Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


untuk 3 hari

Salam semua… Siapa dah tengok filem “untuk 3 hari”? Ini bukanlah filem terbaik yang pernah saya tonton. Tapi filem “untuk tiga hari” tak kurang hebatnya. Penuh dengan konflik. Sepanjang menonton filem ini, membuatkan saya berfikir mengenai jodoh.

Takdir sesuatu yang kita tak dapat jangkakan. Bercinta dengan orang lain, tetapi berkahwin dengan orang lain. Pada saya cinta Affin dan kekasihnya belum cukup kuat. Affin sanggup membiarkan cintanya pergi dengan insan lain. Sepatutnya dia mempertahankan perasaannya. Mempertahankan pendiriannya dari awal lagi, walau apa pun yang terjadi. 

Kalau saya berada di tempatnya, saya tetap akan memilih untuk berkahwin dengan pilihan hati. Atau jangan berkahwin untuk selama2nya! Pada saya, Affin seorang anak emak yang mengikut saja kemahuan emaknya, walaupun sudah berusia 30 tahun. Benar syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi tak bermakna kita perlu turut semuanya. Bagaimana pula dengan perasaan dan kehendak diri sendiri? 

Akibatnya dapat kita saksikan pada pengakhiran cerita. Walau bagaimana pun, Affin seorang yang menepati janji. Sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan senang untuk menolak godaan wanita. Tetapi dia berpegang pada janji untuk tidak menduakan kekasihnya, Sebaliknya Ujie terlalu lemah dan akhirnya hanyut meninggalkan cinta mereka yang sudah pun berusia bertahun2 lamanya. Dalam masa hanya 3 hari, Ujie sudah pun mengkhianati cinta mereka. Ending cerita ini amat menyedihkan. Namun, satu kelainan berbanding filem2 yang pernah saya tonton. Syabas!


Sesungguhnya cinta itu milik Tuhan. Aku tidak berhenti berharap, tapi kalau ia bukan milikku, maka aku redha.



Assalamualaikum. Kali ini saya ingin mengajak anda semua berfikir mengenai satu fenomena, iaitu kata mengata, atau umpat mengupat di tempat bekerja. Apabila berada di tempat kerja, sudah pasti terdapat banyak ragam dan kerenah manusia yang dapat kita lihat. Mari kita lihat satu persatu antara perkara yang dapat saya simpulkan.

Dia mungkin juga mengata anda

Pernahkah anda terfikir apabila terdengar orang mengata, dia mungkin juga mengata anda di belakang anda? Oleh sebab itulah saya tidak gemar mendengar atau ambil peduli sangat mengenai gossip atau cacian yang dilemparkan. Cukuplah sekadar saya mendengar, atau pun sekadar mengangguk. Golongan seperti ini sukar untuk dipercayai.

Jangan cari keburukan orang, nilai kelemahan diri sendiri

Setiap manusia ada kekuatan dan kekurangan. Jangan sesekali kita berjalan di bumi Allah dengan perasaan takbur. Kita bukannya Tuhan yang mampu menilai insan. Di mata kita, mungkin sesuatu itu tidak elok atau ada cacat cela, tapi padaNya mungkin berbeza sama sekali. Sebaliknya kita perlu mengkaji kelemahan diri sendiri dan sedar bahawa kita tidak dilahirkan sempurna. Ingat, orang yang anda umpat itu mungkin lebih baik, lebih bijak, atau lebih berjaya berbanding anda.

Jadilah manusia yang mengenang budi

Kita tidak dapat melaksanakan tugas seorang diri. Sebaliknya, kita memerlukan bantuan, atau pun sokongan dari rakan-rakan. Bermakna kita perlu bekerjasama dan saling hormat menghormati. Cuba anda amati, orang yang anda kutuk, mungkin satu masa dahulu pernah memberikan bantuan kepada anda? Walaupun dalam bentuk pertolongan yang kecil. Dia mungkin pernah menolong anda meringankan beban tugas kerja dan sebagainya.Tidakkah anda berasa bersalah mengatanya? Manusia cepat benar lupa. Sepatutnya kita menjadi manusia yang lebih mengenang budi.


Fikir-fikirkan dan selamat bekerja...

Ada 4 batang lilin yang bernyala, sedikit demi sedikit lilin tersebut meleleh dan suasana terasa begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan antara mereka.


4 batang lilin

Lilin pertama berkata:

"Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja."


Lilin kedua berkata:

"Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi, manusia tak mahu mengenaliku. Untuk itu, tak ada gunanya aku menyala."


Lantas seorang anak masuk ke dalam kamar,

dan melihat ketiga-tiga lilin telah padam, 
karana takut akan kegelapan, ia berkata:
"Eh, apa yang terjadi?
Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!"
lalu ia menangis tersedu sedu.


Dengan sedih Lilin ketiga berbicara:

"Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala, manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna, mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mecintainya, membenci teman serta insan yang ada disekitarnya",
tanpa menunggu lama, maka matilah Lilin ketiga...


Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

“Jangan takut, janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya kerana aku adalah HARAPAN”


Budak kecil itu mengambil lilin keempat, lalu menyalakan kembali ketiga-tiga lilin lainnya.



Hikmah di sebalik kisah ini:

Perkara yang tidak pernah padam adalah HARAPAN yang ada pada diri setiap insan. Jadilah seperti lilin keempat. Letakkanlah HARAPANmu kepada ALLAH yang Maha Esa, nescaya kamu akan menemui kebenaran di setiap langkah perjalanan hidup yang penuh berliku ini...

ketawa

testis

majin buu

photoshop edit

gila bola

kucing comel

duck face

kencing

satan

ultraman


janji ditepati

Salam semua. Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baru2ini, satu sambutan telah diadakan di sekolah, tempat dimana saya bekerja. Dimulakan dengan ucapan Guru Disiplin, ucapan Guru Besar seterusnya diikuti dengan laungan kemerdekaan… Selepas itu, kami menyanyikan beberapa buah lagu. 

Murid-murid sememangnya tidak tahu apa itu merdeka. Saya sendiri merupakan rakyat Malaysia yang lahir selepas era penjajahan. Namun, sedikit sebanyak saya cuba memberikan mereka sebuah pengertian, erti sebuah kemerdekaan.

Baiklah, saya ingin sentuh sedikit mengenai Lagu Tema pada tahun ini. Lagu Kemerdekaan ke-55 tersebut sangat baik dari aspek rentak dan iramanyanya. Namun dari segi lirik, sedikit menghampakan. Sehinggakan, guru-guru tidak dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Kami tidak menyanyi dengan bersemangat, bukannya kerana menentang kerajaan, tetapi secara ikhlasnya lagu tersebut kurang sesuai. Ada guru yang ketawa apabila perkataan “Kedai Satu Malaysia” turut disebut dalam lirik lagu kemerdekaan. Bahkan ada seorang guru mengatakan lirik “kini tiba masa balas budi”, sebagai satu ungkitan, yang menunjukkan seolah-olah usaha dan kebaikan yang dilakukan kepada rakyat adalah tidak ikhlas. Lebih kelakar, ada guru yang menunjukkan aksi menari semasa bahagian rap di tengah-tengah lagu tersebut.

Ramai yang mengatakan, lagu tersebut adalah manifesto BN semata2. Tidak ada laungan kemerdekaan di dalam lirik lagu tersebut. Akan tetapi, tema pada tahun ini iaitu “Janji Ditepati” telah diterangkan oleh Perdana Menteri kita dalam sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos. Janji Ditepati membawa maksud, kerajaan telah menepati janji dengan mengusahakan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Namun, kenapa itu semua tidak diceritakan dalam lagu kemerdekaan pada tahun ini? Pada saya, ini merupakan satu kerugian besar. Kerana melalui lagulah, kita dapat mengajak rakyat untuk sama2 berfikir. Rap pada pertengahan lagu pula adalah amat tidak sesuai. Mungkin ia dicipta supaya sesuai dengan generasi muda yang bertenaga, selari dengan peredaran semasa. Namun, kita sepatutnya mengekalkan kebudayaan, mengekalkan adat, mengekalkan tamadun yang boleh menjana modal insan golongan muda terutamanya. 

Bercakap mengenai modal insan pula, semakin kita maju, semakin kita tidak bertamadun, semakin kita kebelakang, dan tidak berakhlak. Ingin sekali saya bertanya, apa erti sebuah kemerdekaan terhadap golongan muda mudi? Malam kemerdekaan, saya memandu pulang ke kampung pada pukul 12.45 pagi. Meriah sungguh suasana. Ramai yang masih belum tidur dan turut sama meraikan malam kemerdekaan. Akan tetapi ada yang menyambutnya dengan cara yang salah. Ada yang meraikan kemerdekaan dengan membuat aksi superman di atas motosikal. Kalau ditegur, apa pula akan terjadi pada kenderaan saya. Saya harap, anak didik saya sekarang, tidak ada yang akan mengikut jejak seperti itu. Marilah kita sama2 berfikir. Apa erti sebuah kemerdekaan kepada diri kita, keluarga, masyarakat, Negara, Bangsa seterusnya Agama. Sekian.

Salam semua… Kini blog Syurga Itu Indah jarang2 diupdate. Maklumlah sibuk sokmo. Lagi pun, siapa la yang sudi membaca tulisan saya…


24hb Ogos, saya dan ayah saya ke Kuala Lumpur untuk sign agreement di Public Bank. Akhirnya ayah saya membeli  sebuah Honda City Type R, enjin Vtec, second model, tahun 2002. Kereta masih dalam keadaan baik. Cuma ada beberapa bahagian yang kurang cun. Maklumlah, kereta dah pun 10 tahun di atas jalan raya. 

Vtec

Pulang pada malam 25hb, terus kami ke Kuala Kangsar. Ezad Exist sedang membuat persembahan di Arena Square, Lembah. Pertama kali melihatnya secara live. Kecik saja orangnya... Sempat saya merakamkan sebuah lagu yang dinyanyikannya. Tetapi video tak berapa jelas. Video zoom dari jauh, kemera murah pulak tu. Malam tersebut, Ezad telah menyanyikan 9 buah lagu. Suaranya sebijik macam yang kita dengar di televisyen, youtube, CD dan di corong2 radio.


Kalau Ezad membaca tulisan saya, saya cuma nak beritahu, yang saya memang minat dengan lagu Alasanmu. Oleh kerana teruja melihat persembahannya, saya pun merakamkan nyanyian saya yang syok sendiri. Terimalah, Masih Terserlah Ayumu…


Saya doakan agar Ezad berjaya dalam bidang nyanyian, dan suatu hari nanti akan menjadi lagenda yang boleh dibanggakan. Jangan sombong ye…


kelebihan memberi salam

Salam menghangatkan hubungan sesama manusia. Salam juga adalah tanda wujudnya perasaan kasih dalam sebuah perhubungan manusia. Salam merupakan salah satu bentuk pemberian motivasi dalam sebuah hubungan. Baik hubungan kekeluargaan, persahabatan, atau sebagainya. Salam dapat mengikis rasa kebencian dan kemarahan. 

Fakta mengenai salam…
  • hukum menjawab salam adalah wajib berbanding hukum memberi salam yang sunat. 
  • salam sebelum percakapan mendapat pahala. 
  • Rasulullah menganjurkan supaya yang berkenderaan memberi salam kepada pejalan kaki, berjalan kaki kepada yang duduk, kumpulan sedikit memberi salam kepada yang ramai dan muda kepada yang tua.
  • tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  • disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong.
  • apabila orang bukan islam memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan “wa `alaikum” sahaja.
  • haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan  bukan mahram yang boleh menimbulkan fitnah. menjawab salam juga haram bagi perempuan tersebut.
  • haram bagi seorang perempuan memberi salam kpada lelaki. Jika lelaki menjawab, maka hukumnya makruh. 
  • malaikat akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. 
  • Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam.


Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, Apakah Islam yang paling baik? Baginda menjawab : Engkau memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang belum kamu kenal. 

Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.”

Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”
Sabda Rasulullah saw: “Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, dan orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

samseng jalan raya

1. Memandu seolah tiada hari esok. Punyalah laju… Siap hon, bagi lampu cup cap cup cap… Mentang2lah kereta mahal. Kaki melekat je kat pedal minyak.

2. Masuk lorong tak bagi signal. Main redah je. Kalau kita hentam, punyalah angin. Padahal salah dia…

3. Memotong ikut belah kiri. Tak tau bersabar. Kononnya kita ni lembab, sebab itu lah dia potong belah kiri. Nak laju camne lagi kalau depan ada kereta. Takkan nak langgar kereta kat depan? Sabar boleh x? Tak nak ikut peraturan jalan raya, jangan pakai kereta. Hidup kena berlandas undang2. 

4. Sentiasa nak memotong. Kejap masuk lorong kiri, kejap masuk lorong kanan. Adehh...

5. Melanggar lampu isyarat. Hero la katakan… Kita perlahankan kenderaan sebab lampu isyarat dah kuning. Dia di belakang, punyalah angin. Nak tunjuk dia punya marah, terus potong dan redah lampu merah.

6. Memotong dan terus masuk simpang belah kiri. Yang ni memang bahaya. Dah tau nak masuk simpang, buat apa potong?

7. Ubahsuai kenderaan. Kancil nak jadi mira. Proton nak jadi Mitsubishi.

8. Sembang phone sambil memandu. Cantikk…

handphone di sekolah

Assalamualaikum. Nampaknya, ada baik buruk perubahan peraturan yang bakal diambil…

Keburukan:
Berleluasanya budaya couple + Termengandung
Berleluasanya penyebaran bahan pornografi, dan game handphone yang membuang masa.
Murid bermain telefon bimbit semasa proses p&p berjalan.
Murid berlumba2 untuk memperagakan telefon bimbit masing2.
Murid bermain facebook jika ada jaringan internet di sekolah.
Murid hilang minat terhadap pelajaran, sebaliknya datang ke sekolah hanya untuk berseronok.
Semua murid akan berusaha untuk mempunyai sekurang2nya satu telefon bimbit, dan ini menyusahkan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
Kes kecurian akan berlaku.
Kos ibu bapa membeli topup untuk anak2 meningkat.

Kebaikan:
Memudahkan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Memudahkan guru memberi arahan kepada murid.
Memudahkan penyebaran maklumat dalam kawasan sekolah.
Menggalakkan komunikasi antara guru dan murid, di luar waktu persekolahan.

Pandangan saya:
Walaupun pelajar sekolah menengah sudah mencapai tahap akhil baligh, saya berpendapat mereka belum matang dari segi pemikiran. Selepas umur 20 tahun, barulah mereka akan mula berfikiran matang. Seterusnya akan benar-benar matang pada usia 25 tahun. Usaha yang diambil tidak salah, dan releven dengan perkembangan Negara kita yang tidak boleh tidak, memerlukan telefon bimbit dalam segala macam hal. Namun, perubahan ini perlu dipandang serius, dan dikawal supaya perubahan tidak mengarah kearah yang negatif.


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bersyukur walaupun sekarang terlalu jarang update blog, masih ada pengunjung yang datang secara konsisten ke blog saya. Dengan carian ikan laga di google (link paling atas). Mungkin itu adalah hasil usaha saya selama beberapa tahun bermain blog…

Beberapa bulan yang lalu, saya telah diminta membawa pelajar-pelajar daripada daerah Kinta Utara untuk pertandingan silat di Pengkalan Hulu. Walaupun berat hati saya, saya akur dengan arahan. Sebab saya berasa berat hati adalah, saya bukanlah guru yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Dan saya tiada asas langsung dalam seni silat. Saya memang gemarkan seni bela diri, tetapi agak bosan menonton silat.

Memang terasa agak sedih apabila hanya saya seorang guru lelaki yang perlu menjaga 27 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada mulanya saya berasa agak bimbang. Bimbang saya gagal mengawal disiplin mereka. Bimbang perkara yang tidak enak berlaku. Tetapi jangkaan saya meleset. Alhamdulillah, mereka semuanya berdisiplin, terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Izzuddin. Boleh dikatakan mereka sangat matang. Tidak seperti golongan remaja yang baru meningkat naik, yang selalunya tidak beradab, tidak tahu menghormati orang lain dan gemar berkelakuan ala-ala gangster.

Tetapi ada yang kurang menyeronokkan. Saya berasa sangat terkilan kerana kemudahan tidak disedikan untuk guru-guru. Tempat menginap tidak ada kipas, tidak ada suiz untuk charge handphone, bahkan tandas tidak ada pintu! Inikah nasib seorang guru di Malaysia  yang boleh dikatakan tinggal di Negara yang membangun dalam segala aspek? Bila dipersoalkan, takut-takut saya dituduh tidak tahu bersyukur. Ya, benar ramai lagi guru seperti guru pedalaman yang terpaksa menanggung segala bentuk kepayahan. Tetapi sepatutnya di semenanjung Malaysia tidak ada masalah seperti ini. Kenapa pertandingan dilakukan di tempat yang tidak ada kemudahan? Sudahlah saya ni terpaksa datang, saya rela… Tetapi melihat layanan yang tidak professional menyebabkan saya seperti mahu menitiskan air mata. Bahkan layanan yang diterima sebaik sahaja sampai, seolah-oleh kami, guru-guru ni nak sangat datang ke sana. Tahu, jawatan mereka tinggi… Siapalah kami, sekadar guru biasa. Apa salahnya senyum, gunakan bahasa yang manis, dan memuliakan kami, seperti mana adab memuliakan tetamu. Gaya duduk dan berbual sesama mereka pun buat saya rasa meluat. Inilah budaya dan sikap orang berjawatan besar. Berpangkat sedikit, mulalah berlagak. Atas sebab itulah rasa hormat saya kepada golongan seperti mereka begitu tipis.

Baiklah, ada sesuatu yang menambat hati saya, dan ingin saya kongsikan dengan anda... Kebolehan pelajar-pelajar  Sekolah Menengah Izzuddin bermain alat muzik, sangat mengagumkan.  Saya sempat merakamkan sedikit video… 


Bagaimana? Kalau tengok live, lebih seronok… Baiklah, sampai sini dulu ye… Assalamualaikum.

roti canai terpanjang

GEORGE TOWN - Komuniti India Muslim di negeri ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan roti canai terpanjang. Acara itu yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Kebudayaan India Muslim anjuran Pertubuhan India Muslim Malaysia menyaksikan 2,786 keping roti canai diatur sepanjang Lebuh Buckingham dengan jarak keseluruhan 400 meter. Seramai 15 penebar roti canai dari empat restoran terkenal membantu usaha mencipta rekod. Roti canai kemudiannya diagih untuk dimakan oleh pengunjung karnival .

Salam semua. Chuak bila web file sharing yang selalu dibuka tak boleh di access… Selepas google, akhirnya berjaya menjumpai solusi… Rugi betul kalau tak boleh download via torrent. Sebab wireless di tempat kerja sangat laju... Satu movie bersaiz 700mb ++ boleh siap dalam masa 10 minit sahaja. So, kenapa nak buang masa cari link direct download? Kepada anda yang mengalami masalah yang sama, sila tukar nombor dns anda…




Inilah hasil bila direktor bahlul bikin filem. Kalau pun ia satu realiti, kenapa perlu tunjukkan pada masyarakat melalui filem. Kenapa kita perlu ikut jejak filem barat. Nak tiru filem barat tu boleh. Tp ambil yg positif saja. Oh, begitu kecewa kalau kanak2 menonton filem rosak akhlak sebegini. Adegan seks yang pada pandangan saya tak perlu wujud. Tidak membawa kearah kebaikan langsung.




Sangat berbeza dengan filem Hoore! Hoore! Kalau tonton bersama keluarga, terasa amat memalukan. Cerita ini sesuai ditonton oleh orang bodoh, orang gila, pelacur2, perogol2, dan sewaktu dengannya. Ludah sama ini filem!


Salam semua. Baru lepas menonton Hoore! Hoore! Sebuah filem muzikal, yang bertemakan kekeluargaan. Pada hemat saya, beginilah filem yang sepatutnya ditayangkan di Malaysia. Ada unsur2 tempatan, yang boleh dibanggakan. Filem sepatutnya membawa impak yang besar. Perlu ada mesej. Kerana melalui filemlah kita mampu mengajak masyarakat berfikir. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

Assalamualaikum, dan salam satu Malaysia. Cuti sekolah sudah pun berakhir. Harap semua pelajar sudah bersedia untuk kembali ke sekolah untuk belajar sekaligus mengetahui keputusan peperiksaan. Saya sebagai guru pun terasa sedikit kekok untuk kembali bertugas. Cuti akan sentiasa tidak cukup. Apabila terlalu lama, beginilah jadinya.

Kali ini saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang tidak seberapa. Bagi yang tinggal di Bandaraya Ipoh, sudah pasti lebih arif mengenai Memory Lane, atau suatu masa dahulu terkenal dengan panggilan Loken.






Saya, adik dan ayah saya, sempat merayau2 untuk melihat barang2 yang dijual disana. Terdapat banyak barang antik, barangan elektrik terpakai, jam tangan, majalah2 lama, dan sebagainya, Barang yang anda tidak sangka dijual pun, ada dijual di sini. Dan ini lah yang menarik mengenai pasar Memory Lane yang terletak berhampiran bangunan Kinta dan Pasar Raya The Store.



Bagi yang tidak pernah datang, bolehlah datang untuk membeli belah.


Assalamualaikum semua. Rasanya masih belum terlalu lewat untuk menyebarkan berita mengenai Datuk Sharifah Aini. Beliau telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru. Berita ini dimaklumkan oleh sahabatnya melalui official fan pagenya di facebook. 

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Datuk Sharifah Aini. Semoga Tuhan akan mengurniakan kesihatan yang baik buatnya.


Salam semua. Excited sungguh pelajar2 saya, apabila berjaya mendapat tandatangan penyanyi terkenal, Yuna. Oh, saya sendiri sedikit kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengannya. Jealous sungguh! Hahaha…

Salah seorang murid tahun 6 menunjukkan tandatangan Yuna pada sehelai kertas

Mereka mengatakan, Yuna telah datang ke Taman Maju Rapat, Ipoh. Kata mereka, Yuna datang bersama teman lelakinya, bekas pengacara rancangan Jalan2 Cari Makan.

Main bola hebat2. Boleh main untuk Malaysia.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang terkejut dengan tindakan beberapa sekolah di kawasan luar bandar Sarawak yang melarang pelajar membawa netbook 1Malaysia mereka ke sekolah. Sekolah berkenaan tidak mahu pelajar terbabit mengecas semula netbook mereka di sekolah kerana ini akan meningkatkan bil elektrik.


"Ini satu berita baru kepada saya, tetapi malangnya ia bukan berita baik, Netbook diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam pelajaran mereka. Tetapi jika mereka tidak dibenarkan membawanya ke sekolah, matlamat itu tidak akan tercapai.Jika pendekatan itu menjadi amalan atau bakal dijadikan peraturan, ini juga merupakan satu kerugian besar di pihak kerajaan. Di pihak saya, saya akan maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk mencari penyelesaian secara baik demi kebaikan pelajar,"

Beliau berkata kerajaan akan mengagihkan lebih banyak netbook kepada pelajar dan pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar di seluruh negeri pada bulan ini dalam usaha untuk merapatkan jurang digital luar bandar-bandar.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Tertarik mengenai isu netbook, maka saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenainya. Nampaknya isu ini masih dibahaskan lagi. Sudahkah dibuat kajian mengenai impak pemberian netbook pada peringkat sekolah rendah? Dan sejauh mana keberhasilan daripada stategi yang diambil dalam membentuk masyarakat yang celik IT?

Pihak sekolah tidak beri kebenaran bawa netbook ke sekolah. Apa yang saya perhatikan, kebanyakan sekolah gagal mengawal penggunaan netbook. Maka terjadilah situasi dimana murid-murid menyorokkan folder game di dalam netbook mereka, mengecas di dalam kelas,dan  melayari facebook.

Pada pendapat saya, mungkin sekolah boleh menentukan hari tertentu bagi murid untuk membawa netbook. Susah juga jika nak dikendong setiap hari... Dan pastikan mereka cas terlebih dahulu sebelum membawanya ke sekolah.

Selain itu, sekolah boleh memberikan senarai laman web, blog, portal dan sebagainya yang wajib dilayari oleh murid-murid. Ini bagi menggalakkan budaya ilmu dan ict. Guru-guru perlu mengesan dan menyenaraikan blog2 yang boleh dijadikan bahan bacaan murid-murid. Penggunaan program2 yang membantu seperti e-kamus semasa kelas Bahasa Inggeris perlu dibudayakan. Bagi subjek Bahasa Melayu pula, terdapat banyak berita online yang boleh dibaca seperti Kosmo, Utusan dan sebagainya.


Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya?
Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email?
Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. 

Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?
Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783). Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar). Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat
Foto Lucu Bangat

tuhan itu ada


Assalamualaikum semua dan salam satu Malaysia. Hari ni terasa seperti nak tulis sesuatu di blog. Mengenai hakikat hidup… Tuhan itu ada. Setuju? Kalau setuju, anggukkan kepala. Ehehe… Gurau je, jangan ambil hati.

Pernah tak terkadang bila ditimpa bala, kita bertanya, mana Dia semasa kita susah? Pernahkah kita terdetik, apa yang beraku tidak adil buat diri kita. Kalau anda tak mahu mengakuinya, biarlah saya terlebih dahulu membuat pengakuan. Kadang2 saya merungut. Jiwa saya memberontak. Tapi saya tidak pernah berubah hati. Kerana tiada Tuhan selainNya. Dan saya percaya dengan hati yang ikhlas.

Tidak ada tempat untuk orang yang murtad. Apabila telah mendapat nikmat Islam, dan kita menolak. Bererti sudah tiada jalan kembali. Pohon dijauhkan.

Tetapi saya masih berfikir, layakkah saya untuk menjadi Islam. Layakkah saya untuk mengaku beriman. Dan layakkah saya ke syurgaNya. Adakah anda juga pernah terfikir mengenainya? Mungkin sebab itulah kita diduga dengan pelbagai dugaan. Kerana kesenangan hidup seringkali membuat kita alpa.

guru bersara


Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada

zakar dalam mulut


GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011. Muhammad Mustakim Mohamad, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Mustakim didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu. Pertuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu. Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010. Berdasarkan pertuduhan kelima,dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

download hantu dalam botol kicap


Salam para blogger, dan pengunjung blog SSI… Baru saja menonton filem Hantu Dlm Botol Kicap. Kesimpulannya, HDBK satu filem yg super duper mengarut. Memang HDBK sebuah filem komedi, tp rasanya terlampau bodoh. Sbb hantu dan roh bukan perkara main2… Hantu bkn mcm alien… Hantu sgt jahat. Boleh buat manusia jd bodoh, jd muflis, jd gila, bercerai berai, lumpuh dsb… Tangkap hantu bkn kerja mudah. Ditangkap, sekejap dah pulang… Sepatutnya penerbit filem buat kajian dgn org yg benar2 ada pengalaman dgn hantu. Bilalah agaknya filem seram Malaysia akan benar2 matang…

download hantu dalam botol kicap

KUALA LUMPUR - Akibat salah faham, dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera dan lebam selepas dipukul salah seorang daripada 20 pelatih yang menyerang mangsa di sebuah kem latihan di Melaka, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2.15 pagi tu, mangsa Yap Chun Yen, 18, dikejutkan pelatih lelaki bersama sekumpulan remaja dan membawa mangsa ke padang berdekatan. Pelatih yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipukul di dada dan ditendang kedua-dua kaki oleh pelatih yang dikenalinya. “Selepas dipukul, saya dicabar supaya menyerang semula dan akibat takut dicederakan lagi, saya terpaksa menumbuk perutnya untuk memuaskan hati mereka ketika itu. “Mereka datang dalam satu kumpulan dan hanya seorang pelatih yang memukul saya, tetapi tidak tahu mengapa saya dipukul,”. Chun Yen berkata, dipercayai berlaku perselisihan faham ketika perkhemahan Ahad lalu apabila dia meminjam barang penyerang dan berkemungkinan­ dengan nada suara yang tegas.

Akibat kejadian itu, dia sakit seluruh badan dan sering batuk. Sementara itu, selang 15 minit selepas kejadian pertama, dipercayai kumpulan sama menyerang rakan mangsa, Chew Chee Yong, 18, yang sedang tidur di asrama sama. Chee Yong berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan dikejutkan remaja yang dikenalinya. “Saya dipukul di dada tanpa sebab dan diselamatkan rakan. “Remaja itu memberitahu saya pernah menumpahkan air dan terkena bajunya. “Akibat tidak berpuas hati, dia serang saya dalam asrama,”. Chee Yong berkata, dia ada membuat laporan kepada jurulatih dan dibawa ke hospital berdekatan. Akibat kejadian itu, dia bengkak di bahagian dada dan batuk. Kedua-dua mangsa yang menamatkan latihan PLKN kelmarin membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

logo plkn

Assalamualaikum. ..Salam satu Malaysia. Tertarik dengan berita yang saya baca mengenai dua pelatih PLKN dipukul. Bukan kali pertama berita sebegini kita dengar. Bahkan sudah berkali2. Sehingga ada pelatih yang mati dalam tempoh latihan. Dan sebenarnya banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

Maka bagaimana hasrat PLKN untuk mendidik lepasan SPM menjadi insan yang sempurna dan seimbang? Ramai yang beranggapan PLKN ni bagus sebab kita dapat belajar cara hidup di hutan… PLKN bagus untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air. Namun sejauh mana objektif PLKN tercapai?

Pada hemat saya, pelajar yang kurang berpotensi dalam pelajaranlah yang sepatutnya menyertai PLKN. Bukannya pelajar cemerlang. Dan mereka perlukan pengawasan yang ketat supaya dapat membentuk disiplin. Mengapa? Bagi mengelakkan mereka membuang masa dan terlibat dengan aktiviti berunsur jenayah semasa cuti.

Saya pernah berada di PLKN. Salah seorang daripada pelatih telah dipukul beramai-ramai, dan kejadian ini tidak dilaporkan sama sekali. Inilah yang terjadi apabila lepasan SPM yang boleh dikatakan berperangai ala gangster tinggal setempat dengan anak emak. Anak emak ini akan diejek, ditendang dan dipijak2. Kalau anda seorang ibu, anda mahu anak anda diperlakukan sebegitu? Bagi yang tidak kena, masalah ini mungkin dianggap remeh. Salah pelatih PLKN tersebut kerana tidak pandai bawa diri. Tapi kalau kena batang hidung sendiri?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam satu Malaysia. Lama betul tak meluahkan rasa hati di sini. Mungkin ada blogger lain yang sudah tidak mahu berkunjung ke sini. Tak boleh nak disalahkan juga... Kandungan blog sudah lama tidak dikemaskini. Sebenarnya bukan tidak mahu, dan saya bukannya tidak serius berblog. Akan tetapi ada urusan kerja yang lebih penting. Beserta masalah kemudahan internet yang sudah tidak seperti dulu.

hyundai accent

Kali ini saya nak kongsikan gambar kereta pertama dalam hidup saya. Hyundai Accent… Cadangnya nak cari Honda City first model. Tapi tak lepas loan. Mungkin dah rezeki kereta ni nak bertuankan saya. Hehe… Orang kata, kereta ni kuat makan minyak. Tapi setakat ni, tiada masalah. Syukur, sudah pun bulan ke tiga…

http://www.psykopaint.com/painter.html


Salam satu Malaysia. Sesiapa pun akan teruja dengan Psykopaint. Aplikasi suntingan foto dan lukisan talian yang mudah, menarik dan mengagumkan. Hanya beberapa minit diperlukan untuk memuat naik foto dan saiz foto yang disunting juga boleh diselaraskan mengikut keperluan, sama ada untuk dicetak atau sekadar disiarkan ke laman sosial lain.

Anda disediakan dengan beberapa peralatan penting seperti peralatan . asas padam, Undo, Redo, pilihan berus. panel warna dan Layer, lanya cukup untuk anda menukarkan foto atau lukisan kepada sesuatu yang luar biasa. Lebih penting lagi, Psykopaint membenarkan anda menyimpan foto yang telah disunting terus ke komputer tanpa perlu bayaran atau pendaftaran yang merumitkan. Sememangnya satu kriteria penting bagi pengguna hari ini.

Selain menyunting foto, anda juga boleh mula mengecat daripada kanvas kosong atau mengecat daripada sampel Psykopaint. Anda bebas menggarap hasil seni digital anda di sini dan kongsikan dengan orang lain jika mahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates