SHAH ALAM: Pelawak Nabil Ahmad, 28, merancang untuk membuka perniagaan menjual kasut wanita tidak lama lagi menggunakan sebahagian wang kemenangannya pada program Maharaja Lawak, Jumaat lalu.
Wang sebanyak RM150,000 yang diperoleh tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan ia akan menjadi sebagai modal permulaan perniagaan tersebut. “Saya dah lama ingin berniaga kasut wanita kerana kasut merupakan barangan wanita yang paling banyak dibeli dan mereka sentiasa mengikut trend masa kini.Kebetulan pula, saya dapat tempat ketiga dalam Maharaja lawak, wang tersebut saya gunakan sebagai modal,”. Tambah Nabil, dia akan membeli barangan kasut sarung itu di kedai borong di Bangkok, Thailand.
Selain itu, Nabil juga sedang merancang untuk menunaikan umrah bersama ibunya dalam masa terdekat ini menggunakan wang kemenangan tersebut. Dalam pada itu, dia bersyukur kerana sejak menyertai Mahajara Lawak, dia menerima banyak tawaran lakonan.
“Sejak dilanda pelbagai kontroversi, saya akui, tawaran kerja saya semakin kurang. Bagaimanapun, menyertai Maharaja Lawak telah menaikkan nama saya semula sekali gus pelbagai jenis tawaran lakonan mula mendatang. Kerana pertandingan ini juga saya bersyukur dengan apa yang diterima dan akan ke umrah bersama ibu tidak lama lagi,”.
7 orang menconteng:
alhamdulillah...nabil kat sane jage tingkah laku ye..(mcm la nabil bace komen aku niyh...
itulah tandanya pandai menguruskan duit..^^
bagusla dia wat keputusan mcm tuh...
wat pa yg jd b4 ne sbg pngajaran...
lawak dia pn sgt best...
tp mybe ramai xskong coz dia byk kntroversi...
pa2 pn dia ttp plg kaya dri pmenang2 len..hehe
@TeAqArH, eh mana tau. kadang2 artis baca jugak apa kita tulis pasal dorang...
@diana, sambil nyelam minum air...
@Arpiiz, itu lah tandanya pandai membersihkan nama... hehe
@airisiaixora, haah. btl tu. nabil manusia biasa. sama je. cuma dia kena belajar kawal diri dia. sbb artis selalu jadi idola kpd masyarakat. jadi tumpun masyarakat. sbb tu la kena jaga perangai.
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P