Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum semua. Wah, bagi yang bekerja di pantai timur boleh menarik nafas lega... Sebab dah berakhir minggu ni, dan besok bolehlah berehat dan bersantai2... Bagi yang dah bekeluarga pula, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan isteri dan anak2...

Tadi semapat saya menonton sebuah filem. Filem tersebut dah lama sebenarnya. Tapi saya baru berpeluang menontonnya. Filem tersebut benar2 telah menyayat hati saya. Nak tau filem apa??? Filem tersebut ialah The Pursuit Of Happyness, lakonan hebat Will Smith.

filem sedih

Siapa yang dah tengok, tentu saja faham mengapa filem itu sangat2 mengagumkan saya. Terdapat beberapa babak yang membuatkan air mata saya tidak mampu untuk ditahan. Bagi yang xda idea cerita ni berkisar tentang apa, saya akan ceritakan serba sedikit. Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tinggal di San Francisco, bergelut dalam masalah kewangan. Ia mengisahkan tentang kepayahan hidup yang mendesak manusia. Ya, apabila tiada wang, pergaduhan suami isteri mudah berlaku akibat bebanan sewa rumah dan sebagainya. Apa yang menarik, filem ini adalah sebuah kisar benar!

Apabila menonton filem ini, saya berasa sangat malu kerana saya tidak akan dapat menjadi seperti watak dalam filem ini. Dalam filem ini, Will Smith adalah seorang bapa yang sangat cekal. Dalam kepayahan hidup, dia masih bertanggungjawab terhadap anaknya, dan masih sabar dan tidak mudah melenting. Dia percaya pada diri sendiri dan tidak mudah putus asa dalam hidup.

Will Smith yang memegang watak sebagai Chris Gardner, mendambakan kegembiraan dalam hidup, demi anaknya yang masih kecil. Kalau ada yang belum pernah menonton filem ini, elok lah menontonnya. Sebab ia merupakan sebuah filem yang sangat baik. Kalau ada yang request nak link untuk download citer ni, InsyaAllah saya akan carikan.

Baiklah, sampai sini dulu ya... :)


5 orang menconteng:

hmm... blum tgok lg la cter ni.

@Hafriz Mohamad, bagus citer ni banyak pengajaran...

@diana, tak... maybe sbb ada misai nampak tua. hehe.

cerita ni jadi inspirasi buat akak dlm bidang sales.

@Adzriel AB, kne kuat... kalo sy meniaga, dpt cabaran camtu... entahla...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates