Kemudian Allah menciptakan neraka dan sekali lagi memanggil melaikat untuk melihat betapa azabnya siksaan yang ada di dalamnya. Malaikat yang melihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnya seraya berkata "Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya". Tetapi kemudian Allah lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan keseronokan, berkatalah mereka "Nescaya tidak akan ada yang akan terlepas".
Walaupun hakikat indahnya syurga telah diuar-uarkan oleh Allah melalui lidah mulia rasulNya Muhammad saw, namun duri dan onak, kemiskinan, kepayahan dan ribuan lagi keperitan yang menanti di pintunya menjadikan kita seakan terlupa akan kehebatan nikmat di dalamnya. Deretan kesusahan yang menanti sepanjang jalan ke syurga menjadikan syurga itu hilang daya tarikannya di hadapan mata kita.
Begitu juga jalan ke neraka. Sememangnya mudah. Dan yang lebih pasti, tampak indah. Seronoknya berada dalam jalan ke neraka ini sehingga kita terlupa hakikat sebenar neraka itu yang dipenuhi dengan azab penderitaan, nyalaan api hitam dan biru, lautan peluh, nanah dan darah dan pelbagai lagi siksaan-siksaan yang menggerunkan bukan sahaja manusia, bahkan malaikat yang melihatnya.
2 orang menconteng:
salam.boleh tak saya nak ambil artikel yg best2, utk share dgn mmbe2??
wslm... silakan...
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P