Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

buang bayi

Johor Bahru, Tindakan seorang budak lelaki meninggalkan adik perempuan nya berusia 3 bulan di tingkat bawah rumah mereka di Flet Taman Larkin Perdana di sini untuk bermain, menimbulkan kekecohan penduduk yang menyangkakan bayi itu merupakan bayi dibuang.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku 12 tengah hari apabila bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas oleh seorang peniaga. "Melihat keadaan bayi itu yang hampir dihurung semut, peniaga terbabit terus menghubungi polis," katanya ketika dihubungi hari ini. Zainuddin berkata siasatan polis mendapati bayi berkenaan sebenarnya ditinggalkan secara tidak sengaja oleh abangnya yang berumur enam tahun kerana dia pergi bermain dengan kawan-kawannya. Beliau berkata bayi itu dijaga oleh abangnya selepas ibu mereka keluar mencari kerja manakala nenek mereka pergi ke sebuah klinik.

Selain bayi itu, budak lelaki berkenaan turut menjaga dua lagi adik perempuannya yang berumur tiga dan dua tahun. Menurut Zainuddin, bapa kanak-kanak itu tiada di rumah kerana bekerja di sebuah resort di Pulau Sibu, dekat Mersing. "Ibu mereka yang berumur 24 tahun pulang ke rumah ketika polis masih berada di tempat bayi ditemui itu. Wanita itu kemudian dibawa ke Balai Polis Larkin untuk direkodkan keterangan," katanya. Peniaga Shahril Tugiman, 36, berkata ketika beliau temui bayi itu, dia tidak menangis. "Saya bertanyakan kepada abangnya yang sedang bermain tetapi budak lelaki itu hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mengetahui siapa bayi tersebut. Bimbang kemungkinan bayi itu adalah bayi yang dibuang, saya terus menghubungi polis," katanya.


Assalamualaikum. Manyak soli kepala yg bw n bru follow blog ni. Tak sempat terjah balik. Tapi, InsyaAllah akan saya ushakan jugak nt. Hari ni, saya nak buat tuto ringkas “Cara Donlod Filem Inggeris.

Peringatan, tutorial ini hanya untuk sesiapa yang baru nak belajar(amatur), sudah semestinya bukan untuk pro, otai ataupun hantu donlod.

Sebenarnya ada pelbagai kaedah, cara dan software yang digunapakai untuk download movie. Oleh kerana ini tutorial saya yang pertama, saya ajarkan cara yang paling mudah sekali(takut nanti tak faham). Yang tak pandai pun boleh jadi terer. Tapi kene baca sampai habis la yer...

First of all, download perisian Utorrent. Klik SINI untuk muatturun version terbaru. Dont worry, installer Utorrent tersangatlah ringan dan bersaiz kecil. Then, double klik dan install macam biasa.

Second step, anda perlu tahu bahawa, terdapat banyak laman web yang menyediakan file2 torrent untuk di muatturun. Tak kiralah lagu, filem, drama tv, manga, bahkan video2 lucah boleh dimuatturun dengan mudah sekali!

Tapi, jangan bimbang, kat sini saya tak ajar download benda bukan2. Oleh itu, saya sarankan anda masuk ke web Thepiratebay, kerana laman ini jauh lebih clean berbanding laman2 p2p lain. Cuma kadang2 ada iklan di bahagian tepi yang agak mengganggu.

tutorial download
Paparan antaramuka laman tersebut... Klik gambar untuk besarkan.

Third step, taipkan nama movie yang hendak dicari pada ruang yang telah disediakan. Pastikan anda taip dengan betul. Jangan silap eja. Kalau silap, taun depan pun belum tentu jumpa. Namun, anda perlu faham, kalau citer tu baru je tayang kat panggung malam tadi, kat web ni pun belum ada gak lerr... Kena tunggu at least seminggu.

Sebagai contoh, saya taip iron man. Akan ada banyak yang tersenarai. Nak pilih yang mana??? Haa, sonang je cik kak, kak long... hehe... Jangan marah yer... Klik pada perkataan seed. Kenapa??? Seed menunjukkan bilangan orang yang ada simpan movie tu. Semakin ramai orang simpan, semakin mudah dan cepat untuk anda download movie tersebut. Yang ni member saya yang ajar. Saya pun tak pasti macam mana benda ni berfungsi. Tapi lebey kurang camtu lah yer!

cara downloadcara downloadKlik gambar untuk besarkan...

Okeh, step seterusnya, pilih dan klik nama movie yang dikehendaki. Sekarang, anda boleh baca komen2 orang yang dah pun download movie nih. Sesetengah pendownload yang baik hati dan bertanggungjawab, akan mention kualiti audio dan video movie tersebut. Sebagai contoh A-10, V-10, maksudnya movie tu memang cun sbb tu dapat full marks. Tapi kalau A-5,V-5, paham2 je lah. Audio movie tu tak clear, dan video pun agak hancus. Kadang2 ada juga diletakkan screenshot filem tersebut. Kalau ramai orang yang marah2 kat situ, dan cakap movie tu teruk, ataupun ada yang cakap file tersebut adalah FAKE, jangan ler donlod. Back, dan try tengok pilihan lain yang ada.


cara downloadKlik gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas.

Bila dah jumpa yang puas ati, klik download this torrent. Jangan pilih open, tapi pastikan anda save dulu file torrent yang kaler ijau tu. Tak kisah la nak save kat mana pun. Sekarang, pi balik kat file yang anda dah donlod tu, then double klik. Dia akan buka satu paparan baru yang menunjukkan kandungan file yang anda nak download tu, seterusnya klik ok! Simple kan??? Sekarang anda sudah pun berjaya download satu file movie.

cara downloadtorrent
Tapi ingat, jangan sesekali ubah kedudukan file torrent yang warna ijau tu. Sebab apa??? Kalau anda ubah file tu sebelum movie tersebut siap 100 peratus, peratus download akan jadi kosong balik. Bayangkan dah 90 peratus siap, dia jadi 0 peratus balik. Haa, ternganga nanti... Huhu... Lagi satu peringatan dari saya, jangan tamak. Download satu2. Jangan download dua movie serentak. Nanti lambat siap.

Ada apa2 persoalan yang tak faham, bleh tanya kat bahagian komen yer...


gila seks

MUAR- Kepantasan seorang guru wanita melaporkan insiden gangguan seksual terhadap pelajar sekolahnya sehingga suspek ditahan, membolehkannya menerima penghargaan dalam sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Rosmah Kaharuddin, 47, yang merupakan kaunselor pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Muar telah menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli. Jelas Rosmah, kerjasama antara pihak polis dan sekolah adalah amat penting dalam memastikan keselamatan para pelajar di dalam sekolah dan di luar kawasan sekolah.

"Dalam kejadian itu, pelajar-pelajar perempuan sekolah saya telah diganggu seorang lelaki di luar kawasan sekolah yang suka membuka pakaian di khalayak ramai.

"Bimbang kepada keselamatan para pelajar, saya membuat laporan polis dan selepas tangkapan dibuat, rupa-rupanya lelaki itu melakukan kes yang serupa di banyak tempat," katanya kepada pemberita di sini semalam. Katanya, hubungan baik antara masyarakat dan polis membawa pelbagai manfaat dan kerjasama baik tersebut sewajarnya diteruskan.


Kashaf Imani filem sedih
Bismillahirrahmanirrahim. Lepas terbaca tetang Kashaf Imani di blog Cik Diana, saya terus google. Cerita ni sememangnya berjaya henyentuh hati saya. Dan suka saya listkan pengajaran2 yang saya peroleh daripada drama/filem Kashaf Imani, sebagai teladan buat kita semua:

1. Cepat-cepatlah insaf dan berhenti melakukan dosa. Sia2 saja kalau semuanya sudah terlambat. Bertaubat sebelum nyawa sampai ke halkum.

2. Jgn biarkan kesusahan dan kesempitan hidup membawa kita kepada kesesatan dan gaya hidup yang bebas.

3. Jgn rosakkan maruah anak-anak gadis. Penat lelah si ibu mengandungkannya 9 bulan, beri makan pakai, kasih sayang dan didikan agama. Datang kita, senang2 saja merosakkan masa depannya. Bertimbang rasa dan kasihanlah.

4. Jaga hubungan adik beradik. Jangan zalim pada adik beradik, dan jangan sesekali ada hasad dalam hati.

5. Gelaran ibu, emak, mama adalah satu panggilan yang istimewa. Ingatlah, kasih ibu, susu ibu, jgnlah dibalas dgn racun dan tuba.

6. Cinta hakiki hanya pada Tuhan, dan cinta yang lain akan mengalir bagai alir sungai, dengan nikmat, rahmat dan kehendakNya.

7. Hargai kawan-kawan. Layanlah mereka dgn baik dan ikhlas. InsyaAllah, kita juga akan mendapat balasan yang baik. Bersahabatlah sejujurnya.

8. Akhir sekali, redhalah dengan segala ketentuanNya.


Salam semua. Hari ni, saya cuma nak up gambar sikit. Maklumlah, sibuk betul sekarang ni.

Saya faham rujukan bagi pendidikan seni sekolah rendah di internet, amatlah kurang. Oleh itu, harapan saya agar dapat membantu guru-guru PSV, atau pun bakal guru PSV. InsyaAllah, saya akan letak lebih banyak rujukan bagi subjek PSV.

Di bawah nie adalah antara hasil kerja anak murid saya. Kat sini jugak saya uploadkan rancangan pengajaran bagi tajuk Kuda Kepang ni. Klik SINI untuk muatturun. Kalau dah download, sudi-sudilah tinggalkan komen, sbb tiada kata yg lebih indah dari ucapan terima kasih...

psv bidang mengenal kraf

psv kuda kepang
psv kraf tradisional

seni visual


Assalamualaikum. Nie adalah antara movie 2011 yang aku sempat download n tonton dlm minggu ni... Nak download filem “Dalam Botol” dan “Aku Tak Bodoh”, tapi macam takda org upload lagi...








ps: Korang ada cadangan tak cte best2 untuk di download??? Ce ceter... Ce ceter...




Salam satu Malaysia. Program Maharaja Lawak akan memulakan siaran mulai 1 April ini pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132). Rancangan ini mesti best sebab fanalist raja lawak akan bertanding semula untuk merebut gelaran maharaja lawak.


Naib juara akan mendapat wang tunai sebanyak RM200,000, manakala tempat ketiga pula akan mendapat wang tunai RM100,000. Berikut adalah senarai peserta yang akan bertanding untuk merebut gelaran juara yang bakal mendapat hadiah sebanyak rm300,000 (banyak tu...!!!) sekaligus dinobatkan sebagai Maharaja Lawak.


maharaja lawak









Kalau korang perasan, ada 4 org lagi peserta aku tak letek gambarnya disini sebab aku tak minat lawak dorang... Huhu...



KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan berusia 14 tahun memaki guru dan anggota RELA yang menahannya bersama dua rakan dalam Operasi Ponteng Sekolah peringkat negeri, semalam. Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, ketika pelajar berkenaan yang berpakaian biasa asyik menyaksikan acara sukan Majlis Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara kira-kira jam 10 pagi. Pelajar itu antara 53 pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun yang ditahan dalam operasi ponteng sekolah bermula jam 8 hingga 11 pagi. Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam.

“Lokasi serbuan adalah port pelajar itu ponteng. Kita juga menahan beberapa pelajar ponteng kononnya untuk menyokong rakan yang menyertai acara sukan di kompleks itu,” katanya selepas memberi taklimat kepada pelajar terbabit dan ibu bapa mereka di Dewan SMK Ibrahim Fikri, semalam.


jj ean hitz fm

Salam satu malaysia. Apa habaq??? Harini aku nak ceter sket mengenai stesen radio yang best, tak lain tak bukan Hitz.fm... Tiap2 pagi kot aku akan dengar “Gotcha Call” melalui radio dalam kereta.

Lawak, tapi kadang2 jadi tak best apabila orang yang di prank, tak gelak. Macam takda perasaan... Huhu... Come on la... Jangan la serius sangat. Chill...

Korang pernah dengar tak??? Kalau tak, korang kena buka stesen radio 92.8 time pagi... Dalam pukul 7 something... Aku pun tak tengok jam sangat... Hehe...

Serius seronok dengar dorang gelak cam setan. Haha... Kalo JJ & Ean baca post ni, aku nak korang tau, yang korang memang cool!


Assalamualaikum. Mungkin ramai yang dah tau n dah tengok, tapi hari ini saya tetap nak kongsikan video cubaan bunuh diri nih. Kejadian ini berlaku di KB Mall, Kota Bharu Kelate.

Seorang gadis yang pada mulanya cuba mengelar tangan dengan pisau bertindak ingin terjun dari bumbung KB Mall. Mangsa dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Rakaman video berjaya merakamkan pergelutan remaja perempuan 20an tu dengan ahli bomba yang cuba menyelamat. Kejadian ini berlaku pada lebih kurang jam 3.30pm (24/03/2011).

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya. Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta. Namun ada juga yang mengatakan punca bunuh diri, kerana kecewa dengan result SPM. Haha...

Gadis tersebut masih hidup dan dikhabarkan hanya cedera ringan kerana pihak bomba telah meletakkan 4 buah tilam di bawah bangunan.






ps: Adoi... Malunya, satu Malaysia tengok. Kalo saya jadi dia, saya sorok muka bawak ketiak... Huhu...


Salam satu Malaysia. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai satu converter. Pernahkah anda mendengar istilah converter??? Bagi yang baru berjinak2 dengan komputer, sudah pasti tidak memahaminya. Converter berasal dari perkataan convert atau dalam bahasa melayu, bermaksud tukar. Bagi yang dah pro pula, sudah tentu terdapat pelbagai jenis converter yang menjadi pilihan masing2.

converter mediafire download

Sebelum ini, saya sendiri menggunakan any video converter untuk convert file video dan dBpoweramp untuk convert file audio. Tapi hari ni saya juga menggunakan software format factory. Format factory memberi banyak kemudahan berbanding converter2 lain. Hal ini kerana ia mempunyai pelbagai function, seperti all to mp3, all to mp4, all to jpg dan macam2 lagi. Dan yang paling penting, ia adalah freeware dan mudah digunakan.

free converter mediafire

Muatturun format factory di SINI



spmWong Yujing menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM 2010 yang diterimanya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring hari ini.


KUALA TERENGGANU — Seorang pelajar Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini. Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

“Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini. Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.

“Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya.

“Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan,” kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.

Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.

“Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga,” kata anak kelima daripada 10 beradik.

Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi. Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya.



songkok

KUALA TERENGGANU: Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri/persekutuan dan badan-badan berkanun di Terengganu diminta mengikuti peraturan perkabungan sebagai tanda berdukacita atas kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Ampuan Bariah Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata dalam tempoh perkabungan 40 hari bermula 21 Mac hingga 29 April itu, pegawai dan kakitangan lelaki Melayu diminta memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci bagi menghormati perkabungan itu.

"Manakala peraturan pemakaian bagi kakitangan wanita Melayu pula berselindang atau berkain tudung berwarna putih," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Datuk Wan Ahamad Wan Muda.

Ahmad berkata bagi pegawai dan kakitangan bangsa lain, mereka dikehendaki bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam bagi wanita. Katanya polis dan tentera pula dikehendaki menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan pakaian jabatan masing-masing.

"Kita juga harap orang ramai di Terengganu turut sama berkabung dengan memakai songkok berlilit kain putih bagi lelaki Melayu dan lilitan lengan hitam bagi bukan Melayu," katanya.

Ahmad berkata segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan adalah dilarang diadakan di seluruh negeri Terengganu dalam tempoh itu. Bagaimanapun, katanya majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah adalah dibenarkan.

Katanya bendera juga hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan atau separuh kerajaan, bangunan perniagaan dan kediaman di negeri itu. Semua masjid dan surau di Terengganu juga diarahkan mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari, katanya. -



Waa... walaupun aku anak kelahiran Perak, tapi mulai esok aku kena pakai songkok gi keje. Tapi aku mana ada songkok. Boleh sape2 bagi pinjam tak???



Assalamualaikum. Trimas kpd semua follower yg singgah drop coment kat blog nih. Hari ni, saya bz sgt2. Jadi nampak gayanya tiada entry serius hari ni. Kalau tak update langsung pun tak best. Jadi, saya nak ajak anda sama2 hiburkan hati dgn menonton dua video nih... :)






ALOR SETAR: Sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah terbakar dalam kejadian awal pagi ini dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbakar ketika mengisi minyak.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Mohd Noor Din, berkata kejadian berlaku kira-kira 4.20 pagi menyebabkan pemiliknya kerugian RM160,000. Katanya pihaknya menerima panggilan pada 4.26 minit pagi dan sampai ke tempat kejadian tiga minit kemudian. "Tiga jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Ketika sampai di tempat kejadian api marak dengan cepat dari sebuah kereta yang menyambar pam minyak sehingga menyebabkan stesen minyak itu terbakar 30 peratus dan memusnahkan sebuah pam minyak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Waja. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiga pekerja dan pemilik kenderaaan berkenaan yang berada di tempat kejadian sempat menyelamatkan diri.
Punca kejadian masih disiasat.

Salam. Okey... Ada banyak komen2 di blog yang aku baca, hepi dengan kemenangan Man dalam Raja Lawak Musim ke 5. Tapi jujurnya aku rasa dia tak lawak langsung. Pelik gak aku... Selalunya pmpn2 di luar sana akan undi peserta yang ada rupa. Paham2 la kan... Mean yg hensem, jambu cam kumpulan Kecik yang jadi Raja Lawak Musim sebelum ni.(Aku tetap suka Alex. Kump Kecik tak lawak langsung)

Aku nak tanya korang, apa yang lawak sal Man nih??? Nape aku tak gelak langsung??? Adakah sebab mental aku dah set yg dia tak lawak??? Tapi persembahan akhir dia biasa jek... Persembahan Musikal dia tu biasa je... Stakat duk ceter pasal mat rempit, apa yg best sgt??? Ce ceter kenapa korang suka dia... Ce ceter...





Pada aku, rupa dia ni sdikit kureng untuk masuk dalam tv. Kalau duk luar tv, lagi orait. Kena kempiskan perut n lubang idung dulu. Kalau korang tanya aku minat sapa, aku akan jawab aku minat epy, r2, dan nazmi... Sapa sependapat dgn aku angkat laptop! Haha... Yang pakai pc, jgn angkat cpu pulak...

Lagi aku tak suka la, nak nanges2 time menang nih... Bukan ada org mati. Dia patut melawak. Bak kata pelakon dlm filem hindustan lama, mera naam joker, seorang pelawak tak boleh nanges. Dia kena sembunyikan tangisan dan zahirkan kegembiraan. Aku tengok muka dia pun tak lawak... Muka educated. Nak jadi pelawak, muka kena sengal cam mat sentul... Uish, aku terkejut tengok mat sentul ritu time Raja Lawak Final. Dah cam rangka idop. Memang dulu pun dia kurus tapi sekarang cam dah takda isi langsung. Kesian tengok dia. Namun, lawak2 dia tetap di hati. Bagi aku dia memang pelawak yang berbakat. Cam arwah Din Beramboi la... Kepala otak mereng... Bukan merong mahawangsa k. Haha...

Any coment pasal Man Raja Lawak??? Korang rasa dia best ke tak best??? Ce ceter...



myvi 2011
myvi 2011
myvi 2011
myvi 2011
myvi 2011
myvi 2011

SUMBER: http://auto-akasia.blogspot.com/

Salam satu Malazi. Akibat ketandusan idea untuk buat entry baru, saya jamu anda dengan cerita2 lawak ni k... Huhu... Layanz.....


LAWAK 1

Presiden Bush Dan Pemandu


Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini, dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata... "Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan."


"Well", kata Bush... "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US, kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu.. "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama, Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.. Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... Polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu. "Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa???" kata atasannya."Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Hmm, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis tadi. "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"


LAWAK 2


Suatu Hari Di Jamban KLCC

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi la yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara...

"Haa, camna sekarang ?"

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yg aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan dia, aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi...

"Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas jugak, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas tu, suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli, aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawab jer!!!

Errr.....



Salam satu Malazi. Jom layan cte2 lawak kat bawah ni, k...


LAWAK 1

SEBUAH kapal terbang sedang mengalami gangguan enjin di udara. Juru terbangnya segera menghubungi pusat kawalan untuk memberitahu keadaan tersebut.

Juru terbang : Kami menghadapi masalah teknikal di bahagian enjin ketika ini...

Pusat Kawalan : Baiklah, Sila berikan ketinggian dan posisi anda ketika ini.

Juru terbang : Errr... tinggi saya cuma 1.7 meter dan posisi saya pula di kerusi yang paling hadapan...

Pusat Kawalan : @#$#%&%%$ !.. ( sambil menumbuk mukanya sendiri berkali-kali..)


LAWAK 2

Seorang lelaki dungu memasuki sebuah cafe. Dilihatnya seorang perempuan yang sangat cantik sedang duduk sendirian. Lelaki tersebut mendekati dan menyapanya,

“Helo, saya temankan ya... ”

“Boleh saja,” jawab si perempuan. “Tapi jangan mengharapkan apa-apa ya,” lanjutnya.

“Errr.. kenapa?” tanya si lelaki.

“Kerana aku lesbian.” jawab si perempuan.

“Apa? Awak lesbian?”

“Awak tidak tahu lesbian itu apa ye ?”

Si lelaki menggeleng.

“Begini,” si perempuan berusaha menerangkan, “Awak nampak perempuan manis di seberang sana? Aku akan berdamping dengannya, menciuminya dan bercinta dengannya sepanjang malam.”

Si lelaki tersebut tiba-tiba menundukkan kepala, malu...

“Awak ni kenapa?” tanya si lesbian.

Si lelaki mengangkat kepalanya dan berkata, “Ya Tuhan, rupanya aku lesbian juga...hihihi ”


LAWAK 3

Seorang yang sedang menjelajah di pedalaman Amazon tiba-tiba dikepung sekelompok primitif yang hauskan darah. “Oo… Tuhan matilah aku…”, gumamnya.

Tiba-tiba dari langit di atasnya ada kilatan cahaya, dan terdengar satu suara menggema: “Tidak anakku…, ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang tepat berdiri di depanmu itu “.

Si penjelajah itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin gerombol itu, dan memukul batu itu ke kepala si pemimpin sekuat tenaga… dan si pemimpin itu mati ketika itu juga. Lalu dengan penuh bangga dia berdiri di atas mayat si pemimpin. 100 orang primitif itu segera mengepungnya dengan muka sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh. Kilatan dari langit itu muncul lagi dengan suara menggema: “Sekarang… baru ajalmu tiba anakku…”



blog syurga itu indah
Assalamualaikum semua… Rindu betul pada blog. Dah lama tak bukak. Sorry pada kawan2 blogger yg bw kat sini. Ni pon on9 sekejap kat marrybrown, pakai broadband org tersayang. Huhu… InsyaAllah blog akan aktif semula pada 20hb Mac. Adiosss…..


facebook haiwan

Laman sosial semakin menjadi kegilaan. Sebut sahaja Facebook, budak umur 3 bulan pun boleh angkat ibu jari tanda mereka 'best' layan benda berkenaan. Persoalannya sekarang, apa akan jadi jika haiwan memiliki laman facebook? Kalaulah mereka ada laman sosial, agak-agak beginilah komen-komen binatang tersebut kat STATUS fb...

Gajah liaq: Malam nie nak tahan bas kat jalan Jeli.

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih!

Cicak 2: Isteriku tersepit di celah pintu 

Nyamuk : Baru habis ronda rumah ketua kampung… kenyang burp, Alhamdulillah...

Nyamuk 2: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Kucing kurap: Kat farmasi ada juai ubat kurap tak??? Gatai satu badan ni.

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2, kalu esok guwe tak update… bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : Malam ni nk wat konsert la. da lama x ujan ni... hangat oii!

Ular : Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi.

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2.

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC lam tong sampah. Jangan jeles u...

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: Semalam gf aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah...

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut...

Lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru...

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan plastik keropok.

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.

Ikan Sepat Siam: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah.

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan???

Ikan Mas Koki: Macam mana nak kurus nie?



Dah baca??? Komen lerr sikit... Heee...


Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) bagi IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia Ambilan Jun 2011 telahpun di buka dengan rasminya bermula 7hb Mac 2011 sehingga 22 Mac 2011. Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :


A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)


B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina


C. Program Kembar Bahasa Perancis : Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language


D. Program Kembar Bahasa Jerman : Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan


Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman dI SINI. Sekian, terima kasih.



Salam satu Malaysia... Apa khabar semua??? Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada semua yg mengucapkan happy birthday kpd sy. Di blog dan di fb. Sedih juga sbb tepat 12 malam tadi, tiada siapa yang wish. Tapi mak saya time tu, biasa dah lena dah. Dia tak lupa bday anaknya. Msg mak masuk pagi tadi “happy birthday, ada kek ke hari ni?”... Err, takda kek la mak... Takda kek pun takpa. Anak mak ni tak kisah sangat... Hehe...

Keduanya, nak mengucapkan terima kasih kepada follower sy yg ke 500. Wah, tak sangka dah sampai 500 pun... Ucapan terima kasih ini turut sama ditujukan kepada semua follower sy yg lain.Tanpa anda, siapalah sy di sini.

selamat hari jadifollower ke-500

Tadi masa singgah baca entry kengkawan, terjumpa surat minta maaf ni... Ala, pasal isu pengkid bunuh anak kucing yg dirakam cctv tu. Kalau blom baca, jom sama2 baca surat pengakuan minta maaf tersebut...

Klik gambar untuk besarkan...




KANGAR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun parah dibelasah sekumpulan pelajar lain yang bertindak ala samseng membawa mangsa keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar sebelum membelasahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Safi (SMKSS), Simpang Empat, dekat sini, Jumaat lalu.

Muhammad Shahfaly Anoar, pelajar Tingkatan Tiga sekolah itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, selepas tulang bahunya terkehel dan patah lengan kiri serta luka di kening akibat teruk dibelasah tiga daripada 10 pelajar yang menunggu di tingkat bawah bilik kelasnya dalam kejadian jam 11 pagi itu. Kejadian hanya disedari bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, selepas melihat anak sulung daripada empat beradik itu yang dalam kesakitan, dipapah keluar oleh rakan sekelas ketika mengambil mangsa waktu pulang sekolah kira-kira jam 12.15 tengah hari Jumaat lalu.

Anoar mendakwa, guru sekolah itu gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya, malah lebih dikesali semua guru mendakwa tidak mengetahui kejadian itu walaupun anaknya dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

“Saya amat terkilan dengan sikap guru yang tidak mengambil peduli masalah disiplin pelajar sekolah berkenaan serta gagal bertindak melindungi anak saya sehingga teruk dibelasah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Beliau bertindak membuat laporan selepas kejadian terbabit di Balai Polis Simpang Empat, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu. Berikutan kecederaan teruk dialami itu, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit selama 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF, petang kelmarin.

Sementara itu, Muhammad Shahfaly berkata, seorang daripada suspek memasuki kelas di tingkat satu ketika guru sedang mengajar sebelum bertindak memegang tengkuk dan mengheretnya turun ke tingkat bawah sebelum membelasah.

“Di tingkat bawah, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas memukul hingga saya berasa hendak pitam. Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar pekikan daripada seorang guru yang kebetulan lalu di itu.

“Beberapa pelajar lain bertindak memapah saya memasuki kelas semula dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, bagaimanapun guru lelaki yang sedang mengajar ketika itu tidak menanyakan keadaan diri saya, malah guru yang menyuraikan suspek juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

“Semua empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing malam tadi (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya.



Assalamualaikum. Anda borink??? Nak buat prank pada kawan2??? Ahaha... Senang je...

First step, download menda alah NIE.
Second step, copy dlm pendrive, n taruk kat dalam laptop/pc member anda.
Last step, double click menda tadi.

Selepas itu, katakan pada member anda bahwa laptopnya sudah dimasuki hantu... Dan sekarang anda bolehlah ketawa seperti syaitan.Bwahaha... Tak paham??? Try pada laptop/pc sendiri dulu...

Hehe, act takda apa pun, cd drive akan terbuka banyak kali dan takkan berhenti... Kalo anda buat kat member, kompem chuak punya. Mesti dia ingat laptop/pc dia ada problem! Cara mengatasinya mudah sahaja. Buka window task manager dan end task pada wscript. Selamat mencuba!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates