akan kekal sehingga hujung nyawa...


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

Salam semua. Entry ini mungkin akan membuat anda rasa takut, bimbang dan mungkin juga bengang, marah serta menjadi biul. Kesan daripada membaca entry ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Serius, saya tak main2. Kalau anda tak bersedia, sila beralih ke entry yang lain… Anda masih membaca? Terpulang…

Ini bukan cerita You Saka. Takde kaitan jugak dengan cerita Senjakala. Ala, kan ada babak pindah saka tu… Siap jerit2 lagi. Huhu… Okay, apa itu saka? Orang melayu terutamanya sering dikaitkan dengan saka. Bangsa lain takda ke?

Sekadar gambar hiasan...

Sejauh mana anda percaya wujudnya saka? Saka ni turun melalui keturunan. Saka BAKA. So, maknanya, dia, atau pun hantu tersebut ialah keturunan anda. Mungkin lapisan nenek moyang yang sudah berzaman meninggal dunia. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Kebanyakan dari kita percaya, tidak ada hantu. Yang ada cumalah jin. Dan tak mungkin hantu itu asalnya dari roh manusia. Sebenarnya, alam ini penuh dengan misteri. Dan saya tidak mahu bertengkar, atau berhujah dengan anda. Boleh rujuk entry saya sebelum ini, 10 Hakikat Hantu.

Saka selalunya menyusahkan. Kesan apabila mereka ada dalam rumah kita, akan sering berlaku pergaduhan dan mungkin juga perceraian, rumah hilang seri, rezeki sukar masuk, dsb. Anda ada pengalaman, cerita mengenai saka? Jom kongsikan…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates