Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan ini saya telah membuat keputusan, untuk berhenti menulis blog, buat satu jangka masa yang saya sendiri tidak pasti, oleh sebab saya tidak lagi punya masa seperti dahulu.  

Segala yang terkandung di dalam blog ini, boleh disalin semula atas tujuan yang baik. 

Saya mohon maaf kerana, kebanyakan pautan muat turun yang terkandung di dalam blog ini sudah tidak aktif, memandangkan mediafire telah berhenti menyediakan perkhidmatan file sharing.  

Namun saya amat berbangga dengan hasil usaha saya, berbekalkan sedikit kemahiran dalam bidang teknologi, saya berjaya mempunyai blog yang tidak seberapa ini. 

Selepas ini, saya bercadang untuk menyelenggara dan memadam entry2  yang tidak bermanafaat, dan boleh dianggap sebagai tulisan saya yang agak kebudak-budakan. 

Akhir kata, terima kasih kepada semua pelawat blog Syurga Itu Indah.  


Aku menulis kepadaMu. Bukan kerana perasaan riak. Tetapi aku ingin menyusun ayat yang lebih rapi. Sebagai satu caraku meminta, mengadu, merayu... Bimbang aku menjadi terlalu bongkak untuk berdoa. Terlalu besar diri hingga takburku lebih besar dari kebesaranMu.

Aku menulis apa yang Kau sudah pun tahu. Yang tersirat di hati dan apa yang telah tersurat untuk hidupku. Sesungguhnya aku bersyukur atas nikmat yang Kau beri. Harta yang paling berharga dan paling indah di sisi Mu, Tuhan. Namun berilah aku petunjuk untuk menempuh hidup. Andai aku tidak layak mendapat petunjukMu, janganlah Kau pesongkan hatiku dari jalan yang benar.

Tuhan, andai aku telah dan akan berdosa kepadaMu, aku pohon ampun. Dan jauhkanlah aku dari segala yang  tidak Kau sukai. Aku terlalu lemah untuk menempuh cabaran dunia.

faizatul zaiza


Duhai hawa... Dirimu sungguh mempersona, maka pandai-pandailah memilih kawan, dan longgarkanlah pakaianmu.


Duhai hawa... Sayanglah diri selagi dirimu masih berharga... Janganlah kau cepat percaya kata-kata manis adam. Hiasilah diri dengan perasaan malu.


Duhai hawa... Carilah adam yang cintakan Tuhan lebih daripada cintakan dirimu. Kerna adam yang taat pada Tuhan tidak akan tunduk dengan mudah kepada nafsu.


Duhai hawa... Takutlah kamu kepada adam yang hanya memandangmu dengan pandangan nafsu. Kelak pabila dia memiliki tubuhmu, bimbang dirimu dilayan lebih hina dari kucing kurap.


Duhai hawa... Pabila adam mengalirkan air mata, itu sudah cukup menggambarkan kasihnya. Janganlah kau mencari yang lain. 


Duhai hawa... Andai adam yang kau pilih menangis sendirian mengingati Tuhan, janganlah kau ragu akan kesetiaannya dan percayalah dirimu tidak akan disia-siakan. Kerna tidak masuk neraka adam yang menangis pabila mengingatiNya.


Salam semua... Nampaknya blog SII sudah pun menjangkau usia 5 tahun... Banyak suka duka, sepanjang saya membangunkan blog ini... Tidak banyak kisah peribadi yang saya selit. Tetapi di sini lah diari hati saya. Tempat saya mencurah rasa. Dari cerita rakan2, keluarga, percintaan dan tempat kerja... Bila berasa gembira, atau hati terlalu sayu, saya mula menulis... Walaupun mungkin tiada siapa peduli akan kewujudan saya di sini.

Hidup perlu diteruskan. Walaupun tiada siapa yang menghargai. Sekurang2nya untuk diri sendiri. Pedulikan orang mengata. Kalau kita ke belakang, kita dipandang rendah. Jika kita berjaya pula, kita mungkin jadi mangsa perasaan iri hati. Namun Tuhan senantiasa bersama orang2 yang mengingatiNya. Tidak ada sesuatu pun yang dapat diselindungkan dari pengetahuanNya... Maka dengan itu, aku persembahkan apa yang ada di hati, untuk dinilai dan dipertimbang. Moga2 aku tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat cinta dan kasih sayangNya.

Buat pertama kalinya saya ingin menulis tentang seorang teman. Teman yang saya kenali ketika saya hilang punca dan mengalami kekecewaan yang amat sangat. Andai dia membaca, dia pasti tahu, luahan ini ditulis buatnya. Mungkin apa yang saya katakan, tidak akan mengubat hati yang luka. Tetapi, ketahuilah bahawa saya menghargai perasaan awak terhadap saya... Saya menghargai setiap ucapan ikhlas yang pernah awak tuturkan. Saya susun sepuluh jari atas setiap titis air mata awak yang jatuh dan mengalir di pipi. Maafkan saya kerana terlalu sukar membuat keputusan. Saya doakan kebahagian buat awak. Banyak yang kita telah kongsi walau baru sekali kita bertemu. Awak sangat lucu. Teringat akan awak, membuatkan saya tersenyum sendiri...

“Patahkan tumbuh, hilang berganti. Akan sembuh kalau diubati. “

Tuhan, tunjukkanlah jalan... Berikanlah aku kepastian...  


Awak, masa kita mula berkenalan, usia kita mungkin terlalu muda… membuatkan kita terlalu asyik dan lalai. Dengan keindahan alam percintaan. Namun baru kini saya mengerti, mengapa zaman remaja dikatakan terlalu mencabar untuk ditempuh.

Awak, saya belajar sesuatu dari kegagalan cinta semalam. Harap awak jua dapat sesuatu. Yang baik kita ambil. Yang tidak elok juga kita simpan sebagai kenangan. Namun biarlah ia menjadi rahsia hati. Agar kita sama2 menuju kearah kedewasaan.

Awak, kisah cinta kita terlalu rumit dan berliku, hingga kita sama-sama hanyut dan akhirnya terdampar. Kita merancang, namun Tuhan jua yang menentukan… Akan tetapi awak tidak akan saya lupakan begitu saja. Kerana nama awak sudah terlalu lama saya simpan di hati. Dan biarlah ia terus kekal di situ. Sebagai bukti kasih saya yang suatu masa dahulu pernah mekar.

Awak, bila saya minta awak agar tak bersedih, sebenarnya saya juga terlalu sedih lantaran mengenang apa yang telah terjadi. Tetapi hidup perlu diteruskan. Kita perlu menerima bahawa kisah cinta kita sudah pun berakhir. Saya pinta agar kemaafan yang bertempat dihati awak, bukannya dendam. Kerana saya bimbang, dendam itu akan meracun diri. Ketahuilah, awak sudah pun saya maafkan, dunia dan akirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates