Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak aku update blog Syurga Itu Indah. Sebenarnya aku amat sibuk, dan ini menyebabkan aku tak sempat balas kesemua jejak di shoutmix. Aku mintak maaf banyak2 yer. Bukannya aku sombong k...
Bila dah tak blog walking, takda entry best, duit nuff aku pun tak naik2. Macam tu jugak jumlahnya, tak berganjak. Nak buat camana, kerja terlampau banyak. Tapi takpe la kan. Lagi pun, ape sangat la duit nuff tu. Yang sedihnya, dah tak banyak yang bertandang ke sini. Bila aku buka blog, aku check la kot2 ada komen baru. Tapi takda pun. Agak sedih dan terkilan.
Okaylah. Sebenarnya aku nak citer pasal satu tabiat manusia yang boleh kata tiap kali datangnya hari Jumaat, aku jumpa. Dan perkara ni berlaku di masjid, time solat Jumaat.
Tadi masjid yang aku pegi agak penuh, so time dah nak start solat, aku pun berdiri lah. Tiba2 ada sorang pakcik nih rempuh bahu aku. Dia himpit kat celah aku n member aku. Walaupun aku tak suka dia buat camtuh, aku faham yang dia takut tak dapat ruang untuk sembahyang.
Tapi itu bukan perkara yang buat aku bengang/bengkek/beron. Yang buat aku tension ialah pakcik ni baca Alfatihah kuat. Time rukuk dan sujud pun baca kuat. Aku tak dapat tumpu perhatian. Kelam kabut fatihah aku. Aku lupa takat mana aku dah baca. Nak je aku berenti solat, tepuk bahu pakck tu dan cakap camnih:
”pakcik, bleh tak baca pelan sikit... Orang lain pun tahu baca fatihah... Tak payah baca kuat2...Tak khusyuk solat saya.”
Tapi takkan aku nak buat camtu, kan. Sebab perbuatan tu agak biadab. Dia kan orang tua. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, orang yang berumur je baca kuat2. Sebab apa??? Sebab bila dia solat dengan orang muda di sekeliling dia, dia nak tunjuk yang dia lebih arif. Dia malu kalau orang muda lebih arif soal agama. So dia baca lah kuat2. Konon dia alim dan lebih senior la dalam Islam ni. Tapi, dalam Islam takda senior2 ni. Takda pun kata orang yang berumur, yang dah lama beribadat tu lebih bagus. Kita manusia sama saja. Iman tak boleh diukur berdasarkan usia. Setuju tak??? Ni Cuma pandangan aku je.
Pernah tak korang alami situasi yang sama??? Kalau korang pompuan pun takpe. Still bleh beri pendapat. Err, kalau ada yang sudi komen entry nih, sambil2 komen tu, aku nak tanya sikit, blog aku berat tak???
12 orang menconteng:
tak baik fikir negatif..bkn dia nk nunjuk2 kot..maybe dia dh terbiasa cm tu kot..hehe..
@cik chocomint, salam... komen pertama. Terima kasih. dulu memang tak nak pikir negatif. tapi org muda takda plak buat camtu. Maybe jugak dia dah terbiasa. Tapi cara solat camtu mengganggu orang lain.
tak berat pun..ok je.. hehehe..tak tahu la pulak kalo line okey..blog Tim berat tak? heheh..dan2
ish.. itu kira dah berprasangka buruk tu.. sebenarnya... orang tua2 ni.. kurang pendengaran.. jadi dia baca kuat sikit supaya dia sendiri boleh dengar.. dan mungkin juga dia dah terbiasa mcm tu... kita sebagai golongan muda... aatau sesiapa sahaja.. perlu berbaik sangka..
@Tim Cik KupuKupu Ungu, tq2... jap agy sy terjah blog Tim!
@SyUhAdA, Maybe jugak dia ada sbb sendiri. Trimas drop coment yer!
@Cekodok, tapi pakcik tadi tak la tua mana, bleh langgar saya plak tu. hehe...
hohoh. honestly, orang ada kawan baca surah kuat2 time solat. memang agak disturbing sebenarnya. tapi sebenarnya bila dia baca kuat tuh bukan orang paham tau, sebab dia macam kuat tapi laju. maka sudahnya, tak jelas pun bacaan dia.
bloq ini tidak berat langsung. :)
@Fathiah Hamim, Terima kasih atas komen anda. Ye ke tak berat langsung? Saya rasa agak lembab. Mungkin firefox saya yang prob. Tq yer...
Memang perbuatan pak cik tu salah.
Mana boleh membaca kuat pada waktu sembahyang sehungga menggangu orang lain..
Manakala handest saya " Vibrate " 24 jam...
Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...
:k: hehe...x sgj kot....da biasa jd imam kat umah ke kan...
@M.a.s.u.r.i, hehe... betul3 (upin ipin)
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P