Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam satu Malaysia. Pernah dengar nama restoran Chim Chum? Chim Chum adalah sebuah restoran yang mengamalkan “makan banyak mana pun, bayar tetap harga sama”. Bunyinya macam best bagi golongan yang kuat makan macam aku. Tapi hakikatnya tersangatlah tak best. Sebab bayar mahal, tapi makan tak sedap, dan dah tentu kita makan tak sampai RM17!. Semalam kali kedua aku pergi ke restoran tu. Dah tau restoran tu teruk, kenapa nak pi lagi? Jawapannya ialah, memang aku taknak pi, sebab pengalaman kali pertama pun dah buat aku menyesal, tapi aku terpaksa makan kat sana…

chim chum pengkalan chepa

Bayangkan satu kepala, kena bayar RM17. Menu yang ada, pencuci mulut tak sedap, cucur udang tak sedap, mee goreng tak sedap, koteow goreng tak sedap, nasi goreng tak sedap, kuih muih tak sedap (kuih ni serius aku rasa nak lempar je dalam lubang jamban). Selain tu ada laksam (yang ni ok sikit), nasi beriani (nasi saja tanpa lauk), buah tembikai potong kecik2 dan selebihnya bahan2 yang perlu dimasak secara steam. Ada daging ayam kunyit, daging, kerang, sotong, dan sosej. Bunyi macam best kan? Tapi percaya la, tak best dan muak. Air minum kira harga lain. Sirap satu jug berharga RM12. Nak mampos??? Mahal gila. Dah la bancuh air sirap pun tak pandai.

Yang lagi best, tokey restoran ni macam tak boleh tengok orang ambil makanan banyak. Konfirm dia akan daring, dan buat jellingan maut… Dah prinsip makan kat situ, boleh makan banyak mana pun selagi mampu, yang dia tak puas hati apesal? Kalau makanan yang diambil tak habis, mereka akan charge extra RM10. Bagi aku, baik makan KFC, sedap, harga pun takda la mahal sampai camtu. Tak pun, beli kat bazar je. Habis lebih kurang RM6 untuk makanan dan air.

Kedai panas, sempit, tension betul berbuka puasa dalam keadaan macam tu.

17 orang menconteng:

Baik makan steamboat kalau cam2, mahal pun puas hatikan... tak pernah mkn lak bnda ni, tp dah alang2 en burn bgtau xsedap, mmg tak nak tryla...hi3

penah dgr Seoul garden. konsep same: byr n mkn la puas2.. tp mhl sket la.. mkn steambot style.. best2.. tp ade yg halal n non-halal..kene pndai carik..

ni tokey tak saman ke ni boss?? hehe!

@Ct Aja, yg ni kat jalan ke pengkalan chepa. x tau pulak kalau dia ada cawangan lain yg ok.

@Anak Pak Muin, mahal kalau makanan sedap takpe. puas hati.

@tips, hehe... nak buat camna. sapa suruh datang...

@diana, memang tak sedap. tension nak telan.

salam kenal...

rm17 tapi kalo semua x sodap baik pergi tempat lain kan....xpe next time jgn pergi lg...belajar dari kesilapan...

@Papa Mifz, salam kenal juga. betul tu. memang membazir.

hahahah...lawak bace menu2 dia semua, semua tk sedap...tkda ke yg sedap???hahaha...btw, kedai nie mmg suck...jgn la pegi dah...baek beli sosej pulut n makan kt bilik jer, lg best...pasal mkcik tu, aku konfem akan lempang dia dulu sblum blah dr pntai timur ni...

@AlfiEean WaRsi, lawak2 jugak. tp tu la hakikatnya. mmg sakit hati. dan plz la lempang makcik tu laju2.

boleh try pergi Seoul Garden... sedap la jugak...

eh boleh pulak kalo mkn tak habes ngn air die cas laen... rugi weh mkn kt situ... baek mkn kt hotel.. mahal tp lauk semua sedap2... berbaloi...:e:

@Azham Vosovic, ye ke. cambest je nama.

@najmi_paddy, tu la pasal. bengkek betul! :d:

Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.


Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.

Terdapat 3 pilihan saiz -
Saiz S (30cm) - RM 70.00
Saiz M (35cm) - RM 90.00
Saiz L (40m) - RM 120.00

**Untuk borong harga boleh runding.
**Harga tidak termasuk kos penghantaran.
**Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
**Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.

HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/

SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD

SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....

@Periuk Chim Chum, owh, terima kasih. harap chim chum di lokasi lain lbh profesional...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates