Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

TAHUN Berdukacita atau dalam bahasa Arabnya disebut Am Al Huzni benar-benar memberikan tekanan kepada Nabi SAW.


Dalam tempoh itu kedua-dua pembela kuat baginda iaitu bapa saudara, Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isteri kesayangan, Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid meninggalkan baginda untuk selama-lamanya. Ini menyebabkan golongan kafir Quraisy melonjak kegembiraan.


Mereka akan mengambil kesempatan atas kematian kedua-dua insan itu untuk terus menekan Nabi dan Islam.Jika Abu Talib dan Siti Khadijah masih hidup, mereka malu-malu alah untuk melakukan penganiayaan terhadap nabi.


Bayangkan tekanan yang menimpa Rasulullah selain kesunyian yang terpaksa dilalui tanpa isteri yang selama ini menjadi pendamping rapat dan sanggup menempuh susah senang bersama tanpa sebarang rungutan.


Kesanggupan Siti Khadijah untuk turut merasai keperitan diboikot menjadi bukti betapa tingginya pengorbanan yang telah beliau lakukan terhadap baginda. Akibat diboikot itu turut memberi kesan sehingga menganggu kesihatan dan membawa kewafatan Siti Khadijah.


Tiada tolok bandingnya baginda sangat menyayangi Siti Khadijah. Seorang isteri yang melahirkan enam putera dan puteri kepada baginda iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah, Qasim dan Abdullah.


Walaupun kedua-dua putera baginda itu tidak panjang usia mereka kerana meninggal dunia di usia masih kecil namun baginda meniti kehidupan yang cukup membahagiakan.


Tatkala Khadijah meninggal dunia, baginda tidak pernah memikirkan untuk berkahwin lain sehinggalah dijodohkan dengan Saudah binti Zamaah, seorang janda dan Siti Aishah binti Abu Bakar, iaitu tiga tahun selepas kematian Siti Khadijah.


Justeru dengan penuh ketabahan hati, baginda meneruskan perjuangan menyebarkan Islam walaupun dirinya terus disakiti.


Ibn Ishaq berkata, apabila Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, kaum kafir Quraisy telah menyakiti Nabi dengan cara yang mereka tidak sanggup lakukan semasa kedua-dua pembela nabi itu masih hidup.


Pernah pada suatu hari dalam perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah ditahan oleh seorang lelaki daripada kalangan Quraisy itu lalu menaburkan tanah di atas kepala baginda. Namun baginda tidak melawan. Tetapi terus pulang ke rumah dengan kepalanya kotor penuh dengan tanah.


Lalu salah seorang puteri baginda segera membersihkan kepala baginda daripada tanah-tanah tersebut sambil menangis kerana sedih dengan nasib yang menimpa bapanya. Malah Rasulullah yang memujuk anaknya itu supaya tidak menangis sambil berkata: "Janganlah menangis wahai anakku, sesungguhnya Allah akan mempertahankan bapamu ini."


Sempat juga baginda berkata: "Golongan kafir Quraisy tidak pernah bertindak sesuatu yang aku benci sehinggalah Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia".


Malah di kalangan para sahabat dan umat Islam lain turut menerima nasib yang sama. Penyeksaan demi penyeksaan dilakukan tanpa mengira latar belakang mereka. Ia turut dialami sahabat baik baginda, Abu Bakar apabila dipijak dan dipukul orang semasa berada di Mekah.


Salah seorang pembesar Quraisy, Utbah bin Rabiah menghampiri lalu memukul Abu Bakar dengan sepasang kasut yang bersalut besi sehingga muka Abu Bakar cedera teruk dan pengsan. Disebabkan keadaan Abu Bakar yang parah itu maka Bani Tayyim telah mengusung Abu Bakar dengan berselimutkan sehelai kain lalu membawanya pulang ke rumah.


Keadaannya yang parah itu menyebabkan sesiapa sahaja yang melihat tidak ragu-ragu mengatakan bahawa sahabat nabi itu sebenarnya telah mati. Tetapi pada sebelah petangnya, Abu Bakar kembali sedar daripada pengsan. Sejurus sedar, perkara pertama yang beliau tanyakan adalah mengenai keselamatan Nabi Muhammad.


Selagi tidak diberitahu, selagi itulah Abu Bakar bertanya sehinggalah diberitahu bahawa baginda selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan


Dengan segala macam penyeksaan itu telah menimbulkan pertanyaan di kalangan sahabat baginda sendiri, mereka hairan mengapa baginda tidak meminta sahaja pertolongan dari Allah bagi menghentikan segala penyeksaan itu.


Mengapa baginda begitu tabah menghadapi segala perbuatan jahat musuh itu seolah-olah baginda tidak mampu berbuat apa-apa. Sahabat baginda iaitu Khabbab bin Al Arattt pernah bertanyakan perkara ini kepada baginda.


"Aku datang kepada Nabi ketika itu baginda bersandar di atas kain selimut di bawah teduhan Kaabah. Ketika itu kami sedang menghadapi tekanan yang hebat dari kalangan Musyrikin Mekah.


Lalu aku berkata: Apakah engkau tidak mahu berdoa kepada Allah wahai Rasulullah? (supaya Allah menghantar bantuan dan pertolongan untuk membebaskan umat Islam dari segala macam seksaan?"


Lalu dijawab baginda: "Sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu ada pada hari ini, mereka disikat dengan sikat-sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan urat dari tulang-tulang, namun semua itu tidak membuatkan mereka berpaling daripada agama.


"Demi sesungguhnya, Allah akan menyempurnakan urusan (dakwah) ini sehingga nanti mereka yang berkenderaan dari Sanaa (Yaman) dapat menaiki kenderaan ke Hadramaut (selatan Semenanjung Arab) tanpa berasa takut kecuali kepada Allah!"


Sesetengah riwayat menambah: "Tanpa perlu merasa takut kambing-kambing mereka akan diancam oleh serigala!" Jawapan itu menyebabkan Khabbab terdiam sambil membenarkan kata-kata Rasulullah bahawa penderitaan yang mereka alami ini tidaklah seteruk mana.


Sedangkan seksaan-seksaan yang dialami oleh umat-umat terdahulu adalah lebih zalim dan tidak akan mampu ditanggung oleh sesiapa pun.


Tidak sahaja para pengikut akan diseksa tetapi yang lebih teruk lagi ramai di kalangan nabi-nabi mereka turut diseksa dan dibunuh. Ini termasuklah Nabi Zakaria, Harun dan sebagainya lagi.


Terutama angkara kaum Yahudi yang begitu sombong dan angkuh walaupun pelbagai pertolongan yang Allah beri untuk menyelamatkan mereka dari kekejaman bangsa lain.


Namun ambil sahajalah contoh yang terjadi pada Nabi Isa a.s, seruan baginda langsung tidak didengari tetapi lebih berusaha untuk membunuh pula. Namun akhirnya yang dibunuh, yang disalib bukannya orang lain, Yahuda @ Yahuza salah seorang daripada kaum mereka sendiri!


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates