ULU KELANG – Pasangan, Norman Hakim dan tunangnya ya:ng juga pelakon, Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Hakim Syarie, Salehan Yatim mendapati kegagalan pasangan itu hadir ke mahkamah sebagai tidak munasabah. Menerusi prosiding semalam, peguam syarie, Munirah A Bakar hadir menyebut bagi pihak peguam mewakili kedua-dua artis itu, Fakhrul Azman Abu Hassan yang turut tidak hadir kerana berada di luar negara. Menurutnya, Norman, 34, menelefon beliau pagi semalam dan memberitahu tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan, manakala Memey, 23, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berada di luar kawasan.
Namun, pelakon yang juga bekas suami dramatis, Abby Abadi itu tidak mengemukakan sijil cuti sakit kepada mahkamah. Pemilik nama asal Mohamed Norhakim Zaidon itu dan Memey sedang dibicarakan kerana didakwa berkhalwat di pejabat ber-alamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini antara 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008. Kes khalwat terbabit mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan tanah air kerana Norman ketika itu masih suami Abby, manakala Memey adalah seorang pelakon baru meningkat popular. Pada 20 Januari 2009, akibat kes itu Norman didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Pasangan dikatakan akan bernikah tahun ini boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Setakat ini, perbicaraan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal sudah mendengar tujuh saksi memberi keterangan. Mahkamah menetapkan 20 Mei depan untuk peguam kedua-dua artis itu membalas hujahan dan pihak pendakwaan akan menggulung hujahan pada 20 Jun depan. Salehan menetapkan 29 Julai depan untuk keputusan kes.
3 orang menconteng:
kuang kuang kuang...trime sajela knyataan, aku masih terkilan (nape tak kawin2 lg)huhuhu
letih le dengan diaorang ni.. kawin cepat lah woiii..
tu lah. sy menyampah. tp pelik masih ada pmpn yg suka sgt norman... ceh
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P