Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

papadom 2 mediafire download


Salam semua. Suka makan papadom tak? Apa? Tak suka? Filem papadom suka?? Haha… Kepada sesiapa yang sukakan filem Papadom, karya emas Afdlin Shauki, anda berpeluang untuk melihat sambungan cerita mengenai Mia dan ayahnya dalam Papadom 2. Filem ini akan ditayangkan pada tahun depan. Harap Papadom 2 sama menyengat macam papadom 1. Okaylah, jom usher sinopsis filem ni k…


Sinopsis Papadom 2

Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang. Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab. Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya.

Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.

Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia. Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti.

Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti sosial 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia.

Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia.

Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia. Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya. Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu. Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu.


Psssst… Gua nangis kot tengok Papadom. Haha… Korang nangis tak???

10 orang menconteng:

macam best je cite papadom 2 ni... ^_^

@Miss Sunshine, Harap2 lah... :k:

best ke cite ni en Burn, tak tengok plak yg 1... hi3... tp cm best jerl, ntila nak cri nak tgk jgk..

cam menarik.. tp yg tahun lepas agak slow sket citer dia.. :)

@Ct Aja, yg 1, siap dapat banyak anugerah lagi...

@sop, biasa la... cte melayu. tp ada pengajaran.

hahaha.. nak tgk cite ni..

kite pon nages jugak tgk papadom.. teringat mak abah. adehh

citer nie mcm papadom 1 dulu kan ?? kasih syg seorg ayah kn

IKLAN GANGSTER BUKAN KL GANGSTER

@cikmegipama, :l: :l: :l:

@Henry Zackery, yup :k:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates