Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

putus tangangambar hiasan ikhsan google


Seorang penarik kereta hampir putus tangan kirinya selepas ditetak dengan sebilah pedang di Kampung Tok Jiring di Kuala Terengganu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata tangan mangsa ditetak pemilik sebuah kereta yang cuba ditarik dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang. Beliau berkata dalam kejadian itu, penarik kereta yang berusia 48 tahun bersama empat lagi rakannya pergi ke rumah seorang pemilik kenderaan yang gagal membayar ansuran selama lima bulan.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat rakan mangsa, penarik kereta itu bersama seorang lagi rakannya menyerahkan surat kebenaran daripada pihak bank untuk menarik kereta tersebut kepada suspek.

"Namun sebaik sahaja membaca surat itu, suspek masuk ke dalam rumah sebelum keluar semula dengan membawa sebilah pedang dan terus menetak mangsa," katanya kepada pemberita hari ini.

Manoharan berkata mangsa yang cedera parah di tangan kirinya itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk menyabung bahagian tangan yang hampir putus itu. Katanya suspek berusia 42 tahun yang berasal dari Besut telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam semalam membuat laporan dia diserang oleh penarik kereta tersebut.

Lelaki itu kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.


2 orang menconteng:

serius macam samurai. macam2 sekarang ni. :a:

@geekz36, tu la pasal, hehe...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates