Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Tersebutlah kisah seorang jejaka bernama Epoi(bukan nama sebenar) meminta membernya untuk edit gambar.... Di bawah ini ialah gambar sebenar...


Maka terkejut beruklah si Epoi lantaran melihat gambar-gambarnya selepas di edit.....









Hahahahaha..... Paling tak tahan gambar last. Bahaya betol! Dah private kan gambar anda di fb??? Takut2 anda pula menjadi mangsa seterusnya... Huhu

Klik dan zoom gambar untuk besarkan.
rogol awek melayu



PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


*Mudah-mudahan kemelut rumah tangga Jimmy dan Nursuhaila Eliani dapat diselamatkan.


Mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.


IPOH – Mendengar jeritan dan melihat anggota badan pelancong yang terputus merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang saksi kejadian yang berada di lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Mohd. Shafwan Mohd. Nan, 17, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat peranginan itu dengan menaiki sebuah bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands.

Katanya, ketika di atas bas, dia terkejut apabila melihat ada beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan ada yang telah mati.

“Walaupun cemas dan takut dengan keadaan itu, saya memberanikan diri untuk turun. Bas dua tingkat tersebut remuk dan apa yang memilukan, saya terdengar mangsa-mangsa yang terselamat menjerit dan merintih kesakitan minta diselamatkan.

“Beberapa minit kemudian, pasukan penyelamat tiba untuk mengeluarkan mayat yang tersepit dan ketika itulah saya ternampak ada anggota badan mayat yang terputus,” ceritanya lagi ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.



Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

" Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "


Seperti biasa, Ustaz Syamsul nie sedang mengajar di sekolah. Beliau sedang mengajar agama islam. Pada hari tersebut, beliau mengajar tentang ""cara2 berwudhuk""

Beliau mengajar murid tahun satu. Selepas mengajar, beliau akan selalu meminta muridnya
menayakan soalan jika terdapat kemuskilan.

Ustaz:Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan???

Tiba2 seorang anak muridnya mengangkat tangan, nama murid itu tu adalah Man(Bukan Man Belon taw).

Man:Ada cikgu. Saya ada kemusykilan.Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali???

Ustaz:Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk???

Man:Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut ,wudhuk lagi satu bolah buat spare part.

Ustaz:(terus pensan).....

WEB LUCAH
Add on BLOCKSITE ni sangat sesuai digunakan untuk orang2 yang bekerja di cyber cafe. Salah satu cara untuk mengelakkan penyalahgunaan internet berlaku. Bila dah ada add on ni, orang yang nak unblock website yang dah kena block tu kena masukkan password terlebih dahulu.



gambar pelik
gambar pelik

Assalamualaikum sahabat maya... Salam 1 Malaysia... Apa khabar anda hari ini??? Semoga anda sihat dan senentiasa berada dibawah perlindunganNya... Hari ni saya cuma mahu kongsikan gambar ikan laga saya... Umurnya saya pun tak pasti(lupa nak kira). Adik saya memanggilnya "marah" sebab betta ni selalu saja marah dan mengembangkan ekor... Huhuhu... Ikan ni adalah salah seekor daripada ikan yang telah saya biakkan sendiri... Agak2 kalau nak jual, ada harga tak???Hmm... Tapi yang ni bukan untuk dijual. Hehehe...

ikan lagabetta splendens

Assalamualaikum :) dan salam maalhijrah. Untuk pengetahuan anda entry ini saya tulis ketika maalhijrah. Namun mungkin dapat dibaca selepas beberapa hari @ selepas seminggu, sebab ketiadaan internet. Dikesempatan ini juga saya nak memohon maaf kerana tidak membalas komen dan tidak membalas sapaan di kotak shoutmix. Maklumlah saya hanya online di cyber cafe.

Okay. Sebenarnya saya teringin nak tulis tentang maalhijrah. Tapi nak tulis ape yer??? Hehe. Teringat lirik nasyid ketika sekolah rendah dulu.

.....................................................................................

Maalhijrah, Bulan yang Mulia,
Bulan permulaan hidup manusia,
Bulan jalin ukhwah dan persahabatan,
Antara mukmin sesama insan,
Bulan jalin ukhwah sesama insan.

Maalhijrah, Menyingkap sejarah,
Perpindahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah,
Bukan mengalah pada kafir latnatullah,
Sebagai benteng syiar, Islam menyerlah,

Berlumba-lumbalah mencari keredhaan,
Puasa disiangnya disunatkan Allah,
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah,
Tinggalkan kemungkaran carilah keredhaan.

Hayatilah hijrah dengan sebaiknya,
Tinggalkan kemungkaran carilah keredhaan,
Hijrah, hijrah, hijrah, bulan mulia.

.....................................................................................

Wahai insan semua, Hijrah kita berhijrah,
Ke jalan Allah, Fisabilillah.
Bersatu bekerjasama, Eratkan perpaduan,
Mencapai wawasan, Teguhkan keimanan.
Bersyukur pada Allah, Tegakkan syiar Islam,
Tegakkan syiar Islam, Allah huakbar.

Islam menuju ke jalan Allah,
Bermunajat diri pada Illahi,
Hidup di dunia hanya sementara,
Ingatkan Allah sujud padaNya,
Ingatkan Allah sujud padaNya,
Bersyukur tanda teguhnya iman kita.

.....................................................................................

Maalhijrah menyingkap sejarah,
Kisah perpindahan Nabi Muhammad,
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah,
Untuk menyelamatkanIislam dari ditindas.

Tiba di madinah, Disambut dengan meriah,
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira,
Selamatlah Islam dari kekejaman,
Terus berkembang menyinar diseluruh alam.

.....................................................................................


Habis cerita pasal lagu. Malam tadi saya tonton sebuah drama TV3. Sebenarnya saya nak puji cerita ni. Drama ni patut dibuat filem. Pada saya cerita ni memang baik. Tak tahu pula siapa directornya, tapi cerita ni memang bagus. Sepatutnya semua cerekarama kat TV3 ni buat cerita dengan baik macam ni. Dari segi kandungan dan nilai dalam cerita. Dari segi watak dan lakonan. Dialog dan plot. Dah memang banyak drama2 Islam kat tv. Tapi bagi saya, drama ni memang terbaik.


Dakwah Muharram mengisahkan tentang Sulaiman, anak kepada Haji Darus yang menjadi kebanggaan kampung kerana berkelulusan Dakwah usuluddin dari Universiti Al-Azhar. Lakonan Aqasha, ahmad Termizi dan Lydiawati.


PS : Dalam kemeriahan menyambut Maalhijrah, sedih juga tengok tokoh Maalhijrah 2010 tak bertudung...

surat lucah budak sekolah

kemanisan iman rukun iman
Apa itu iman? Apakah kayu pengukur iman seseorang? Apabila anak adam solat 5 kali sehari semalam, berimankah dia??? Iman berjalan seiring dengan akhlak. Tanpa iman, tiadalah akhlak... Tanpa akhlak, mana mungkin seseorang itu mempunyai iman. Layakkah kamu mengatakan kamu Islam dan beriman apabila kamu berjalan di muka bumiNya dengan penuh perasaan angkuh. Angkuh kepada manusia. Dan tanpa sedar kamu juga terlalu angkuh kepadaNya.

Apabila hendak solat, apakah niat yang kamu pasang? Kerana orang lain melihatnya, kerana takut dikutuk masyarakat sekiranya meninggalkan solat, kerana orang lain melakukannya maka kamu turut melakukannya??? Maka sia2lah solat yang bakal kamu kerjakan. Setelah berwudhuk, sudahkah kamu menyucikan hatimu sekali. Sudahkah kamu bersedia untuk menyembah Tuhanmu. Tangan yang kotor dapat dilihat dengan jelas dan boleh pula dicuci. Tetapi hati yang kotor pula bagaimana??? Ketika kamu membaca Umul Kitab Al-Fatihah, apa yang terlintas dibenakmu. Adakah kamu sekadar membaca dan menghafal maknanya. Fahamkah kamu makna sebenar yang terkandung di dalam bacaan. Dan apabila kamu sujud dan dahimu menyentuh sejadah, tiada setitik air matapun yang gugur.Tiada langsung air mata kesal yang jatuh dek kerana sikap mu didunia yang sementara ini. Angkuhnya kamu. Tidak sekali pun kamu mahu menyesali kesilapan. Langsung tidak mahu mengakui kelemahan diri. Lantas bagaimana kamu fikir solatmu diterima. Tidak takutkah kepada siksa selepas mati. Tidak percayakah kamu kepada syurga dan neraka. Balasan itu adalah janjiNya. Maka bersedialah kamu wahai manusia yang tidak beriman dan takbur!

Iman bukanlah sejauh mana kamu mampu berhujjah menegnai hukum, bukan juga setebal mana surah yang kamu hafal, tetapi iman adalah segalanya mengenai hati, bermula dengan menyucikan hati dan merendahkan diri. Barulah iman itu akan subur dan berbunga.



KOTA BAHARU, Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata,kejadian itu berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Selepas berkenalan beberapa minggu, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.

Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya.

Mazlan berkata selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates