RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini. Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning sebagai juadah raya tahun ini.
"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan sebaik sahaja selepas solat Terawih.
Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil. Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang Dipertuan Agung.
Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini. Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.
8 orang menconteng:
Aiyakkk, habes ar ramai kuning pasni...hi3
bersih... huhuhuhu
@Ct Aja, agaknya ramai yg sahut seruan pakai baju raya kuning tahun ni...
Wah! beraya kuning kita tahun ni :-)
meriah raya tahun ni.. he..he..
@c.i., sy bju mlyu pun tkde lg...
@diana, tu kira usaha jugak. usaha ni x kira situasi. sdaya upaya. semangat tu kan penting.
@Adzriel @ Liza AB, nk dtg rumah raya ni bleh?hehe
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P