Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

saman bekas tunang

Nik Mustafa (dua dari kiri) bersama peguamnya, Mohd Ridzuan berbincang sesuatu di Mahkamah Tinggi Kota Baru

KUALA LUMPUR— Seorang juruteknik kilang memfailkan saman ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi Kota Baru bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM320,000 kerana membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung 8 Jun lalu. Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah yang bekerja di Bangi, Selangor memfailkan saman itu melalui peguamnya, Mohd Ridzuan Muhamad semalam.

Dalam tuntutannya, plaintif yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik menuntut bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, seorang pengurus restoran makanan segera di Serdang, Selangor dan berasal dari Kampung Nibong, Tanah Merah membayar ganti rugi am dan khas kerana mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu. Ia melibatkan ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan RM100,000, ganti rugi khas RM4,457.53 dan ganti rugi kos hangus RM17,000. Nik Mustafa turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan tersebut, selama tiga hari berturut-turut. Dia turut menuntut faedah lapan peratus ke atas keseluruhan jumlah saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya.

Nik Mustafa mengalami tekanan perasaan akibat tindakan bekas tunangnya itu kerana telah mengambil cuti kahwin selama seminggu dan rakan-rakannya pula asyik bertanya mengenainya. Akibatnya, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari sehingga prestasi kerja terjejas. Mereka bertunang pada 1 Mei 2011 lalu dengan wang hantaran RM6,000 dan tarikh pernikahan ditetapkan oleh pihak perempuan pada 8 Jun manakala majlis persandingan pada 9 Jun diikuti persandingan di pihak lelaki sehari kemudian. Dia juga telah membeli dua bentuk cincin berharga kira-kira RM3,000 untuk diserahkan kepada bakal isterinya itu pada hari pernikahan mereka.

“Bagaimanapun seminggu sebelum tarikh tersebut, defendan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan meminta saya menangguhkan perkahwinan,”. Berikutan SMS itu wakil bekas tunangnya datang ke rumah ibu saudaranya bagi membincangkan penangguhan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya kerana segala persiapan termasuk 1,000 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.

“Persiapan dulang hantaran sebelah lelaki juga telah diberikan kepada pihak perempuan,” Berikutan itu, bekas tunangnya itu sekali lagi menghantar SMS memutuskan pertunangan mereka seminggu sebelum tarikh mereka dinikahkan. Jelasnya, memandangkan kad jemputan telah diedarkan, maka keluarganya terpaksa menggantikan majlis perkahwinan tersebut dengan kenduri kesyukuran.



26 orang menconteng:

wahh.. byk tol nak saman! kaya2...

@...Minah BluR..., tu la pasal... Entah boleh menang ke tidak.

banyak sangt saman nya...
kalau ye pun marah jangan le sampai jadi dendam..
mahal gini maknanya dendam la tu..

@diana, dendam kesumat. heheh

bahaya sekarang ni..main duit je. lelaki tu tak cuba faham masalah belah perempuan agaknya, yg perempuan bengang lansung putus je.

Lepas ni x leh simply simply batal perkhawinan. Huhuhu

@Adzriel AB, mungkin jugak kak...

@sop, :s::s::s:

kecian die kan..msti da byk hbs dt...

lepas ni adalah pulak kes saman sebab putus couple..hehe

@Ct Aja, mmg byk pn...

@Arpiiz, :o::o::o:

banyak sgt saman tu... dah hilang rasa syg akibat di malukan..

ikutkan sgt marah :g:

mmg patut tuntut, suke2 je nak tangguh, ingat main2 ke pasal kawen ni

@intan izani, yup... bukan perkara main2...

wah..Byknye saman tu..
dptke terbayar tu..hmmm...

ambil kesempatan..duit duit...

KITA RAMAIX TUNGGU KEBENARAN JANGAN KITA LIHAT PADA SEBELAH PIHAK SJ

@LiLy @ MumMyQiStInA, entahla. huhu

@shafmechy, mungkin ye, mungkin tidak...

@Tanpa Nama, yup! btl tu...

setahu saya, bekas tunang yang disaman ni yang banyak berabih duit keluarkan perbelanjaan persiapan kahwin. bekas tunang ambik keputusan nekad nak batalkan pun masa dah hampir dgn hari yang sepatutnya kahwin. dia dan keluarganya pun malu jugak. tapi nak buat macamana, kalau diteruskan, bimbang berterusan jadi mangsa. belum kahwin lagi dah tunjuk moral yang tak baik. dia tahu ke kahwin tu bermakna melindungi, menjaga dan menghormati hak isteri? tak pe.... kebenaran pasti mengatasi segalanya

@Tanpa Nama, mcm tu, terima kasih untuk maklumat tu yer. memang kita tak boleh nak salahkan, sbb kita pun cuma dengar khabar angin. takut2 menjadi fitnah pula.

org skrg ni ssh nk cyakn,byk yg pntngkn diri,spttnya fikirlh dulu sblm mmbuat ssuatu tu..

ya ke,stahu saya lak brg2 hntaran pun si bekas tunang x pulangkn pun apa cter...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates