Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih menguruskan kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami. Dalam poligami aman dengan tiga isteri, Salih telah dikurniakan 11 zuriat.
Menurut Emi, dia tertarik dengan hidung Salih selain memenuhi kriteria lelaki pilihannya. “Abang (Salih) comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga kriteria lelaki idaman saya,” katanya. Walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga. “Rupa paras perkara kedua, bagi saya yang lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup. “Saya sukakan dia yang menitik berat ajaran agama, cara dia membimbing 11 anak dan tiga isteri, sebab saya terfikir macam mana dia boleh mengurus keluarga besar dengan masing-masing hidup aman damai . Faktor itu yang buat saya mahu tahu lebih mendalam lagi. Saya akui perkara itu membuatkan abang berbeza daripada lelaki lain. Kalau lelaki lain mulut saja manis, tapi kosong, abang tidak begitu,” katanya.
Menceritakan detik perkenalan mereka, Emi memberitahu dari awalnya dia tidak berminat untuk mengenali Salih secara rapat memandangkan pertemuan mereka atas dasar antara peminat dengan artis di satu pementasan di Pulau Pangkor, Perak, November lalu. “Ketika itu saya tidak rasa apa-apa, cuma mahu bergambar dengannya saja apatah lagi semua orang tahu abang sudah berkeluarga dan mengamalkan poligami. Bermula dari keinginan untuk tahu bagaimana dia menguruskan isteri-isterinya membuatkan hubungan kami rapat dan saling berbalas SMS dan panggilan telefon. Abang pandai mengambil hati dan layanannya membuatkan saya terpaut,” katanya.
Penuntut sarjana bidang pengangkutan di sebuah institusi pengajian tinggi itu turut mengakui bukan mudah untuk dia menyakinkan keluarganya bagi menerima Salih memandangkan poligami tidak dijadikan amalan dalam keluarga termasuk di kalangan sanak saudara. Selepas empat bulan perkenalannya dengan Salih, baru dia memberanikan diri untuk berterus terang di hadapan ahli keluarga dan kakak sulung menjadi orang pertama diberitahunya sebelum kakaknya berjumpa sendiri dengan Salih. “Sebelum itu saya kerap solat hajat, istiqarah memohon petunjuk dan akhirnya selepas dijelaskan mengapa saya memilih abang, ibu dan ayah menerimanya. Malah ibu sempat berpesan supaya saya menjaga diri sebab tahu perkara ini bukan mudah. Apapun saya masih belajar mendalami ilmu terutamanya aspek rumah tangga dan ‘bekalan’ yang diberi abang akan saya pegang dan amalkan serta paling penting menjadikan al-Quran sebagai teras membentuk perjalanan hidup ini. Saya sudah bersedia menempuh alam rumah tangga bersama dia dan isteri serta anak-anaknya . . . insya-Allah,” katanya yang kini menjadi pembantu peribadi Salih.
Sementara itu, Salih berkata dia tidak mengambil Emi sebagai isteri secara suka-suka sebaliknya anak bongsu daripada lima beradik itu sudah dititipkan dengan bekalan ilmu agama dan rohani yang membolehkannya menjadi isteri taat dan umat Islam sejati. Sebelum menyuntingnya saya sudah asuh dia, bimbing dan sediakan dia dengan bekalan yang diperlukan. Kalau tidak dia tak boleh ‘follow’. Bukan mudah kerana dia muda tapi sebab saya penyampai amanah dan perkahwinan satu ibadat. Setiap hari saya akan memperingatkan dia, memberikan nasihat dan panduan tidak mahu tersasar. Alhamdulillah dia seorang yang patuh dan mengenal arah tuju hidup ke jalan Allah. Apapun proses pembelajaran itu tidak pernah habis dan ia masih berterusan,” katanya.
PS: Agak2 berapa umur ayah kepada budak perempuan tu??? Berapa pula umur anak sulung Salih Yaacob???
15 orang menconteng:
tahniah3..
p/s: aku x leh terima poligami...
abang saleh memang hebat :)
AMARAN 18 SX : TEKNIK BERSETUBUH
fuh..tahniah salih..lepas ni jgn ade lg ek..hehehe
Regards,
-Strider-
@Cik Puan Zura, tahniah... tapi takleh terima??? hehe...
@Henry Zackery, bab2 ni memang hebat... walaupun usia dah lanjut...
@Azlan Hasan, kalau ada lagi, tatau la...
apa rahsia dia erk ?
@khairul, rahsia??? mulut mesti manis... lagi pun, salih yaacob ni lucu orangnya...
adei, 3 x cukop kea... tp bakal isteri die comei..
Tahniah.. tidak semua orang dapat melakukannya walaupun mempunyai kemampuan zahir dan batin...
@Ct Aja, mmg comel pun...
@Mohamad, :k::k::k:
@diana, inilah yg dinamakan poligami education... haha
woah..11 dah tu..buat hape banyak banyak? aduhaii..hahaha..nanti aku nak setia pada yang satu jek :p kah3
@Taufiq Wr, bila da ramai, boleh buat semayang jumaat...
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P