Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

KAJANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan enam ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan kelasnya di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini, semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Nge Hoa Zheng, 18, ditemui mati kira-kira jam 9.20 pagi dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah blok sekolah berkenaan sebaik pelajar sebuah kelas di tingkat bawah blok berhadapan terkejut mendengar bunyi kuat seperti benda terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata polis yang menerima panggilan daripada guru sekolah berkenaan tiba beberapa minit kemudian untuk menjalankan siasatan.

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan serius di kepala. Unit Forensik tidak menemui sebarang unsur pergelutan dan jenayah di tempat kejadian,” Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera di kepala dan patah pada beberapa tulang rusuk.

“Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut (SDR),”.

NABI UMRAH
SHAH ALAM: Pelawak Nabil Ahmad, 28, merancang untuk membuka perniagaan menjual kasut wanita tidak lama lagi menggunakan sebahagian wang kemenangannya pada program Maharaja Lawak, Jumaat lalu.

Wang sebanyak RM150,000 yang diperoleh tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan ia akan menjadi sebagai modal permulaan perniagaan tersebut. “Saya dah lama ingin berniaga kasut wanita kerana kasut merupakan barangan wanita yang paling banyak dibeli dan mereka sentiasa mengikut trend masa kini.Kebetulan pula, saya dapat tempat ketiga dalam Maharaja lawak, wang tersebut saya gunakan sebagai modal,”. Tambah Nabil, dia akan membeli barangan kasut sarung itu di kedai borong di Bangkok, Thailand.

Selain itu, Nabil juga sedang merancang untuk menunaikan umrah bersama ibunya dalam masa terdekat ini menggunakan wang kemenangan tersebut. Dalam pada itu, dia bersyukur kerana sejak menyertai Mahajara Lawak, dia menerima banyak tawaran lakonan.

“Sejak dilanda pelbagai kontroversi, saya akui, tawaran kerja saya semakin kurang. Bagaimanapun, menyertai Maharaja Lawak telah menaikkan nama saya semula sekali gus pelbagai jenis tawaran lakonan mula mendatang. Kerana pertandingan ini juga saya bersyukur dengan apa yang diterima dan akan ke umrah bersama ibu tidak lama lagi,”.



nasi tumis


Sekali lagi air mata aku nak menitis. Nasib tak jatuh dalam nasi. Dalam sakit2 ni selera makan terbuka sikit dengan masakan mak. Ada kawan aku balik kampong,singgah rumah. Jadi mak aku kirimkan nasi untuk aku. Nasi tumis, sambal dan telur mata. Memang feveret aku. Mak aku di Perak dan aku sekarang di bumi Terengganu. Walaupun aku tak berjaya habiskan, nasi tu sedap sangat. Nikmat sangat.Tapi aku masih tak mampu untuk cakap depan2 yang aku sayangkan dia. Sebab kalau aku cakap,air mata aku akan tumpah macam laut pulak. Jadi aku cakap kat sini je la. I lOVE U, MUM.

Dah 2 hari aku tak makan. Biasanya aku memang kuat makan. Tapi sebab aku asik rasa nak muntah, aku jadi hilang selera nak makan. Petang tadi rendam megi separuh. Sebab nak makan ubat yang doktor bagi. Nasi langsung tak lalu. Megi pun aku makan dua sudu je.

Time2 ni lah kesabaran aku diuji. Time2 ni jugak air mata mudah sangat nak mengalir. Bukan sebab aku tak tahan menanggung sakit. Tapi sebab mak dan abah tak putus2 call tanya keadaan aku. Sampai aku tak boleh bercakap sebab sebak. Abah memang jarang call, kecuali ada perkara penting. Tapi dua tiga hari ni dia selalu call.

Demam aku pulak kejap teruk, kejap slow. Aku jugak kena cirit birit dan muntah. Makan pun tak, muntah air je la. Badan jadi letih dan banyak angin. Doktor kata sebab toksin dah masuk dalam darah.

Bila dah sakit macam ni, banyak benda tertangguh. Baju tak berbasuh. Air akuarium tak diganti. Ikan2 tak diberi makan. Ape pun, terima kasih pada kawan2 yang ambil berat.

Assalamualaikum. Masa godek2 folder gambar tahun 2008, saya terjumpa gambar-gambar semasa di Zoo Taiping. Member kamcing saya, Qassiem yang bawak saya jalan2 di sana. Itu lah kali terakhir saya pergi ke zoo. Sebelum tu, saya ada juga beberapa kali pergi. Klau tak silap, pada tahun 2006. Lepas daripada tahun 2008, saya tiada kesempatan melawat zoo Taiping lagi, tapi saya rasa tak banyak pun yang berubah. Jadi, kali ini saya nak kongsikan beberapa gambar haiwan di yang berada di sana. Tetapi gambar2 ni agak kabur sebab masa tu belum ada kamera digital lagi. Sekarang dah ada kamera digital. Hehe… Harap2 dapat beli DSLR pula.


zoo taiping

zoo taiping
zoo taiping

zoo taiping


zoo taiping
zoo taiping

zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping
zoo taiping




How to Live Longer

Do you know what the secret of living long and healthy life is? Today I will give some guides to help you live a happy and healthy life for longer years.

Stop Smoking
Smoking is bad for health. It’s not easy to quit it at once, but keep on trying. Also say good bye to any other bad habits that prove to be dangerous for your health.

Animal lovers live longer
"Public Health Reports" in 1980, showed that having a pet can add years to your life

Have close relationships
People who are able to confide in close friends or life partners have been shown to live longer and healthier lives.

Reduce stress
Reduce causes of stress and depression in your life. This can have a very negative impact on your heart, and other physiology. Take deep breaths during your most stressful moments.

Drink lots of tea
There are two main types of tea - green and black. Both are from the the same tree, however green tea is less processed than black tea. Green tea has many health benefits, including reducing the chance of heart attack and cancer. Other benefits include increased energy and slows down aging. Try and drink 5 cups of green tea a day.

Smile
Smiling relieves stress and changes your attitude. Not only more people will like your positive attitude, but you'll change your mood. Having a positive attitude can add 7 years to your life according to researchers! Smiling is just one fun way to live longer.

Eat Enough But Eat Slowly
Good diet makes a body healthy and strong. If you eat fats, you are consuming more calories and it will lead to ward obesity. Obese people had a 44% increase in the chance of death before age 90.so, eat slowly but nutritious food only.

Eat dark chocolate
One piece of dark chocolate a day can benefit the heart.

Keep Yourself Safe From Accidents
Avoid health risks and be careful while driving to stay away from accidents.

Exercise
Becoming active in routine life will help you in staying healthy and living younger. Do regular exercise for improving the chances of having good health.

That’s all for now. Thank you.

rozita shahir bercinta Cer Citer Cinta

Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta. Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.

“Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja. Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu,”

Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya. “Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya. “Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya,” tutur Rozita

Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria. Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir). Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.


Salam satu Malazi. Sepanjang pengalaman aku tolong installkan software pada laptop kawan2, aku dapati ramai yang masih tak tahu cara menggunakan crack.Takpe… Aku dulu pun tak tahu juga. Benda ni mudah je sebenarnya. Hari ni aku akan ajar korang, k…

Cara menggunakan crack ni sama je. Tak kira la korang nak crackkan game, converter, dan sebagainya. Tapi hari ni, aku akan beri contoh cara intuk install dan gunakan crack untuk IDM.

Download IDM di SINI

Mula2 buka installer dia. Yang ada dot exe tu…

Lepas siap install, idm akan muncul pada taskbar. Klik kanan pada icon idm yang kaler hijau tu, exit. Kalau korang tak faham, tekan ctrl+alt+del untuk buka task manager… Cari IDMan.exe, kemudian end task.

Okay, sekarang buka folder crack. Copy file exe yang icon dan namanya sama dengan software idm yang telah korang install pada program file. Tak faham??? Korang kena cari directory yang telah korang install pada step mula2 tadi. Contoh: C:\Program Files\Internet Download Manager

Paste crack tersebut dan gantikan file asal.

Last step, masukkan registration key. Ada 32bit dan 64bit. Korang kena tahu la korang pakai window yang mana. Kalau masih konfius, tekan start menu dan klik kanan pada computer. Tengok system type. Lepas tu, setel… Senang kan? Cuma pastikan korang tak update idm bagi mengelakkan idm anda jadi trial.

Sebarang komen dan pertanyaan dialu2kan…

ungunya cinta astro ria
Salam satu Malaysia. Baru2 ni saya ada menonton sebuah drama di astro RIA. Oleh sebab drama tu boleh tahan romantisnya, terasa nak tulis sedikit mengenai drama tersebut. Drama apa? Dramanya bertajuk ungunya cinta. Ungu ke cinta??? Saya salah seorang peminat warna ungu. Walaupun saya sukakan ungu, tiada pula baju saya yang berwarna ungu. Orang kata, sesiapa yang gemarkan ungu suka berangan-angan. Betul ke??? Hmm, mungkin juga… Huhu

ungunya cinta astro ria
Pada mulanya terasa macam biasa je plot cerita ni. Pelakon pun tak ramai. Bahkan saya tak kenal pun pelakon perempuan tu. Maklumlah, saya tak ambil tahu sangat nama pelakon. Tambah2 pelakon baru. Tapi mukanya ada ala2 Raja Azura. Agak chubby. Baiklah, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis drama ni.


ungunya cinta astro ria
Andi pulang ke Malaysia selepas gagal dalam pelajaranya di Australia. Dia menyambung semula pelajarannya. Di Malaysia, namun dia masih gagal.Oleh sebab itu, Ibunya (lakonan Didie alias) menggunakan perkhidmatan anak kawan lamanya, Ungu untuk mengajar anaknya, Andi.


ungunya cinta astro ria
Jangan konfius, Ungu sebenarnya adalah nama awek tu. Ungu ni digambarkan sebagai seorang budak perempuan yang baik, anak mak la katakan… Tetapi perwatakan dan cara berpakaiannya agak rugged dan dia mempunyai hobi menyanyi dan menari bersama teman2nya di tepi jalan untuk menghilangkan bosan. Oleh sebab keluarganya agak susah, dia disuruh oleh ibunya (lakonan Syarifah Sahira) untuk mengajar Andi di rumahnya. Andi ni anak orang berada yang tak mahu belajar. Puas Ungu cuba, tetapi perwatakan Andi tetap begitu. Drama ni agak romantis. Serius, best… Sangat best apabila melihat Ungu tak habis2 dikenakan oleh Andi. Disitulah Ungu mula menaruh hati terhadap Andi.Dalam perkenalan yang singkat itu, Andi juga akhirnya jatuh cinta terhadap Ungu.


ungunya cinta astro ria

Andi selalu bersikap kurang hajar terhadap ayahnya. Cakap “aku, ko” je dengan ayah sendiri. Tapi lakonannya memang menjadi dan berkesan. Namun pada pengakhiran cerita, penonton dikejutkan dengan keadaan sebenar Andi. Andi sebenarnya menghidap barah otak. Dia bukanlah pemalas seperti yang dighambarkan pada awal cerita. Sebenarnya dia sudah tahu bahawa peluangnya untuk hidup adalah tipis. Oleh sebab itu, dia sengaja gagal dalam peperiksaannya di Australia, dengan niat supaya dapat pulang ke Malaysia, dan menghabiskan sisa2 hidup dengan ibu dan ayahnya.


ungunya cinta astro ria
Syabas kepada pembuat drama ini. Kerana Berjaya menghasilkan sebuah drama yang romantis, bermoral dan menyentuh perasaan.

Salam semua. Walaupun agak terlambat, malam ni nak share video Maharaja Lawak paling latest yang aku rasa memang terbaik dari ladang...











ikan laga betina
Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.



PS : Tips2 ini adalah tulisan asal saya. Ia telah banyak disalin dan di post semula di blog dan di laman facebook. Anda dibenarkan untuk menyebarkannya. Akan tetapi, tips2 ini hanyalah sekadar pendapat saya mengenai cara penjagaan ikan laga. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli ikan laga, bolehlah menghubungi saya di talian 012. InsyaAllah saya akan menerangkan cara yang betul untuk memelihara ikan laga bagi mengelakkam ikan anda mati selepas beberapa hari dibeli. Wassalam...

Assalamualaikum semua. Sebelum ni saya ada menganjurkan sebuah pertandingan "Dua Dalam Satu". Dan saya telah mendapat tiga orang pemenang. Tapi pemenang2nya masih belum menerima hadiah. Minta maaf la sebab lambat sangat. Tetapi hadiahnya tetap ada. Hadiahnya tak seberapa, tapi memang berguna. Hadiahnya ialah font yang boleh digunakan untuk Microsoft Word dan Adobe Photoshop. Pada mulanya saya tawarkan hadiah iaitu 1000 font baru. Tapi saya sendiri ada menyimpan lebih kurang 7000 font. Tapi seeloknya jangan install semua. Boleh jam Microsoft Word nanti. Pilih tulisan yang cool jer yer…

blog
PS: Saya dah pun uploadkan semua font. Kak Liza sila tinggalkan email kat komen. Saya akan hantarkan link download. Cik Aja pulak, tunggu dulu yer... :-)

Ini adalah soalan bocor paper sejarah SPM 2012. Jawab semua soalan. Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab. Kalau tidak, anda akan dijual.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Para-Para Sakura

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Cikgu Shida
b. Jimmy Neutron
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tok Uban
c. Tuk SideBurn
d. Tuk Misai A Galak
e. To’ki

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Pit
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. John Abraham
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. Jin Notty
e. Jimbit

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Baju Bundle

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang french fries
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang bulu ketiak

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kodok
c. Puteri Lilin
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Laga
b. Ikan Pekasam
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Salam semua. Nak mencarut aku bila piratebay takleh masuk. Camana aku nak download cerita bersiri. Movie biasa memang aku direct download je. Tapi yang bersiri, ada season one, season two, aku selalu guna laman piratebay nih.

malaysia bay
Tapi selepas aku duk google, Alhamdullillah dapat penyelesaiannya. Baru aku tau, kita masih bleh access melalui Malaysiabay. Kelakar gak la namanya. Ahaks… Tak kesah la nak pakai nama apa pun, janji bleh download cam biasa.


zami ismail pak ude meninggal
Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah pun meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di IJN akibat masalah jantung.

Allahyarham merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58 dan sembilan orang anak. Jenazah Allahyarham Zami Ismail akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya di Tapah, Perak. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Saya terkejut juga dengan berita ni. Sebab baru semalam tengok drama tv3 lakonannya yang diulang tayang sempena hari bapa. Semoga rohnya diletempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


kl gangster 3 line pekida
Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam. Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia. Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida. "Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang." Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu. Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial. Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI). Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul. Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.


Salam semua. Dah berkahwin? Belum kawin dan masih bujang? Tak kira lah anda dah berkahwin atau masih bujang, anda tentu mempunyai ciri2 wanita/lelaki yang diidam2kan untuk dijadikan isteri/suami, betul tak? Bagi saya kita perlu ada guide dalam memilih pasangan. Supaya orang tersebut sesuai dengan jiwa kita. Kita perlu tahu apa yang kita mahu dalam hidup kita.

memilih pasangan hidup
Berbicara tentang kriteria, saya juga mempunyai beberapa kriteria, atau ciri khas perempuan idaman. Seperti yang kita selalu dengar, biarlah sejuk mata memandang. Tak perlu cantik tetapi cukup sifat dan manis orangnya. Itu semua sudah biasa kita dengar. Betul ke tak mahu yang cantik??? Bagi yang cantik/kacak mesti nak yang sepadan kan??? Sememangnya Islam menggalakkan kita mencari jodoh yang sekufu supaya tidak berlaku permasalahan di kemjudian hari. Samada dari aspek paras rupa, mahupun darjat.

Saya juga sukakan kecantikan. Pada saya, perempuan yang cantik ialah perempuan yang pemalu. Tak kisah lah berkulit cerah atau gelap.Berdahi luas atau berdahi kecil. Berhidung mancung atau tidak. Berbadan gemuk atau kurus. Bahkan kalau hati dah cinta dan sayang, perempuan yang tidak cukup sifat pun saya terima.Kenapa saya suka perempuan yang pemalu. Apabila pemalu, dah tentu sopan orangnya. Dah tentu tidak sosial, dah tentu menjaga aurat dan tahu batasannya dengan lelaki. Anda pernah jumpa perempuan pemalu free hair??? Siap highlight rambut lagi… Perempuan pemalu gi clubbin??? Huhu...

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Tapi ada juga kes, perempuan baik berkahwin dengan lelaki yang jahat. Benar jodoh adalah ketentuan Allah. Tetapi kita perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Saya tidak kata saya baik. Tetapi saya teringin benar untuk mendapat isteri yang baik. Baik macam mana tu??? Bila berkata2, dia tidak berdusta. Bila berbuat sesuatu, hatinya ikhlas. Bila tersilap, sanggup mengaku kesalahan. Dan dia sanggup menerima diri saya seadanya dan turut menerima kelemahan2 yang ada pada diri saya. Bahkan dia menjadi kekuatan bagi diri saya, dan bertindak sebagai penyokong. Orang kata, disebalik seorang lelaki yang berjaya, ada seorang perempuan. Hehe…

Dengan saya sangat mudah. Tak pandai masak? Perkara kecil. Kat internet kan banyak resipi. Kalau dah malas sangat, saya pun boleh masak. Saya memang suka memasak. Kalau dah takde masa sangat, beli je lauk kat kedai Tak pandai nak hias rumah cantik2??? Saya pun tak pandai. Lintang pukang lah rumah kita nanti. Hehe… Tetapi, percayalah, orang yang tidak bersikap jujur dan ikhlas terhadap suami/isteri, sampai bila2 pun tidak akan mengecap kenikmatan dalam berumah tangga. Kerana segala perbuatan yang kita tunjukkan, asalnya dari hati. Sekitranya hati kita ikhlas, layanan kita terhadap pasangan kita juga akan ikhlas. Dan kejujuran pula adalah asasnya. Kalau solat itu tiang agama, kejujuran ibarat tiang dalam sesebuah perhubungan. Dalam bersahabat pun kita perlu jujur, inikan pula dalam sebuah ikatan yang lebih istimewa.

Kalau kita perhatikan fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita. Isteri membenarkan suami berkahwin lagi satu kerana gagal memberikan zuriat. Apa pendapat anda? Ramai perempuan yang berasa rendah diri apabila tidak mampu mengandung. Mereka mendapat banyak tekanan dari keluarga dan juga orang disekeliling mereka. Bahkan suami sendiri turut memberi tekanan. Tetapi bagaimana pula sekiranya lelaki tersebut yang mandul??? Sebenarnya, dalam rumah tangga perlu ada tolak ansur dan persefahaman. Tiada siapa yang suka dirinya ditimpa masalah. Tiada siapa yang minta untuk dilahirkan mandul. Oleh sebab itulah kita perlu menerima seadanya pasangan kita. Kalau saya, saya tak sanggup hidup dengan orang yang hanya ada dimasa saya senang. Apabila dalam situasi getir, dia mengelak dan melarikan diri.

Kalau tidak dapat perempuan yang ciri2nya seperti yang saya nyatakan tadi, saya tidak kisah jika saya tidak bertemu jodoh. Bagaimana pula dengan anda??? Apa kriteria, ciri2 isteri/suami idaman anda???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates