Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai. Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW. "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya.

"Masya-Allah. Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

.

Assalamualaikum... petang ni saya nak berceloteh sedikit mengenai laptop. Zaman sekarang, setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan untuk menggunakan komputer atau laptop. kalauaptop.ng, setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan untuk menggunakan komputer x tau guna, agak payah untuk menyiapkan kerja sekolah, tugasan dan sebagainya.... saya juga tergolong dalam golongan manusia yang x tahu menggunakan komputer. Bila cikgu suruh masuk makmal komputer, saya mulalah gelisah.... hehe.tapi tu dulu...oleh kerana kerana minat dan keadaan mendesak, saya telah belajar menggunakannya. bila mengenangkan masa bersekolah dulu, saya rasa sedih kerana kelemahan tidak tahu menggunakan komputer. Dan sekarang, kalau ada sesiapa bertanya dan meminta pertolongan, saya sentiasa cuba memberikan bantuan sebaik mungkin :-) lagipun, x baek kedekut ilmu.


Sekarang saya menggunakan HP Pavillion. Laptop ni telah saya beli semasa pc fair di Kota Bharu. Sememangnya laptop ni cantik dari segi luaran. Tapi saya tidak berpuas hati dengan performance laptop ni. Harga laptop ni masa saya beli dulu ialah RM2600...

gambar kat atas ni, masa baru beli dulu...bau kedai lagi nih...hehe

kat bawah ni pulak adalah antara screenshot laptop kesayangan saya...




Dari dulu lagi aku dapat rasa yang Aizat mempunyai bakat semulajadi dalam bidang nyanyian. Baru je lepas tengok anugerah juara lagu. Aizat memenangi dua anugerah. Persembahan terbaik dan JUARA. Lagu “Pergi” nyanyiannya memeng syahdu dan menusuk kalbu. Sesungguhnya bakat nyanyian memang original. Malangnya ada sesetengah orang menilai dari paras rupa. Sebagai penggemar seni, aku turut berbangga dengan kejayaan Aizat. Satu lagi aku nak cakap pasal kemerduan violin dalam lagu Aizat nie. Korang hayati lah sendiri.....


Lirik Lagu Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Shah Rukh Khan


Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965, di New Delhi. Graduan sarjana Ekonomi dari Hansraj College pada 1988. Muncul pertama kali di TV pada tahun 1988. Filem pertamanya muncul empat tahun selepas itu. Selain popular sebagai penyanyi dan penari, dia juga dikenali sebagai pengacara program Who Wants To be a Millionaire versi India untuk satu musim. Sudah membintangi lebih 70 filem. Nama Shahrukh bermaksud Wajah Raja (Face of the King), tetapi lebih suka namanya ditulis sebagai Shah Rukh Khan atau S.R.K. Pada mulanya dia ke Mumbai bukan hendak menjadi pelakon tetapi mahu mencari bekas kekasihnya, Ghauri. Mereka kemudian berkahwin dan mempunyai dua anak. SRK seorang Muslim, sedangkan isterinya masih seorang Hindu. Buku kegemarannya ialah The Hitchhiker's Guide to the Galaxy dan mempunyai seekor anjing bernama Chewbacca. Dia mengaku tidak menerima tawaran dari penerbit filem Amerika tetapi dia tidak kisah. Dia dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Bedfordshire Britain pada Julai 2009. Membuat pengakuan dia bersedia berlakon dengan percuma kalau terlalu suka dengan wataknya.

Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shah rukh Khan kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Sebelumnya Shah rukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler danWinston Churchill.

Salam. Rini aku nak cakap pasal salah satu hobi dan minat aku iaitu memelihara ikan laga. Bkn semua org paham pasal minat membela ikan hiasan nie. Selalunya org yang minat bela ikan atau haiwan2 lain spt kucing mahupun burung adalah seorang yang mempunyai cirri-ciri penyayang. Btoi x?? Hehe...

Ikan laga ni datang dgn pelbagai warna. Dah nama pun ikan laga, mesti la suka berlawan. Ikan ni xleh diletakkan setempat dengan ikan laga lain. Jika diletakkan dalam satu bekas atau akuarium, salah seekor akan cedera teruk atau mati. Setakat ni, aku pernah bela warna biru, ungu, merah, hitam kebiruan, hitam kemerahandan warna hijau laut. Memang cantik biler ikan laga ni nak berlaga.

Laga atau sempilai boleh didapati dengan banyak kat sawah atau alur sungai. Banyak cara untuk tangkap ikan ni. Salah satu cara ialah dengan menahan perangkap dimana satu tempurung kelapa atau tin susu diletakkan di kawasan yang selalu dia bermain. Kalau time dia bertelur, ikan sepilai ni akan ada buih (yang terdapat telur dia tu). Dekat buih ni ada sempilai jantan (sempilai jantan lebih cantik dari sempilai betina) yang jaga buih sempilai betina. Bila kita letakkan tempurung, sempilai tersebut akan tinggal dalam tempurung ini sebagai tempat tinggal mereka , jadi dia akan masuk ke dalam tempurung tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates