Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

TERDAHULU saya mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sejak menjawat Menteri Pelajaran tidak henti-henti membuat perubahan hebat demi meningkatkan imej kementerian dan pendidikan negara ini.

Melihat angin perubahan yang dicanang pucuk pimpinan kementerian itu, saya turut bersemangat untuk menyertainya.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila saya terpaksa membuat penangguhan atas alasan yang tidak boleh dielakkan.

Disember 2008 saat paling gembira buat saya selepas menerima tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2009 di Institut Perguruan Kent, Tuaran, Sabah.

Namun, saya terpaksa menangguhkan tawaran itu kerana disahkan hamil oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.

Saya bertekad membuat rayuan untuk kemasukan tahun berikutnya.
Sejak itu saya tidak putus berhubung melalui surat rasmi dengan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Putrajaya mengenai status rayuan yang dibuat dengan harapan ditempatkan di mana-mana Institut Pendidikan Guru untuk KPLI Januari 2010 dan Jun 2010.
Bagaimanapun, semua rayuan saya ibarat mencurah air ke daun keladi kerana sehingga kini belum menampakkan hasil malah masih tiada sebarang jawapan.

Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai dakwaan kebanyakan pihak rayuan penangguhan kemasukan KPLI tidak dilayan kementerian walau atas alasan apa sekali pun termasuk hamil.

Jika dakwaan itu benar, kementerian harus lebih bertimbang rasa kerana tidak wajar malah menyalahi lunas agama jika calon KPLI yang hamil bertindak menggugurkan kandungan semata-mata kerana kerenah birokrasi seperti ini. Jika ada yang bertindak sedemikian, adakah ini calon guru yang dicari untuk membimbing anak bangsa?

Kementerian patut memberi pertimbangan terbaik kerana saya sudah melepasi semua halangan terutama peperiksaan MTEST yang begitu mencabar. Berapa ramai graduan yang mengambil peperiksaan itu gagal sehingga ada calon sudah lima mendudukinya.
Kementerian juga harus menyediakan data bank bagi menempatkan kes seperti ini yang sah layak dan hanya terus memanggil semula tanpa syarat untuk kemasukan seterusnya.

Kesannya, sudah tentu dapat menjimatkan masa dan wang rakyat di samping slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan benar dipraktikkan.
Kini, saya masih menunggu dengan harapan menggunung daripada pihak Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri yang dihormati. Saya kini bersedia ditempatkan di mana-mana saja IPG di seluruh negara bagi KPLI ambilan Jun 2010.

MASRINA MOHD YUNOS,
Kota Kinabalu, Sabah

Berita Harian Online: 29 Jun 2010

Bersempena dengan kehangatan Piala Dunia 2010, Google menyediakan maklumat yang terkini kepada anda. Jika anda menaip “World Cup” pada Google, ia akan memaparkan keputusan perlawanan yang terkini serta jadual perlawanan yang berikutnya.

saidina ali
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t


Sumber diambil dari blog INI


1) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia
akan mati, tetapi masih ketawa.

2) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia
akan binasa , tetapi masih mencintainya.

3) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua
perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana
kehilangan sesuatu.

4) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di
akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan
harta.

5) Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan
neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah
dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan
sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

Seorang pemuda bangun pagi-pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan Lagi, berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang pemuda lain memegang lampu. Dia bertanya pemuda tersebut, dan pemuda itu menjawab "saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Pemuda kedua menolak. Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya sama. Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Pemuda kedua menjawab Aku adalah Syaitan. Pemuda itu terkejut dengan jawapan pemuda kedua.

Syaitan kemudia
n menjelaskan, saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah saja, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid. Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya Khuwatir jika saya membuat mu jatuh untuk ketiga kalinya, jangan-
jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat.

Jadi, jangan pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tau ganjaran yang akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksankan niat baik tersebut.


Kesetiaan dan keteguhan antara suami isteri amat susah untuk ditafsirkan. Pun begitu, apabila suami dan isteri mampu makan dari satu bekas, ataupun suami makan lebihan makanan isteri, atau isteri makan lebihan makanan suami, seakan-akan tergambar satu watak bahawa antara suami dan isteri itu tidak wujud perasaan jijik sesama mereka.

Rupa-rupanya tindakan sebegitu merupakan pengamalan Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Aisyah yang bercerita;

”aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut[1]”

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.

”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Nah !!! betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang nabi untuk makan dari makanan tersebut.

Dengan hadis ini, tauladan yang boleh diambil adalah, bagaimana Nabi SAW telah menjadikan makanan sebagai cara untuk melahirkan perasaan mesra antara suami isteri.

Tindakan sebegini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh. Berjaya meremajakan dan memperhangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian.

Disamping itu juga, tindakan sebegini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti lebihan makanan sendiri.

Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta yang ikhlas dan sejati.

Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai tauladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi mencari redha Allah SWT.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat..
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Assalamualaikum... wah lama betul tak buka blog nih... mungkin tiada siapa pun yang merindukan saya... tapi saya tetap merindui semua blogger (suka baca tulisan blogger lain). baiklah... kali ni saya nak kongsikan satu lagu kegemaran saya iaitu Bunga, oleh M Daud Kilau... kenal tak pada penyanyi yang berkelip2 nih??? Lagu beliau memang banyak mengandungi unsur2 nasihat dan teladan yang baik... nama beliau, M Daud Kilau bukanlah kerana dia gemar memakai pakaian yang serba berkilauan, tetapi Kilau adalah nama bapanya...

Bunga

bunga baru ku tanam
pucat terkulai layu
kumbang tak sabar diam
suka datang merayu

bunga baru ku siram
tanganku sudah letih
kuntum belum berputik
air tinggal setitik

ooohoooo...
bunga pujaanku
sabarlah menanti
hujan turun lagi

atau nanti ku nanti
embun di waktu pagi
oh bunga oh bunga oh bunga

apa hendak di kata
bunga ku menderita
berlenang air mata
membasahkan hai bunga

bungaku layu sudah
kumbang terbanglah sudah
hatiku tambah gundah
kerna bunga tak indah

Muatturun di SINI


SUNGAI BULOH: Seorang adik sayu apabila terpaksa menyaksikan kakaknya terkapai-kapai sambil meminta pertolongan selepas terjatuh dalam sebuah tangki najis sedalam 1.6 meter yang tidak digunakan lagi di rumah mereka, di Sungai Pelong di sini, semalam.

Lebih menyedihkan apabila Azmun Abdul Karim, 45, mendakwa terpaksa menyaksikan kakaknya, Azlinah Abdul Karim, 47, menghembuskan nafas terakhir dalam tangki najis berkenaan. Malah, katanya, usahanya untuk membantu mengeluarkan kakaknya daripada tangki berkenaan juga gagal. Semuanya bermula kira-kira jam 11.40 pagi, apabila mangsa yang bekerja sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra mengemas kawasan rumahnya. Azmun berkata, Azlinah yang keletihan duduk atas penutup bekas tangki najis berkenaan. “Ketika itu, saya memasak di dapur sebelum dikejutkan dentuman kuat di belakang rumah. “Saya memanggil nama kakak, namun tidak bersahut sebelum bergegas ke belakang rumah untuk melihat apa yang terjadi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi. Azmun berkata, dia melihat Azlinah terjatuh dalam tangki najis yang sudah tidak digunakan lebih 10 tahun sambil menjerit meminta pertolongan. “Saya cuba membantunya untuk keluar, namun gagal. Saya buntu selepas beberapa kali mencuba dan memanggil jiran untuk membantu Azlinah,” katanya.

Katanya, beberapa jiran cuba membantu mengeluarkan Azlinah, namun gagal sebelum mereka menghubungi pihak berkuasa dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkannya.

Azmun berkata, klira-kira 30 minit kemudian, sebuah jentera bersama beberapa anggota tiba sebelum membawa mangsa keluar, namun ketika itu Azlinah sudah tidak bernyawa.

Menurutnya, dia melihat perubahan pada wajah kakaknya itu, namun masih berdoa Azlinah selamat.

Katanya, kakaknya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia. Dia berkata, jenayah disembahyangkan di rumah mereka sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang di sini, selepas Zuhur. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Elias, mengesahkan kejadian berkenaan, namun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates