Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam satu Malaysia. Masa bw, ada satu blog yang menceritakan tentang “Menu 1 malaysia”. Tertarik, lantas saya juga ingin kongsikannya di sini…

menu 1 malaysia
Gambar hiasan ikhsan google...

Tahukah anda, orang ramai kini boleh bersarapan dengan harga siling sebanyak RM2 dan makan tengah hari dengan RM4 di 728 kedai-kedai makan di Semenanjung Malaysia, melalui “Menu 1 Malaysia”. Dilancarkan oleh Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Bistro 'Q' Nasi Kandar, berkata, program ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan harian orang ramai apabila kerap makan di luar.

"Orang ramai jarang makan tengahari dan sarapan di rumah sekarang, jadi dengan program ini, mereka boleh menghabiskan RM6 di kedai-kedai terpilih," katanya kepada media selepas melancarkan program berkenaan. Beliau berkata restoran-restoran lain yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat kementerian di negeri-negeri.

Bagi saya, walaupun program ini boleh membantu mengurangkan perbelanjaan, harga barangan harian seperti gula, minyak masak, daging, dan produk-produk lain tetap terus meningkat. Persoalannya, adakah program Menu Rakyat 1 Malaysia bertujuan membantu rakyat atau ia merupakan satu rancangan untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada slogan 1 Malaysia itu sendiri?


4 orang menconteng:

Mungkin katakan begini, apa saja cara yang dapat membantu adalah satu yang baik. Tapi 1Malaysia adalah Trademark untuk pemimpin sekarang. Seperti Juga Slogan Malaysia Boleh Dulu.

Jadi Gunakan slogan untuk semua jenama yang dapat membantu, sambil membantu kuatkan jenama.

Serampang dua mata bukan. :)

kempen kena power sekarang... tak lama dah nak pilihanraya.

@taliff, kira sambil menyelam minum air la? hehe

@Adzriel AB, betul tu. jwpn yg tepat. 10 markah utk kak liza.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates