Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam semua. Dah berkahwin? Belum kawin dan masih bujang? Tak kira lah anda dah berkahwin atau masih bujang, anda tentu mempunyai ciri2 wanita/lelaki yang diidam2kan untuk dijadikan isteri/suami, betul tak? Bagi saya kita perlu ada guide dalam memilih pasangan. Supaya orang tersebut sesuai dengan jiwa kita. Kita perlu tahu apa yang kita mahu dalam hidup kita.

memilih pasangan hidup
Berbicara tentang kriteria, saya juga mempunyai beberapa kriteria, atau ciri khas perempuan idaman. Seperti yang kita selalu dengar, biarlah sejuk mata memandang. Tak perlu cantik tetapi cukup sifat dan manis orangnya. Itu semua sudah biasa kita dengar. Betul ke tak mahu yang cantik??? Bagi yang cantik/kacak mesti nak yang sepadan kan??? Sememangnya Islam menggalakkan kita mencari jodoh yang sekufu supaya tidak berlaku permasalahan di kemjudian hari. Samada dari aspek paras rupa, mahupun darjat.

Saya juga sukakan kecantikan. Pada saya, perempuan yang cantik ialah perempuan yang pemalu. Tak kisah lah berkulit cerah atau gelap.Berdahi luas atau berdahi kecil. Berhidung mancung atau tidak. Berbadan gemuk atau kurus. Bahkan kalau hati dah cinta dan sayang, perempuan yang tidak cukup sifat pun saya terima.Kenapa saya suka perempuan yang pemalu. Apabila pemalu, dah tentu sopan orangnya. Dah tentu tidak sosial, dah tentu menjaga aurat dan tahu batasannya dengan lelaki. Anda pernah jumpa perempuan pemalu free hair??? Siap highlight rambut lagi… Perempuan pemalu gi clubbin??? Huhu...

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Tapi ada juga kes, perempuan baik berkahwin dengan lelaki yang jahat. Benar jodoh adalah ketentuan Allah. Tetapi kita perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Saya tidak kata saya baik. Tetapi saya teringin benar untuk mendapat isteri yang baik. Baik macam mana tu??? Bila berkata2, dia tidak berdusta. Bila berbuat sesuatu, hatinya ikhlas. Bila tersilap, sanggup mengaku kesalahan. Dan dia sanggup menerima diri saya seadanya dan turut menerima kelemahan2 yang ada pada diri saya. Bahkan dia menjadi kekuatan bagi diri saya, dan bertindak sebagai penyokong. Orang kata, disebalik seorang lelaki yang berjaya, ada seorang perempuan. Hehe…

Dengan saya sangat mudah. Tak pandai masak? Perkara kecil. Kat internet kan banyak resipi. Kalau dah malas sangat, saya pun boleh masak. Saya memang suka memasak. Kalau dah takde masa sangat, beli je lauk kat kedai Tak pandai nak hias rumah cantik2??? Saya pun tak pandai. Lintang pukang lah rumah kita nanti. Hehe… Tetapi, percayalah, orang yang tidak bersikap jujur dan ikhlas terhadap suami/isteri, sampai bila2 pun tidak akan mengecap kenikmatan dalam berumah tangga. Kerana segala perbuatan yang kita tunjukkan, asalnya dari hati. Sekitranya hati kita ikhlas, layanan kita terhadap pasangan kita juga akan ikhlas. Dan kejujuran pula adalah asasnya. Kalau solat itu tiang agama, kejujuran ibarat tiang dalam sesebuah perhubungan. Dalam bersahabat pun kita perlu jujur, inikan pula dalam sebuah ikatan yang lebih istimewa.

Kalau kita perhatikan fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita. Isteri membenarkan suami berkahwin lagi satu kerana gagal memberikan zuriat. Apa pendapat anda? Ramai perempuan yang berasa rendah diri apabila tidak mampu mengandung. Mereka mendapat banyak tekanan dari keluarga dan juga orang disekeliling mereka. Bahkan suami sendiri turut memberi tekanan. Tetapi bagaimana pula sekiranya lelaki tersebut yang mandul??? Sebenarnya, dalam rumah tangga perlu ada tolak ansur dan persefahaman. Tiada siapa yang suka dirinya ditimpa masalah. Tiada siapa yang minta untuk dilahirkan mandul. Oleh sebab itulah kita perlu menerima seadanya pasangan kita. Kalau saya, saya tak sanggup hidup dengan orang yang hanya ada dimasa saya senang. Apabila dalam situasi getir, dia mengelak dan melarikan diri.

Kalau tidak dapat perempuan yang ciri2nya seperti yang saya nyatakan tadi, saya tidak kisah jika saya tidak bertemu jodoh. Bagaimana pula dengan anda??? Apa kriteria, ciri2 isteri/suami idaman anda???

4 orang menconteng:

hehe pandai masak tu setuju.. lelaki suke pompuan pandai masakk.. yeayy!! mujur saye pandai masak. ahah

@naem glizzy, memang lah suka, tapi saya tak kesah sangat... :e:

bila nak kawin ni?

@Adzriel @ Liza AB, bila duit cukup dan bersedia. kalau ikut hati skarang jugak sy kawin. hehe

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates