ALOR SETAR - Demi kekasih, seorang pemuda dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah tertuduh didapati bersalah membunuh neneknya selepas mangsa enggan menyerahkan wang RM50 kepada tertuduh yang mahu membawa kekasihnya keluar makan.
Hakim Datuk Mohamad Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati Ridzuan Taib, 21, bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Che Basah Ahmad, 75, di Taman Berlian, Jitra dekat sini antara pukul 9 pagi dan 3.15 petang 11 Mei 2008. Dalam penghakimannya, Mohamad Azman berkata, peguam Sharif Mat yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan hujah pembelaan juga adalah penafian semata-mata.
Sebelum hukuman dijatuhkan Mohamad Azman bertanyakan kepada tertuduh, apakah firasatnya. Ridzuan kemudian menjawab, dia menyerahkan kepada Tuhan dan pasrah dengan hukuman yang bakal dikenakan. Mohamad Azman kemudian mengeluarkan kata-kata: "Kerana wang abang disayang, tiada wang abang melayang."
PS: Melayanglah nyawa... Huhu...
9 orang menconteng:
bila syaitan dah menguasai, hal kecik pun jadi serius. hilang akal betul.
tak pasal2 je nyawa nenek ditangan cucu.
@Liza @ Adzriel AB, tu lah kak... pertimbangan dah hilang... sbb kecik je...
@rara pinkmafia, xda la tua sgt nenek tu. ksian...
ish3 tergamak membunuh sebab perkara yg remeh..
Hilang akal la budak ni.. takkanlah tak leh nak beza..
Kasih nenek ngan GF.. darah daging tu..
ermm sesal dlu pendapatan, sesal kemudian xde gunanya..
@Sofya, menyesal dah tak berguna...
@Ct Aja, :h: :h: :h:
Adohai Tok Wan, anak murid saya semasa berada di Sek Integriti Penjara Sg Petani Kedah - moga ada sinar disebalik keinsafan
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P