Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

“Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa. Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam walaupun saya sedang tidur dalam bilik, tetapi mereka mengejutkan saya dan meliwat berulang kali. Saya hanya menangis kerana amat sakit.”

Begitu kata murid yang mahu dikenali sebagai Din, sembilan tahun, dipercayai menjadi mangsa liwat tiga pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz di Baling, pada bulan lalu. Kejadian berlaku pada minggu kedua selepas mangsa memasuki sekolah itu pada 20 Jun lalu, namun kejadian terbabit hanya diketahui ibu bapanya ketika dijemput selepas sesi orientasi selama 40 hari pada 30 Julai lalu berikutan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

Selain diliwat berulang kali oleh tiga pelajar berusia 12 tahun terbabit, dia mendakwa dipukul dengan pelbagai objek antaranya kayu, kerusi, besi, penyangkut baju, getah paip serta ditumbuk, malah ketiga-tiga pelajar itu membuang air kencing ke dalam mulutnya. Perbuatan terbabit dilakukan tiga pelajar itu setiap hari, adakalanya pada waktu tengah hari, tetapi lebih kerap pada malam sama ada dalam bilik asrama, bilik air, surau dan tandas. Dia dan murid lain tidak mampu melawan kerana takut dengan tiga pelajar terbabit.

“Kejadian liwat dan dera berlaku berulang kali, namun saya tidak berani melaporkan kepada pengurusan sekolah kerana takut dipukul. Sebelum itu saya pernah dipukul dengan batang paip plastik kerana enggan bercakap akibat dipaksa makan tulang ikan oleh tiga pelajar itu. Pada mulanya, saya mahu memberitahu kejadian kepada ayah yang datang pada 25 Julai lalu, namun terpaksa berdiam diri dan memberitahu saya sihat kerana diberi amaran oleh pelajar itu dan pengurusan. Namun, saya lega apabila ayah datang pada 30 Julai lalu dan membawa saya keluar dari tahfiz itu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan perubatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bapa mangsa, Johari Pak Zain, 44, berkata kejadian menimpa anaknya disedari ketika datang ke tahfiz berkenaan pada 25 Julai lalu selepas rakannya membuat laporan polis berhubung kecederaan yang berlaku terhadap anak kembarnya. Pada mulanya dia terkejut melihat ada kesan lebam dan kecederaan pada muka dan telinga anaknya, lalu bertanya kepada pengurusan tahfiz itu, namun diberitahu Din mungkin mengalami alahan manakala cedera di telinga akibat bermain.

“Saya cuba bertanya kepada anak, namun memberitahu dia sihat dan tidak ada apa yang berlaku. Saya akur penjelasan daripada pengurusan sekolah lalu pulang. Tetapi, saya terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada tubuh anaknya apabila kembali melawatnya pada 30 Julai lalu. Justeru, saya kini akan membuat laporan polis lagi terhadap pengurusan tahfiz berkenaan untuk tindakan,”



3 Murid Ditahan

ALOR SETAR: Polis menahan tiga murid sebuah sekolah tahfiz di Kuala Pegang, Baling kerana disyaki memukul, mendera dan meliwat tiga murid junior sekolah berkenaan sejak sebulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah, berkata semua suspek ditahan di surau sekolah tahfiz berkenaan kira-kira jam 2 pagi,.

“Berdasarkan laporan ibu bapa mangsa pada 30 Julai lalu, kami menjalankan siasatan dan menahan ketiga-tiga suspek terbabit di surau tahfiz itu. Kami menahan mereka berikutan aduan bapa mangsa berhubung anaknya berusia sembilan tahun dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun. Berikutan itu, murid berkenaan terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.”

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan ketika menjalankan aktiviti keagamaan di sekolah tahfiz berkenaan, tetapi mereka dibebaskan sementara dengan jaminan polis kerana masih di bawah umur. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii.”



Pendapat aku: Apa ke gila budak2 sekarang. Rasa macam pelik je , budak 12 tahun dah buat benda tak senonoh macam ni. Dunia ni semakin maju, dan kemajuan ni la yang menjerumuskan kanak2 terhadap keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Mana dorang blaja liwat2 nih?? Aku dulu masa kecik, tanya mak aku, apa maksud liwat?? Sebab aku tengok, hari2 dalam berita TV3 duk gebang kes Dato Sri Anuar Ibrahim. Mak aku siap marah aku sebab tanya soalan tu. Tapi zaman sekarang, bukan setakat tau, siap buat praktikal lagi. Dan lebih teruk sampai kencing2. Apa kes?? Dah macam binatang je… tak kira lah sekolah tahfiz ke, sekolah apa sekalipun, pihak sekolah kena lah bertanggungjawab sikit. Dan yang paling penting, ibu bapa kena, perlu, mesti, wajib pantau anak2, disamping ibu bapa sendiri mesti tunjuk contoh yang baik. Lagi pun, aku rasa umur 9 taun, tak payah la duk asrama. Kesian budak tu. Terkial2 dia. Konon nak bagi didikan agama dan peluang berdikari. Bagi aku, masa kecik la nak duduk dengan ibu bapa. Sebab bila dah besar nanti, lagi la tak dapat duduk sebumbung. Apa nak jadi dengan dunia ni pun aku tak tau… Budak zaman sekarang dah terlebih pandai. Komputer dan kemudahan internet salah satu punca. Lepas ni, kalau tengok budak sekolah rendah main fb, tampor je.

6 orang menconteng:

yah ! sokong !

mase kecik-kecik jangan lah hantar anak-anak ke asrama, kesian , mmg ade baik nya , tapi kene tgk jugak , kasih sayang ibu bapa tu penting ,

melentur buluh biar dr rebung nya , , , ,

: THE MECHANIC nampak boom mic merata-rata, di mana? bacala

pelajar sekarang memang advanced... tapi advanced kat ilmu jahat je.. ilmu baik, intermediate pon x sampai.. huh!

keciannya... umo 12 tahun da tau benda2 macam2, banyak sgt pendedahan skrg.. memang patut di beri pengajaran kt bdk 3 eko ni..

@Cik Eliza, btl. msa kck la nk bmnja dgn ibu bapa.

@OrAng_PeRLiS_mEnULiS, nk bwt mcm mna, ilmu jht mmg lg seronok. hmm

@Ct Aja, kcik dah mcm tu, bsar nt tak tau la...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates