Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

KUCHING: Ustaz yang didakwa mengenakan hukuman pelik terhadap muridnya yang gagal menghafaz surah al-Quran di sebuah sekolah di Simunjan di sini, sudah dikenakan tindakan gantung kerja selama dua bulan.

Tindakan dikenakan selepas siasatan dalaman Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak mendapati guru lelaki berusia 27 tahun itu bertindak di luar batasan sebagai seorang pendidik dalam mengenakan hukuman kepada muridnya.


Siasatan mendapati guru berkenaan menggunakan batang penyapu untuk merodok dubur muridnya sebagai hukuman sehingga mencetuskan kemarahan ibu bapa seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.


Malah, siasatan yang selesai dijalankan beberapa hari lalu turut mendapati ustaz terbabit memang melakukan perbuatan itu di khalayak murid lain.


Menurut sumber, dakwaan ke atas ustaz berkenaan diperkuatkan dengan pengakuan daripada beberapa murid yang disoal siasat bahawa mereka melihat sendiri bagaimana ustaz berkenaan melakukan hukuman ‘pelik’ terhadap rakan sekelasnya.


Difahamkan, ustaz terbabit yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu dibebaskan dengan ikat jamin polis dan laporan lengkap sudah disiap sebelum dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.


Kata sumber itu lagi, siasatan dalaman turut mendapati dua daripada enam murid lelaki didenda dengan dubur mereka dirodok batang penyapu manakala empat lagi dipukul.


“Ketika siasatan dijalankan, kebanyakan murid mengaku menyaksikan kejadian itu. Malah, mereka turut memberitahu menyaksikan perbuatan ustaz berkenaan,” katanya.


Difahamkan, kejadian berlaku awal Julai lalu dan hukuman dijalankan di depan murid lain namun perkara itu hanya diketahui seminggu kemudian.


Ini kerana, berdasarkan maklumat ibu bapa mangsa, mereka mendakwa perkara itu sudah dimaklumkan kepada guru besar sekolah itu terlebih dulu namun tiada tindakan diambil sebelum kes itu dibawa kepada Jabatan Pelajaran Daerah.

Muka depan Harian Metro Jumaat lalu memaparkan tujuh murid dengan salah seorang daripada murid perempuan sebuah sekolah di Simunjan terpaksa berdepan dengan rasa malu selepas didakwa dibogelkan di dalam kelas kerana gagal menghafal surah al-Quran seperti diarahkan.

Malah, mereka turut mendakwa sebaik diarahkan berbogel, ustaz itu kemudian mengambil batang penyapu lalu merodok ke dalam dubur murid berkenaan.


Akibat perbuatan itu, murid berkenaan memberitahu ibu bapa masing-masing sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Simunjan.


Laporan pertama diterima daripada ibu bapa murid perempuan manakala satu lagi dibuat ibu bapa lelaki dan susulan daripada itu, polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan 377 (C) (A) kerana mengadakan hubungan seks menggunakan objek.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Dr Julaihi Bujang ketika dihubungi berkata, ustaz berkenaan ditahan kerja dua bulan tapi masih layak menerima gaji penuh.

Semalam, ketika membaca tulisan blogger2, saya tertarik dengan satu artikel, untuk memansuhkan sekolah asrama penuh. Saya akui blog tersebut berbaur politik. saya memberi komen pada artikel tersebut bukan atas faktor politik. tetapi oleh sebab saya kurang bersetuju sekiranya sekolah asrama penuh dimansuhkan. saya secara terbuka mengkritik sistem pendidikan negara yang teruk dan korup! Apa yang saya nak nyatakan disini, rupa2nya ada guru lain yang bersetuju dengan pendapat saya.

ps : kalau sistem sesebuah institusi pendidikan sendiri pun teruk, camner nak hasilkan guru berkualiti??

nafsu puisi cinta terindah

Assalamualaikum semua pengunjung blog Syurga Itu Indah... Pernah dengar lagu oleh kumpulan Illusi, Puisi Cinta??? Atas sebab seorang sahabat saya mengatakan lirik lagu tersebut best, saya tampalkan lirik lagu tersebut di sini! Mari kita hayati bersama... :-)


Suaramu...

Gemersiknya bak buluh perindu

Cuba kau lagukan

Cuba kau dendangkan

Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...

Menusuk dan membelai di kalbu

Cuba kau ukirkan

Cuba kau pamerkan

Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata

Seindah bahasa

Nak ku huraikan

Nak ku belaikan dirimu

Akan ku syairkan katamu

Akan ku madahkan janjimu

Menjadi coretan gurindam

Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu

Akan ku lukiskan tawamu

Menjadikan susunan warna

Potret indah...

Senyummu...

Menusuk dan membelai di kalbu

Cuba kau ukirkan

Cuba kau pamerkan

Menjadi hiasan hidupku...

Menjadi hiasan hidupku...


Download di SINI








Apa yang salah yer??? pertama, banyak batu kat bahagian dasar... ini akan menyukarkan ikan jantan mengutip telur... kedua, air terlalu dalam... kalau anak ikan hidup, susah nak berenang ambik udara kat atas...


Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.


http://rapidshare.com/files/307437644/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part1.rar
http://rapidshare.com/files/307468838/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part2.rar
http://rapidshare.com/files/307501448/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part3.rar
http://rapidshare.com/files/307596210/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part4.rar
http://rapidshare.com/files/307650992/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part5.rar
http://rapidshare.com/files/307719216/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part6.rar
http://rapidshare.com/files/308120734/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part7.rar
http://rapidshare.com/files/308141699/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part8.rar
http://rapidshare.com/files/308163534/_Indonesian_Movie_Tentang_Dia__2005_VCDDRip-eDkUn_eRiKa.part9.rar

Kalau tak faham cara utk download, sila tanya, ok :-)


wallpaper free






Salam. Malam ni aku nak citer tentang satu sesawang yang banyak menawarkan perisian yang boleh dimuatturun dan digunakan secara percuma. Laman tersebut ialah www.filehippo.com. Mungkin ramai yang lebih arif akan menganggap laman ini bukanlah tempat terbaik untuk muatturun perisian. Tapi bagi aku, filehippo memberi banyak kemudahan kerana laman ini sangat mudah difahami.


Antara kelebihan laman ini ialah, apabila anda hendak memuatturun sesuatu perisian, anda dapat mengetahui version yang paling latest. anda tidak akan tersilap mendownload version yang lama. Namun, laman ini turut membenarkan anda memuatturun version yang lama. Ada diantara kita yang lebih gemar menggunakan ares version lama. Ada jugak yang suka download mozilla version 2.0 sebab lebih ringan.

Selain itu, kita dapat mengenalpasti samada software yang hendak dimuatturun adalah dalam kategori freeware, shareware, atau open source. Untuk memudahkan korang, aku akan jelaskan maksud freeware. Perisian freeware tidak memerlukan serial, key, crack dan sebagainya. Ia boleh digunakan secara percuma. Jadi kalau korang nak cari software percuma yang takkan expired, usha dulu dan pastikan ia freeware.

izuan tahrim

Assalamualaikum semua pengunjung blog syurga itu indah. Semoga anda sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Pagi ini saya tidak mahu mengulas apa2 topik mahupun isu semasa. Cuma sekadar mahu menulis di ruang maya ini. Mungkin sesuatu yang menghairankan kerana dahulu saya tidak gemar menulis.

Saya benar2 mengharapkan ada pengunjung yang sudi memberi komen tentang blog ini. Saya akui blog syurga itu indah belum mencapai usia kematangan dari segi kandungannya mahupun susun atur. Dan masih terdapat kelemahan – kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya sentiasa cuba untuk menjadikan blog ini mesra pengguna..Tapi kerana kekuranagn ilmu pengetahuan dalam bidang ict, saya masih belum mampu menghasilkan satu b log yang boleh dikategorikan sebagai blog yang bagus.

Saya terfikir sejenak, adakah artikel2 yang dimuatkan di dalam blog ini, tidak langsung mencuri perhatian pengunjung. Atau mungkin terdapat ramai silent reader yang tidak berapa gemar meninggalkan komen.

Sekiranya anda membaca entry ini, saya berharap anda memberikan respond. Sama ada anda ingin memberi pendapat, teguran mahupun kritikan. Agar saya dapat membangunkan sebuah blog yang menarik, mesra pengguna dan lebih bermanfaat.



Diriwayatkan bahawa Rasululullah SAW telah bersabda yang bermaksud:


" Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat(ada pendapat menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendiri dan berkata : ' Wahai TuhanKU, adakah ENGKAU menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku? ".


Lalu Allah berfirman yang bermaksud.."Tidak".."

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah berfirman yang bermaksud..


" Wahai Jibrail, kamu telah menyembah AKU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling AKU cintai, namanya 'Muhammad'.


" Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu lebih AKU sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU , sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU".


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang ENGKAU hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:


" Ya Jibrail, akan AKU berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal".


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat keizinan Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali Jibrail as mengembangkan dua sayapnya, Jibrail as boleh menempuh jarak perjalanan sejauh 3000 tahun. Jibrail as pun terbanglah selama 300 tahun sehingga merasa letih dan lemah dan akhirnya Jibrail as turun singgah berteduh di bawah bayangan sepohon kayu dan sujud kepada Allah SWT lalu berkata di dalam sujudnya:


" Ya tuhanku, apakah sudah aku menempuh separuh dari jarak perjalanan atau sepertiga atau seperempatnya?".


Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:

" Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun AKU berikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang AKU berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan ".


Tidak serik-serik. Ungkapan ini paling sesuai menggambarkan sikap bekas anggota kumpulan lawak Senario, Yassin Yahya, 31, apabila sekali lagi ditahan polis kerana didakwa mengambil dadah jenis ganja.


Malah, tangkapan kali keempat ke atas pelawak popular itu dilakukan sebelum selesai kes perbicaraan terhadapnya di mahkamah berhubung dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, empat tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Yassin ditahan polis pada pukul 1 pagi ini dalam pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya dekat sini.

Beliau berkata, pelakon dan pelawak tersebut ditahan bersama 30 pengunjung pusat hiburan berkenaan.

“Ujian saringan dadah yang dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya mendapati tiga pengunjung lelaki termasuk Yassin positif mengambil dadah.

“Hasil ujian air kencing Yassin mendapati dia positif mengambil dadah jenis ganja manakala seorang yang bekerja sebagai pengurus artis dan seorang lagi peniaga, positif dadah jenis ketamin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
-Utusan


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perghhhh, dengan bangganye, si Zorro jerit.... " I AM ZORRO…"

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... " I AM ROBIN HOOD…"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP. .. ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... "I AM SORRY……!!"

Assalamualaikum semua... Jom layan video dari kumpulan Raihan... Sangat menusuk kalbu...


SIMUNJAN: Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.

Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel.

Menurut sumber, enam murid lelaki terbabit juga diarahkan berbogel dalam kelas dengan disaksikan rakan, manakala murid perempuan itu dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum dia mendakwa dicabul ustaz berusia 30-an itu.

“Lima murid lelaki dihukum dengan duburnya dimasukkan lidi penyapu selepas diarahkan berbogel, manakala seorang lagi dikasari dengan lehernya dijerut menggunakan wayar. Seorang murid perempuan pula dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba ustaz itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian menjijikkan itu berlaku pada minggu lalu dan laporan sudah dibuat kepada guru besar sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil. Bagaimanapun, kes kemudian dibawa ke Pejabat Pelajaran Daerah.

“Susulan kejadian itu, semua murid berkenaan diiringi ibu bapa masing-masing membuat laporan di Balai Polis Simunjan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Ini kerana, katanya, polis masih belum mendapat maklumat lengkap dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.

Difahamkan, ustaz yang mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.

Pada masa sama, semua murid terbabit dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan.

Perkara itu turut sudah dibawa ke pengetahuan Jabatan Pelajaran Negeri dan difahamkan, pihak berkenaan turut ke sekolah berkenaan untuk membuat siasatan.


- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan... Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.
- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.
- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.


gambar ikan laga

Salam semua pembaca blog syurga itu indah. Pertama sekali saya memohon maaf kerana sekarang jarang update blog. Oleh sebab kesibukan dan stress. Maaf juga sebab belum respon pada komen seorang rakan blogger pada tulisan saya.

Dalam keadaan yang memenatkan ini, ada satu perkara yang menyebabkan saya berasa senang hati. Kalau anda ikuti blog saya dan membaca tulisan2 saya yang terdahulu, anda tentu tahu mengenai hobi saya iaitu membela ikan laga. Sekarang saya membela 9 ekor ikan laga! Memang best! Tapi ada lagi yang lebih best. Ikan laga saya dah bertelur dan sekarang mempunyai ratusan anak. Seronok betul saya.

Tapi saya amat risau sekiranya anak2 ikan mati. Saya masih dalam proses belajar untuk membiakkan baka half moon nih. Ok lah... sampai sini dulu yer... esok kena bangun awal pagi... orait! Assalamualaikum...








nabi muhammad
nabi muhammad
nabi muhammad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates