Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

aminulrasyidKronologi detik-detik kejadian Aminulrasyid Amzah terbunuh dalam tembakan pihak polis pada 26 April 2010. Klik gambar untuk tumbesaran maksima...

Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.”

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad mengakui dia masih lagi teringat dan terbayang sikap manja anak bongsunya itu. “Rutin harian saya sama seperti dulu tapi arwah (Aminulrasyid) tetap dalam ingatan saya... nak pejamkan mata saya teringatkan dia, nak buat kerja pun saya teringatkan dia, walau sesaat pun saya sentiasa teringat akan dia... apa yang dia buat saya masih lagi terbayang, saya tidak boleh lupa langsung.

“Arwah tidak sakit tapi tiba-tiba sahaja dia tiada, kalau saya keluar rumah dan terpandang tempat kejadian, hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan saya, saya tidak tahu macam mana nak gambarkan kesedihan yang saya alami ini... kesedihan yang saya dan keluarga tanggung selama setahun ini,”

“Saya boleh rasa bagaimana takutnya dia untuk sampai ke rumah, Anak saya bukan budak jahat, dia hanya pergi menonton siaran langsung bola sepak sahaja, jangan nak kata anak saya penjenayah... saya kenal siapa anak saya dan saya tak boleh terima bila ada orang kata anak saya penjenayah, mereka yang cakap macam itu memang buta hati dan tiada perasaan langsung. Kalau ikutkan hati saya memang tidak boleh terima kematian dia yang terlalu cepat tapi benda dah berlaku saya kena terima ketentuan Allah tapi sampai sekarang saya tetap tidak boleh terima orang kata anak saya penjenayah,”

“Saya masih lagi terbayang-bayang kelakuan, gelagat dam semua perangai dia... kalau saya lihat budak sekolah lalu depan rumah saya dah rasa semacam, saya seolah-olah nampak anak saya. Kalau saya lalu tepi padang saya nampak Aminulrasyid ada bersama kawan-kawan dia bermain bola sepak, kalau saya rindukan dia saya akan ke padang untuk lihat kawan-kawan dia,”

“Saya tak boleh terima orang kata anak saya penjenayah, itu zalim namanya... janganlah tembak orang sesuka hati, adakah itu hukuman yang anak saya patut terima? Kalau anak sendiri yang kena macam mana? Apa yang akan dia rasa?”.

“Mentang-mentang anak saya sudah tiada, macam-macam mereka kata pasal dia... sedap mulut cakap anak saya penjenayah, anak saya berumur 14 tahun (ketika kejadian), apa jenayah yang dia boleh buat? Saya tak hairan apa orang nak kata tapi saya akan pastikan kematian anak saya terbela, siapa yang bersalah akan bertanggungjawab... kalau tidak di dunia Allah akan balas di akhirat nanti,” katanya.

Ekoran daripada kejadian itu, seorang pegawai polis telah didakwa di mahkamah kerana menembak mati Aminulrasyid. Koperal Jenain Subi, menghadapi tuduhan menyebabkan kematian terhadap Aminulrasyid, di antara 1.10 pagi hingga 2 pagi di Jalan tarian 11/2, pada 26 April, 2010 mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalah boleh dipenjara sehingga 30 tahun. Perbicaraan kes itu masih berjalan.

“Dulu kalau dia anak rumah ini meriah, dia akan ketawa, gembirakan saya tapi sekarang tiada lagi gelak tawa dia... sekarang di rumah saya ditemani anak dan cucu. Biasa dulu pergi ke mana-mana mesti dengan Aminulrasyid, pergi pasar malam dengan dia, kalau bulan Ramadan kami akan solat terawih bersama di surau yang berdekatan tapi semua itu hanya tinggal kenangan bagi kami sekeluarga. Mudah-mudahan dia di tempatkan di syurga,” tambah Norsiah.



khalwat bini orang
JITRA: Sepasang kekasih masing-masing guru di sekolah rendah berhampiran dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek di sini, malam kelmarin. Pasangan guru berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.45 malam berdasarkan maklumat awam. Ketika serbuan, wanita itu hanya berseluar pendek dengan kemeja-T dan menyorok di belakang cermin yang menghubungkannya dengan sebuah bilik rahsia bagi mengelak dikesan, manakala pasangannya hanya berkain pelekat. Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu walaupun wanita berkenaan masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun. Pasangan terbabit pernah mengajar di sekolah sama di Jitra, tetapi masing-masing ditukarkan ke sekolah lain selepas suami wanita itu mendapat tahu mengenai hubungan mereka.

Jurucakap PADKP berkata, pasangan itu dicekup di rumah yang dipercayai disewa lelaki berkenaan dan mereka dikatakan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu. “Mengikut maklumat, wanita itu dikatakan merajuk selepas berselisih faham dengan suaminya sebelum meninggalkan rumah dan menyewa rumah di Taman Siswa di sini sejak tiga tahun lalu sebelum mula tinggal bersama kekasihnya beberapa bulan lalu. “Sepanjang tiga tahun berasingan anak mereka dijaga oleh suami, manakala wanita itu tinggal berseorangan. Sejak beberapa bulan lalu, wanita terbabit mula tinggal serumah bersama kekasihnya hingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat setempat,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, guru lelaki itu juga sudah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai tiga anak sebelum berpisah. “Ketika pemeriksaan dibuat, pintu depan rumah berkunci dari dalam dan apabila diketuk berkali-kali seorang lelaki membuka pintu dan memberitahu dia menyewa seorang diri. “Pemeriksaan lanjut menemui guru wanita itu berseluar pendek menyorok di belakang cermin yang dijadikan pintu ke bilik rahsia mereka,” katanya.


ps: guru kencing berlari, murid kencing berjoget…

MALAYSIA mencatatkan kehadiran 25 spesies betta liar iaitu ikan hiasan dalam perairan air tawar negara. Spesies tersebut berpotensi untuk dikomersialkan memandangkan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Laporan oleh Fishbase 2011 menyebut bahawa sebahagian besar ikan itu terdapat di Semenanjung Malaysia, lima spesies di Sarawak dan empat spesies di Sabah. Daripada jumlah itu beberapa jenis pula telah dikenalpasti berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan. Antara spesies yang telah dikenalpasti ialah Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. Peminat ikan betta itu termasuklah mereka dari Jerman, United Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan China. Uniknya spesies itu adalah ia hanya ditemui di rantau Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tempatan terutamanya ikan betta yang sangat berpotensi dikomersialkan untuk pasaran dalam dan negara, kata Pengarah FRI Glami Lemi, Zulkafli Abdul Rashid. Maklumat mengenai potensi spesies tempatan ikan hiasan itu sebenarnya telah dikumpulkan sejak tahun 2000.

Menurut Zulkafli, FRI telah memulakan kajian dengan menjalankan aktiviti pengumpulan spesimen ikan dari habitat semula jadi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Spesimen ikan liar betta yang berjaya dikumpul akan dipelihara dan dijinakkan dalam tangki di makmal FRI Glami Lemi sehingga matang dan boleh membiak. Setakat ini, 10 spesies betta telah dapat dijinak dan dibiakkan dalam makmal.

Zulkafli berkata, satu baka baru jenis Betta Bellica, yang berasal dari hutan simpan paya gambut di Pagoh, Johor dan Sabak Bernam, Selangor, berjaya dibiak dan dijinakkan dalam tangki dan berpotensi besar untuk dipasarkan. Spesies itu dilaporkan telah banyak terancam dan diharapkan usaha pembiakan dapat diteruskan pula oleh penternak yang berminat untuk tujuan komersial."Spesies ini juga dikenali sebagai ikan pelaga hijau, tempala atau sepilai oleh penduduk tempatan tapi kami menamakannya Betta Manja kerana sifatnya yang begitu manja ketika lapar," jelas beliau. Keistimewaan ikan hiasan itu ialah ia tidak berlaga sesama sendiri seperti ikan pelaga Siam, selain mempunyai warna badan yang cantik, bercoklat gelap, sisik berwarna hijau berkilat, mata berwarna biru berkilat dan sirip ekor yang panjang berbentuk nyalaan lilin. "Ia sangat jinak dan makan di atas jari pemiliknya. Spesies ini berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan," katanya.

Pegawai penyelidik kanan FRI Glami Lemi, Mohamad Zaini Suleiman pula berkata, ikan itu berpotensi dibiakkan dalam kurungan (tangki) sebab sepasang ia boleh menghasilkan 200 ekor anak. "Jadi, dalam tempoh enam atau tujuh bulan, saiznya mencecah kira-kira tiga setengah inci dan boleh dipasarkan pada harga RM5 seekor manakala induknya RM10 hingga RM15 seekor. "Ia juga boleh dikomersialkan dan dipelihara dalam tangki untuk dijadikan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tidak takut untuk makan di tangan tuannya."Tidak mustahil pada masa hadapan, ikan ini boleh dijadikan sebagai ikan spa untuk urutan dan perubatan," katanya.

Pengarah teknikal dan pengeluaran Aquatics International Sdn. Bhd., Syed Abas Alattas, berkata, sehingga kini belum ada penternak ikan betta liar secara komersial di Malaysia. Pihak beliau akan mengimport ikan itu dari Thailand sekitar 20,000 ke 30,000 ekor sebulan untuk dieksport semula ke negara lain. "Memang kita dapat keuntungan, tapi kalau boleh dikeluarkan secara komersial di Malaysia adalah lebih baik," katanya.

Sementara itu, satu kolokium sehari telah diadakan di FRI Glami Lemi baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan sasar akan potensi ikan betta bagi meningkatkan pendapatan. "Di samping menjana pendapatan, kolokium ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya konservasi terhadap khazanah semula jadi kita yang sangat bernilai untuk diwariskan kepada generasi akan datang," kata Zulkafli. Kolokium dengan tema "Khazanah Warisan Penjana Kekayaan" itu diadakan untuk membentangkan kepada masyarakat terutama yang terlibat dalam industri perikanan mengenai kejayaan dalam penyelidikan perikanan.

TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lepas ditemui mati pada Selasa. Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof Diah berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah. Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung. Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah. Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lepas. Dia dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga pukul 7 petang. Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

Abdullah telah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lepas. "Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru.


gangster potong jari

GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang. Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut. Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki. "Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam

"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau. Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


blogspot

Salam satu Malaysia. Kecoh bila ada blogger yang buat entry, bahawa google akan buang blog yang tak mendaftarkan blog dengan menggunakan gmail. Mean, blogger yang log in dengan menggunakan email selain gmail seperti yahoo mail. Ramai blogger yang kecut perut. Time2 ni la baru nak buat gmail. Time2 ni la baru teringat nak backup blog.

Sebenarnya, aku sendiri risau juga... Walaupun aku menggunakan gmail, aku masih risau sebab duduk menumpang(blogspot)... Ye lah, bila duduk menumpang ni bila2 masa boleh kena halau. Teringin jugak satu masa nanti menggunakan dot com.

blogspot

Berbalik kepada cerita asal, sebenarnya semua tu adalah khabar angin sahaja. Ya, blogger.com akan buang blog, tetapi blog yang akaunnya tidak pernah aktif sebelum dan selepas tahun 2007. Bermaksud, blog yang tak pernah aktif langsung akan dihapuskan. So, janganlah risau. Korang kan pagi, petang, siang, malam, hupdate. Hehe...

Tapi bagi aku, ada baiknya menggunakan gmail. Kenapa??? Perasan tak bila ada blogger baru follow blog korang. Korang pun klik la gambar dia kat tempat follower tu dengat niat nak balas balik... Tapi bila korang klik, takda link blog dia pun. So how nak jejak balik??? Inilah salah satu kelemahan tak menggunakan gmail. Perkara ni dah terjadi pada member aku. Selalunya bila aku klik gambar, tak naek link blog dia, aku akan usha shoutmix, kot2 ada dia tinggalkan jejak kat situ... Hurm, oke la, sampai sini saja buat masa ni... Ada sape2 baik hati nak ajar aku wordpress tak???



universiti malaya

KUALA LUMPUR, 25 April: Dua mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang digantung satu semester bermula akhir Mac lalu atas dakwaan memalsukan dokumen cuti sakit hari ini bebas daripada pertuduhan tersebut. Pihak Jawatankuasa Rayuan UM mengeluarkan keputusan rasmi hari ini setelah sebulan keputusan tersebut tergantung. Selain digantung pengajian selama satu semester, Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee, masing-masing penuntut Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sastera sebelum ini juga dikehendaki membayar denda RM200 kerana didakwa memalsukan dokumen cuti sakit yang dikemukakan bagi tujuan pengecualian menghadiri bengkel persediaan calon yang dilaksanakan pihak Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) pada fasa pilihan raya lepas.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), Mohd Syahid Mohd Zaini, pihaknya akan berusaha membantu mendapatkan slip peperiksaan bagi kedua-duanya bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan akhir semester seperti biasa. "Pihak MPMUM akan bertindak segera membantu mereka mendapatkan slip peperiksaan supaya mereka boleh menjalani peperiksaan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Syahid juga berkata, memandangkan Tiong merupakan salah seorang ahli jawatankuasa MPMUM sebelum ini, namanya akan diserapkan kembali ke organisasi MPMUM. Beliau turut menyatakan rasa gembira dengan keputusan itu dan berkata ianya membuktikan kedua-dua mahasiswa tersebut tidak bersalah. "Keputusan ini di luar jangkaan kami dan saya amat gembira dengan keputusan ini dan sekali gus membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. "Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa yang memberikan sokongan kepada mereka sehingga kes ini selesai," katanya.

Sebelum ini, Pro Mahasiswa (Pro M) UM mendesak pihak pentadbiran universiti menarik semula hukuman tatatertib ke atas kedua-duanya. Mereka turut mempertikai prosedur mahkamah universiti yang dilaksanakan terhadap kedua-duanya apabila mereka tidak boleh membawa sesiapa kecuali diwakili pekerja atau pelajar sedangkan mereka mempunyai saksi yang boleh membantu dalam sesi pembelaan.



1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..


pelacur melayu

Nie la duck face kan??? Tapi gambar ni da lama aku printscreen bukan dari fb, tapi dari blog mana ntah...Ahaks... Aku n member aku gelak tak berenti nengok gambar nih... If tuan punya gambar nak gambar ni di remove, aku akan remove secepat mungkin... Tapi dia brani letak, so dia mesti berani tanggung... So, dont blame me!


4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau



Post ini diambil dari SINI dan telah diubahsuai sedikit kandungannya supaya lebih bersopan dan sesuai untuk bacaan umum.




AMUK ALA SAMSENG - Seorang lelaki kurang siuman bertindak ‘ala samseng’ apabila memecahkan 17 cermin kenderaan yang dipakir di kawasan letak kereta berhadapan premis Jalan Bandar Rawang 15, pagi semalam. 17 kenderaan antaranya jenis Honda Civic, Proton Wira, Saga, Perodua Alza, Kancil, Van dan lori satu tan pecah cermin pada bahagian depan, belakang, tepi akibat di hentak dengan besi paip. Jom baca berita sepenuhnya kat bawah...


pecah cermin kereta

RAWANG - Seorang lelaki kurang siuman bertindak ‘ala samseng’ apabila memecahkan 17 cermin kenderaan yang dipakir di kawasan letak kereta berhadapan premis Jalan Bandar Rawang 15 di sini, pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu disedari pekerja bengkel kereta dan peniaga di situ setelah lelaki terbabit dilihat memecahkan kereta jenis Honda City dan Proton Arena. Berang dengan tindakan lelaki itu, mereka bersama sekumpulan tujuh orang awam bertindak membelasahnya sehingga cedera di muka dan badan.

Saksi kejadian, Loges Karna, 30, berkata, dia bertindak menahan lelaki terbabit kerana bimbang lebih banyak kenderaan akan dipecahkan. “Saya terkejut bila tengok dia buat begitu dan terus tangkap sebelum orang lain yang nampak datang dan memukulnya. “Dia cuba minta dilepaskan tapi keadaan masa itu tegang jadi orang macam lepas geram sebab bukan dua kereta saja dipecahkan tapi hampir 20 kereta,” katanya ketika ditemui di sini. Loges yang juga pekerja bengkel kereta di situ terkejut setelah melihat beberapa cermin kenderaan lain yang dipakir berdekatan premis tersebut telah dipecahkan. Menurutnya, lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu tanpa rasa bersalah dan tidak mempedulikan orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut. Katanya, dengan ‘selamba’ lelaki itu memukul berkali-kali cermin kenderaan di hadapannya sehingga pecah sebelum bergerak ke kenderaan lain.

Loges berkata, kebanyakan pemilik kenderaan yang diletakkan di kawasan itu bekerja di luar Rawang antaranya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya. Menurutnya, tindakan lelaki itu juga mengejutkan memandangkan dia pada awalnya kelihatan tenang.“Saya cuma sempat melihatnya selepas sekumpulan orang yang membelasahnya dileraikan dan mengenali dia adalah lelaki yang duduk di sini pagi tadi,” katanya.

Hisham berkata, orang awam beberapa kali mengherdiknya dan bertanya mengapa dia berbuat begitu, namun lelaki itu kurang bercakap sesekali kedengaran dialek seakan Kelantan dan Siam. Menurutnya, lelaki itu ditahan sebelum anggota polis membawanya ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Ekoran kejadian terbabit, 17 kenderaan antaranya jenis Honda Civic, Proton Wira, Saga, Perodua Alza, Kancil, Van dan lori satu tan pecah cermin pada bahagian depan, belakang, tepi akibat di hentak dengan besi paip. Sementara itu, sumber pihak berkuasa memberitahu, lelaki berusia lewat 20-an itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya berseluar pendek serta tidak berbaju. Sumber sama memberitahu, lelaki terbabit masih ditahan untuk siasatan memandangkan pemilik kenderaan yang menjadi mangsa amukannya tidak berada di kawasan ini. Menurutnya, keadaan lelaki itu juga tidak terurus dan siasatan menunjukkan dia tidak dipengaruhi alkohol, manakala identitinya masih gagal dikesan dan berkemungkinan bukan rakyat tempatan.


Gambar Ashraf Muslim Bertunang
Gambar Ashraf Muslim Bertunang
Gambar Ashraf Muslim Bertunang
Gambar Ashraf Muslim Bertunang

Myvi Bertembung Lori Bahan Kimia
PEKAN – Keriangan empat sekeluarga menyambut hari lahir datuk bertukar menjadi tragedi berdarah setelah kesemua mereka maut apabila kereta dinaiki bertembung sebuah lori membawa bahan kimia di Kilometer 63, Jalan Kuantan - Segamat berhampiran Bandar Dua Paloh Hinai.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang berkonvoi bersama dua lagi kereta milik ibu bapa dan bapa saudara untuk pulang ke rumah datuk mereka di Taman Tas, Kuantan.

Pemandu kereta Perodua Myvi terbabit, Diong Kah Keng, 24, bersama isterinya, Koh Kiah Hui, 23, serta adik dan seorang sepupunya, Diong Kah How, 21, dan Choi Kok Sin, 23, mati di tempat kejadian.


Salam satu Malaysia. Sihat? Dah makan?? Jom makan KFC nak??? Saya blanja, awak bayar... Hehe. Hari ni saya nak buat satu pengunguman. Kepada yang suka mamam KFC, ini adalah berita baik untuk anda kerana KFC telah memberi kupon online percuma... kupon2 ini boleh di print dan sah sehingga 30 April 2011. Tapi baca dulu terma dan syarat pada kupon tu. Faham betul2 fungsi kupon tu. Kang tak pasal2 malu je...


kfcKupon ini untuk pembelian 1 set KFC O.R Chicken Chop.Kupon ini tidak sah pada hari cuti yer...


kupon kfc2 kupon di atas pula bagi pembelian KFC Lunch Treats. Disediakan setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.





Salam satu Malaysia. Crack ini akan mengaktifkan Kaspersky untuk 3700 hari, dan ia tidak akan disekat, bahkan selepas anda update! Ia sesuai dgn semua version windows 32bit dan juga 64bit.

Langkah:
1. Buang semua registration key.
2. Matikan Self-Defense Kaspersky.
3. Exit Kaspersky.
4. Install crack.

Bagi yang mengalami masalahi:
1.Uninstall dgn menggunakan alat Removal:
2.Reboot PC.
3.Install semula Kaspersky (versi baru 11.0.1.400 atau 11.0.2.556)
4.Activatekan trial license.
5.Update database.
6.Reboot sekali lagi.
7.Buang trial license @ registration key yg lama.
8.Disable Self-Defense.
9.Exit Kaspersky.
10.Gunakan crack.


Muatturun Installer Kaspersky Di SINI
Muatturun Kaspersky 2011 Crack Di SINI



Panduan 1 – Jangan cuba menipu lagi
kantoi curangTentu ianya sesuatu yang menyakitkan hati bagi pasangan yang telah ditipu. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah putuskan semua hubungan sulit yang anda ada. Anda mesti luahkan sejujurnya kepada pasangan yang anda sayangkan hubungan sedia ada.

Panduan 2 – Berikan masa
kantoi curangSelepas ditipu, tiada siapa yang boleh lupakan begitu saja atau sekelip mata. Berikan si dia masa untuk pulihkan kepercayaan dan hilangkan rasa sedih. Dalam waktu ini, jangan sesekali mendesak. Keadaan mungkin menjadi sebaliknya.

Panduan 3 – Bersikap lebih terbuka
kantoi menipuSelepas ini anda perlu bersikap terbuka dan jujur dengan apa yang anda lakukan. Sekiranya anda masih menyembunyikan sesuatu walaupun bukanlah perkara penting, mungkin si dia akan mula salah sangka dan teringat kesalahan lama anda. Bukan mudah untuk pulihkan sikap seseorang yang telah ditipu. Si dia menjadi lebih curiga terhadap anda sekarang.

Panduan 4 – Berani tanggung
kantoi menipuAnda juga harus menerima akibat atas perbuatan anda sendiri. Jangan menyalahkan kekasih gelap anda atau diri anda sendiri. Apa yang penting ialah tumpukan semula pada hubungan anda dan cuba perbaikinya semula dan kembalikan keyakinan si dia. Buktikan pada si dia anda sudah berubah.


kantoi menipu
Salam satu Malaysia. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung, sudi baca, dan lebih2 lagi kepada yang sudi tinggalkan komen. Untuk pengetahuan anda, keempat2 panduan diatas, bukanlah hasil penulisan saya. Tetapi hak milik @ pun tulisan blogger lain. Cumanya, saya tertarik benar, dan ingin memberi sedikit ulasan.

Pernahkah anda dalam situasi ditipu pasangan, atau pun anda ada pengalaman menipu??? Walau apa pun alasan anda untuk menipu, anda adalah seorang yang sangat kejam apabila anda menipu orang yang selama ini mengambil berat tentang diri anda.

Hmm, setujukah anda dgn keempat2 panduan di atas??? Saya setuju dan kurang setuju! Hah, Muhammad Burn guna bahasa keling pulak... Sebenarnya saya setuju dengan panduan2 tersebut. Tetapi bagi saya, panduan ke empat kurang tepat. Mengapa???

"Jangan menyalahkan kekasih gelap anda atau diri anda sendiri."

Okay, bagi saya, kita perlu menyalahkan diri sendiri. Kenapa??? Supaya kita tak fikir yang tindakan kita sentiasa betul. Supaya kita sedar dan menyesali perbuatan kita yang lalu. Kita tak boleh ego, dan tak mau mengakui kesalahan yang kita telah lakukan. Sebaliknya, kita perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita, bahkan kita sepatutnya berasa malu.

Itu Cuma pendapat peribadi saya. Bagaimana pula dengan pendapat anda??? Kalau ada nak tambah panduan lain, boleh tambah kat bahagian komen yer... Trimas.


Ps: Asik kne tipu je, blah je lah...



SITIAWAN: Gara-gara gagal memujuk isterinya memberikan wang RM8,000 untuk berjudi, seorang kaki botol bertindak bodoh membakar rumahnya sebelum dia sendiri mati akibat kebakaran itu.

Kejadian berlaku selepas mangsa bertengkar dengan isterinya di rumah mereka di Kampung Baru, Ayer Tawar, dekat sini, kira-kira jam 6.20 petang kelmarin. Pasangan itu dikatakan sudah bertengkar sejak beberapa hari lalu. Lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai Ah Hock, berusia 50-an, ditemui dalam keadaan hampir 100 peratus badannya terbakar dalam sebuah bilik rumah separuh papan yang musnah dalam kebakaran itu.

Seorang waris mangsa enggan dikenali berkata, lelaki itu pernah beberapa kali mengugut untuk membakar rumah pusaka didiaminya bersama isteri jika gagal mendapatkan wang RM8,000 daripada wanita itu yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. “Saya difahamkan, isteri mangsa enggan melayan kerenah suaminya itu dan bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur sejak seminggu lalu. Sejak kejadian itu, mangsa sering menyuarakan hasrat untuk membakar rumahnya kerana marah dengan tindakan isterinya. “Saya tidak sangka dia benar-benar berbuat demikian. Lebih malang apabila dia sendiri yang mati dalam kebakaran itu,” katanya. Waris itu berkata, dia memang menyedari tabiat buruk mangsa suka berjudi dan kaki botol, tetapi tidak menduga ia akan membawa kepada bencana seburuk itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian di rumahnya dan gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku. “Dua rumah itu, termasuk satu rumah mangsa yang terletak bersebelahan hangus dalam kebakaran terbabit. Mangsa dipercayai maut selepas gagal menyelamatkan diri. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, kerana menghidap asma.

Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas. "Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buatrawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas. "Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini denganmenggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi mStar Online. Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya. "Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia,"ujarnya. Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin. "Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini. "Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini. "Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean. Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama.


Salam. Dalam Harian Metro hari ini 20-04-2011 menyiarkan berita mengenai kebiadapan 4 orang pelajar sekolah menengah yang mencabul rakan di dalam kelas.. Diulang, di dalam kelas! Dalam berita tersebut, mereka adalah pelajar sebuah sekolah di Arau , Perlis yang berumur 15 dan 16 tahun. Mereka melakukan perkara tersebut semasa waktu persekolahan tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain. Astaghfirullah... Sebagai seorang guru, saya berasa sedih mendengar berita ini, dan bersimpati terhadap mangsa.


rogol budak sekolah

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Polis ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru. Semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam. “Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” kata polis.


Salam semua. Kenapa kita perlu mencintai Tuhan??? Sebab Dia menciptakan kita??? Sebab Dia memberikan kita hidup dan peluang bernafas di dunia ini??? Itukah sebab utama??? Semua tu adalah jawapan yg biasa kita dengar.

Baik, sebab apa kita menyayangi ibu bapa??? Sebab mereka melahirkan kita??? Ya, betul... Tapi itu bukan sebab yang paling utama. Kita menyayangi ibu bapa, kerana kasih sayang mereka kepada kita. Begitu juga dengan Tuhan. Kita perlu mencintai Tuhan kerana cintaNya kepada kita.

gambar Allah

Dapatkah kamu rasa cinta Tuhan??? Cinta Tuhan ibarat angin yang tidak dapat dipandang zahir. Tidak dapat ditangkap pandangan mata. Hanya mata hati yang mampu merasakan kehadirannya.

Namun ramai manusia mengatakan cinta pada Allah, namun tidak mejiwai perasaan itu. Mereka tahu Allah itu Maha Melihat, tetapi mereka lupa, Allah sentiasa berada di sisi. Allah bukan saja memerhati, malah Allah ikut sama dalam setiap perbuatan. Bukan saja melihat tingkahlaku kita, bahkan tahu segala tindak tanduk dan niat di dalam hati kita.

Saya sekadar memberi peringatan. Terutamanya kepada diri saya sendiri. Kerana manusia itu lumrahnya mudah lalai dan lupa. Tiada cinta yang perlu diletakkan ditempat paling utama melainkan cinta kepada Tuhan. Cinta yang kekal, jika kita pandai menjaganya. Jika kita tahu menghargai nilai cinta tersebut. Sedangkan cinta kepada manusia itu tidak menentu...


Assalamualaikum semua. Sedih... Sebab hari ni last saya dapat update, dan buka blog slalu. Esok dah kerja. Kompem tak sempat nak blog walking, baca dan komen entry kawan2.


Hari ni, saya nak share satu video nih yg saya dapat dari facebook. Video si isteri yang pukul suami kaw2... pompuan ni memang fighter time muda2 dulu kot. Haha... Gerun jugak tengok... Sapa yang da kawin tu jaga2 sikit... Jangan sampai anda dibelasah isteri sampai camnih. Malu siot...Hahaha... Layanz....



Pesanan pada para suami juga, jangan sesekali memukul isteri. Isteri yang jaga makan minum, jaga anak2, jaga rumahtangga... Sampai hati ke nak pukul??? Kalau isteri buat salah sekali pun, takkan sampai nak pukul. Kekuatan suami apabila dapat bersabar dan berfikir secara rasional. Cuba fikir, tentu banyak lagi perkara baik yang isteri pernah buat untuk anda kan??? Tapi jgn sampai jadi dayus sudahla...

Daripada pukul isteri, baik pukul org yang buat khianat pada kita, pukul org yg banyak sakitkan hati kita ya tak??? Tak macho la pukul perempuan ni. Tambah2 perempuan yang patut kita lindungi dan sayangi.

Aishah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”



memey bogel

ULU KELANG – Pasangan, Norman Hakim dan tunangnya ya:ng juga pelakon, Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.

Hakim Syarie, Salehan Yatim mendapati kegagalan pasangan itu hadir ke mahkamah sebagai tidak munasabah. Menerusi prosiding semalam, peguam syarie, Munirah A Bakar hadir menyebut bagi pihak peguam mewakili kedua-dua artis itu, Fakhrul Azman Abu Hassan yang turut tidak hadir kerana berada di luar negara. Menurutnya, Norman, 34, menelefon beliau pagi semalam dan memberitahu tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan, manakala Memey, 23, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berada di luar kawasan.

Namun, pelakon yang juga bekas suami dramatis, Abby Abadi itu tidak mengemukakan sijil cuti sakit kepada mahkamah. Pemilik nama asal Mohamed Norhakim Zaidon itu dan Memey sedang dibicarakan kerana didakwa berkhalwat di pejabat ber-alamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini antara 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008. Kes khalwat terbabit mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan tanah air kerana Norman ketika itu masih suami Abby, manakala Memey adalah seorang pelakon baru meningkat popular. Pada 20 Januari 2009, akibat kes itu Norman didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Pasangan dikatakan akan bernikah tahun ini boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Setakat ini, perbicaraan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal sudah mendengar tujuh saksi memberi keterangan. Mahkamah menetapkan 20 Mei depan untuk peguam kedua-dua artis itu membalas hujahan dan pihak pendakwaan akan menggulung hujahan pada 20 Jun depan. Salehan menetapkan 29 Julai depan untuk keputusan kes.


Salam satu Malaysia. Malam ni Maharaja Lawak minggu ke tiga. Amacam??? Puas hati dengan persembahan mereka? Apa??? Tak tengok??? Kenapa??? Awatnya??? Ooo... takdak astro warna???Takda astro warna pun bleh tgk what... Tengok kat youtube je... Dan jgn lupa like page Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima. Tq kepada admin yg bersusah payah up video2 Maharaja Lawak minggu ke 3 dgn pantas sekali...


Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima

astro warna suck

astro warna suck

Salam semua. Ramai yang dah tau kan, kes penyanyi kumpulan Spring, Ameng ni. Adoyai... Walaupun agak terlambat, aku nak jugak letakkan di blog Syurga Itu Indah. Sebab apa??? Aku sebenarnya minat jugak lagu2 dia. Sebelum baca berita, jom karaoke dulu. Uhuhu...




Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah. Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.


ameng penjara 8 tahun sebatAmeng digari ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, Selasa.


Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu. Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja. Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut. Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.


hujan rahmat

Pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas. Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.”

Kepada Nabi Musa as, ALLAH menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” ALLAH berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.” Menuruti apa yang diperintahkan oleh ALLAH, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh ALLAH kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.” Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit. Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”

ALLAH berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

ALLAH berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku?



Assalamualaikum, salam pagi jumaat dan salam satu Malaysia. Lama tak mengupdate entry, jadi saya harap entry saya kali ini memberi sedikit manfaat kepada anda, terutamanya yang sudi juga singgah walaupun tiada entry baru dari saya sekian lama.

e-kamus 5.02 free mediafire downloade-kamus 5.02

Dulu saya pakai e-kamus 5.01. Tapi kamus tu macam tak serasi je dgn saya. Selalu saja dia buat hal. Jadi saya beralih kepada kamus indonesia yang saya lupa namanya. Huhu... Tapi standard la, bahasa indonesia sedikit berlainan dari bahasa melayu.

Lepas format laptop beberapa bulan yang lalu, saya terus tak tergerak untuk install dictionary. Selalu guna google translate je. Tapi baru2 ni saya ada dapat e-kamus 5.02, iaitu version terbaru perisian e-kamus. So, bagi yang belum ada, bolehlah mencubanya dgn percuma.

e-kamus 5.02 free mediafire downloadUtk membuka kamus, terdapat butang merah yg mudah alih. Klik gambar utk paparan yg lebih jelas...

Macam biasa, kena ada WinRar dulu untuk extract. Lepas tu, install macam biasa (folder setup). Okay, ini adalah step penting yang sesetengah orang keliru. Bila dah siap install e-kamus di pc @ laptop anda, buka perisian tersebut, dan ia akan paparkan empat digit angka. Ingat angka tersebut.

e-kamus 5.02 free mediafire downloadKeygen diperlukan bagi mendapat key yg sah...

Kemudia double klik KgnKamus (folder keygen). Taipkan angka tadi dan tekan enter. Sekarang ia akan beri anda empat angka lain dan anda akan diminta untuk paste kan pada ruangan key. Ikut saja arahan yang diberikan dan anda akan dapat e-kamus professional edition yang takkan expired. Setel!


Download e-kamus 5.02 Di SINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates