Presiden Bush Dan Pemandu
Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini, dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata... "Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan."
"Well", kata Bush... "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US, kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."
"Wah," kata pemandu.. "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."
Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama, Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.. Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... Polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.
"Tuan.." kata Polis itu. "Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa???" kata atasannya."Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"
"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Hmm, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis tadi. "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"
LAWAK 2
Suatu Hari Di Jamban KLCC
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi la yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara...
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yg aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan dia, aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi...
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas jugak, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas tu, suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli, aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawab jer!!!
Errr.....
1 orang menconteng:
@diana, cerita no 2 tu agak sedih jugak la... huhu
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P