Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


Pada mulanya, saya mula memilih tema. Setelah membuat sedikit kajian, saya telah memilih tajuk “kuasa”. Saya mula mencari idea mengenai tajuk yang telah dipilih. Saya mendapat idea untuk membuat sebuah arca mengenai kuasa manusia dan kuasa tuhan. Melalui arca ini, saya akan membuat perbandingan mengenai kuasa tuhan dan batasan kuasa manusia. saya memilih untuk menggunakan besi untuk menghasilkan asemblaj.

Selepas itu saya mula mencari bahan-bahan untuk menghasilkan arca. Namun saya mempunyai masalah dalam mencari bahan. Oleh itu saya terpaksa mengubah idea untuk disesuaikan dengan objek besi yang telah saya dapat. Saya telah mengambil sebuah bekas peluru sebagai tanda kekuasaan manusia. Bagi kuasa tuhan pula saya mengambil objek yang seolah-olah orbit bagi menunjukkan betapa besar dan agungnya ciptaan dan kekuasaan tuhan yang telah menjadikan alam semesta. Sesetengah objek dijumpai, dibeli di tempat besi buruk dan juga dibeli di kedai “hardware”.

Saya membersihkan objek-objek yang telah saya pilih kerana ia berkarat dan dikotori dengan tanah dan kotoran. Selepas itu saya mula merancang reka letak objek. Rakan-rakan saya terutamanya Kasim telah banyak membantu saya. Kuasa tuhan diletakkan di bahagian atas bagi membuktikan kuasanya lebih besar. Bahagian atas adalah lebih besar berbanding bahagian bawah. Saya telah menyusun objek-objek besi tersebut supaya Nampak menarik dan sesuai. Rekaletak objek adalah bersesuaian dengan tema kuasa yang ingin ditonjolkan.

Setelah berfikir dengan lebih mendalam, saya mendapati bahawa peluru sebagai simbol peperanagan dan penjajahan bukanlah kuasa manusia yang paling hebat. Akan tetapi, ilmu ialah punca segala kemajuan dan kekuasaan manusia dan nadi kepada manusia untuk terus maju. Oleh itu, saya telah menambah objek seperti buku yang diperbuat daripada zink.

Untuk mencantumkan besi, saya telah memilih untuk memilih teknik “welding”.hal ini kerana ia dapat mengukuhkan besi yang dicantum dengan baik.

Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M.Masyarakat zaman tamadun awal seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.Pada zaman ini, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang bekaitan dengan system kepercayaan dan keagamaan mereka.

Pengarca yang termahsyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland.Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain.

Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cyladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika itu boleh dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebagai contoh ialah arca terkenal yang bertajuk The Laocoon (50 SM) yang menunjukkan satu situasi dramatik tiga orang lelaki di belit ular. Pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry Moore dan Alberto Giacomitti.

Di Malaysia pula arca tidak berkembang dengan meluas. Perkembangannya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan. Sebagai contoh, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri. Pada sekitar tahun 1960-an pengarca-pengarca di Malaysia mula membentuk arca moden. Antara arcawan tempatan yang terkenal ketika itu ialah Anthony Lau (Rimba), Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian.


Apa yang ada dalam fikiran, memori, kadang2 macam mimpi. perkara yang dah berlalu xkan berulang kembali. macam umur....ye,kita makin tua. sedih? rindu? menyesal? hampa... bermain dalam jiwa. perasaan kadang2 semacam ingin meronta, meletup!!! inilah manusia. lahir dengan perasaan, nurani. adakah aku seorang yang beruntung?? malang??? ape motif hidup ni. hidup sementara. tapi sementara pun lama jugak laa... macam2 liku.

Syurga itu indah. ye ke? betul ke indah sangat. nak je mati dan terus pegi syurga. alangkah baiknya kalau syurga tu penuh dengan kasih sayang, cinta. cakap pasal impian, terlalu bayak. bercampur dengan nafsu. perasaan ingin memiliki. handphone? kereta? cinta? letih kalau cakap pasal cinta, pengalaman setiap orang berbeza. ada ke cinta yang betul2 suci, kerana tuhan. iman. hati. cinta yang macam ni jangan lah berakhir di dunia. kelak di akhirat biarla terus berkembang. mekar, dan begitu jugalah harapan terhadap sebuah kisah cinta yang sedang aku lalui.

sekarang minat pada teknologi pulak. internet. kepakaran. best download2 nih. kua3. dunia maya ye tak?? hehe. 21 tahun. terlalu muda ke? mentah dan macam2 lg pandangan org. darah muda dan sebagainya. but don’t underestimate person. diam2 ubi berisi. Rindu..... Rindu pada mak, rindu pada kekasih hati... hui3... cerita sedih xnak la cakap. tambah menyedih pulak nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates