Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

kenapa surat khabar, majalah, bahkan n3 di blog pun nak citer pasal seks??? Semakin banyak lawak2 lucah ditulis di blog... Nasihat saya kepada blogger jangan gunakan en32 lucah utk menarik minat pembaca... Mungkin adik anda @ anak2 anda yang masih di bangku sekolah rendah membaca tulisan2 kotor anda... Hormatilah dan jagalah maruah diri anda sendiri...

Assalamualaikum... walaupun tiada siapa yang membaca entry ini, saya tetap akan terus menulis... kenapa?? kerana dengan cara menulis memberi saya ketenangan dan ilham dalam menempuh pelbagai tribulasi kehidupan... Sekarang saya bersama teman saya, Qassiem di dalam bilik access Sek Keb Nail... Jemu rasanya menunggu permainan hoki yang tidak saya minati... Tapi apakan daya, sebagai guru yang sedang menjalani praktikal, saya wajib datang ke sekolah tiap petang... Demi mengubah nasib keluarga, dan demi menentukan di mana duduknya saya sepuluh tahun akan datang, saya perlu terus tabah dalam menghadapi pelbagai kencah dunia pendidikan...

Tiba2 beberapa orang pelajar masuk ke bilik access... Saya berhenti menaip... Seorang pelajar darjah enam bertanya kepada saya cara2 utk blogging... katanya, dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta blog peringkat sekolah... hehehe... Baru 12 tahun, dah tau serba serbi... Saya sempat berpesan, internet adalah satu media ilmiah, jadi janganlah internet disalah gunakan ke arah yang tidak baik...


Hmm, hoki dah tamat, Hari pun dah nak maghrib... Jadi sampai di sini saja...


***end of story***


Pada pendapat saya, downloader yang paling baik dan mudah digunakan ialah JDownloader, Utorent dan Internet Download Manager. Masing2 mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek... bagi kaki2 download, mungkin mempunyai cara yang lain. Tapi bagi saya perisian2 ini banyak membantu. yang paling penting, software2 nie adalah FREE!!!heheee.....


Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek.
Si nenek memicit-micit kepalanya.
"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.
"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.
"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat.
Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."
"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."
"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."


Gambar Gua bersama member gua, Nik Azery yang tidak boroi, tetapi sangat boros...Gambar ni diambil sebelum gua nak ke stesen bas dan naik bas ke KL...member gua nie la yang antar gua gi stesen Jertih...Dia x kisah sbb dia ni boleh dikatakan sbg TRANSPORTER kami...Ekeke...


Di kala Aminah melahirkan bayinya,
Dunia terang bermandikan cahaya,
Cahaya yang amat kita perlukan,
Petunjuk jalan kebahagian.

(Syair Al-Abbas bin Abdul Mutalib)


Keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 Ogos 570 Masihi seisi alam Makkah al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya diterangi dengan cahaya petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul terakhir. Begitulah istimewanya kelahiran putera Siti Aminah dan Abdullah.


Fatimah al-Thaqfiyah yang menyaksikan kelahiran nabi junjungan berkata, “Saya saksikan ketika Siti Aminah melahirkan bayi yang kemudian ternyata menjadi pemimpin dunia. Saya lihat rumah tempat bayi itu dilahirkan bermandikan cahaya. Bintang-bintang kelihatan sangat dekat, sehingga saya bimbang kalau-kalau bintang itu jatuh di atas kepala saya.”


Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan gembira oleh keluarganya terutamanya Abdul Muttalib. Seminggu kemudian, datuknya Abdul Muttalib mengadakan jamuan sempena memberi nama seperti yang dimimpikan oleh Siti Aminah iaitu Muhammad yang membawa maksud orang yang terpuji


Oleh kerana keturunan Baginda adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isi keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Baginda. Kaum Quraisy tidak menafikan betapa tingginya darjat dan susur galur keturunan baginda. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Banyak riwayat menceritakan Quraisy telah mencela baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan membabitkan isu keturunan.


Nabi Muhammad kemudiannya disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab, bernama Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad S.A.W diserahkan pula kepada Halimatusaadiah dari perkampungan Bani Sa’ad. Kampung itu jauhnya kira-kira 50 km dari Makkah ke arah Taif. Adat menyerahkan bayi kepada ibu susu ini merupakan kebiasaan bangsawan Arab. Nabi Muhammad S.A.W berada di bawah jagaan Halimatusaadiah sehingga usia nabi mencecah empat tahun.


Baginda menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang bersih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekali pun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir di bawah kilauan pancaran matahari dan udara bersih.


Sepanjang masa Muhammad tinggal bersama-samanya, hidup Halimatusaadiah sekeluarga menjadi senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi. Malah, dikisahkan Halimah sendiri merasa hairan kerana kambingnya tiba-tiba saja menjadi gemuk semenjak kedatangan Muhammad. Itulah keajaiban Tuhan, memberi petanda bahawa Muhammad itu bukan insan biasa sebaliknya bakal pembawa cahaya dan kebenaran.


Muhammad pula begitu sihat dan cerdas. Dia hidup di kalangan masyarakat yang tidak terpengaruh dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat. Muhammad dapat mempelajari bahasa Arab yang tulen. Dia juga dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa yang hidup bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan beradab


Kehilangan Bonda Tercinta

Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah meninggal dunia ketika ibu baginda baru mengandungkan baginda dua bulan. Abdullah telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang berniaga dari Syam.


Tinggallah Nabi Muhammad SAW bersama ibunya. Baginda diasuh oleh ibunya dengan belaian kasih sayang. Apabila usianya menjangkau enam tahun ibunya membawanya pergi ke Yathrib (Madinah) dengan tujuan menziarahi saudara maranya yang mendiami Yathrib, agar Nabi Muhammad S.A.W dapat berkenalan dengan saudara-saudaranya. Di samping menziarahi kubur ayahnya iaitu Abdullah yang dikebumikan di sana. Inilah kali pertama, Nabi bakal ‘bertemu’ dengan ayah yang amat dirinduinya. Meski hanya melihat tanah kuburan tetapi itu sudah cukup bagi menghilangkan kesepian hati seorang anak yatim yang tidak pernah menerima kasih sayang seorang ayah

Pemergian mereka berdua turut diiringi oleh Ummu Aiman. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, Siti Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia lalu dikebumikan di Abwa. Saat paling menyedihkan sekali lagi menimpa nabi. Ibunya pula menyusul pergi menghadap Ilahi. Tiada apa yang mampu dikatakan anak sekecil itu ketika melihat ibu sendiri menghembuskan nafas di depan mata. Ketika sakit tenat, Aminah sempat berpesan kepada anak kesayangannya "Ya Muhammad, kun rajullan, li annanni saamutu". (Wahai Muhammad, jadilah seorang lelaki sejati kerana sesungguhnya aku akan mati).


Pesanan itu amat bermakna walau Nabi masih kecil untuk mengerti. Bayangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh nabi. Usianya baru saja enam tahun, masih inginkan pelukan manja dan perhatian sempurna daripada ibu tercinta. Apakan daya, Allah SWT nyata ingin menguji kesabaran Nabi.


Maka pulanglah Nabi Muhammad SAW bersama Ummu Aiman ke Makkah. Nabi Muhammad SAW kini sudah menjadi yatim piatu. Kasih ayah tidak dirasainya, kasih ibu sebentar sahaja. Hanya kasih Allah kekal abadi terhadapnya.


Setelah ibunya meninggal dunia, Nabi kemudiannya dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib. Kasih sayang Abdul Muttalib kepada cucunya melimpah ruah. Sangat sedih dihatinya apabila mengenang cucu kesayangan kini sudah tiada belaian ayah dan bonda. Sayu sekali rasanya setiap kali melihat Muhammad termenung apabila sesekali teringatkan ibunya Aminah yang sudah pergi. Kerana itu, Abdul Muttalib sangat melebihkan Muhammad di dalam setiap layanannya. Bagi Muttalib, Muhammadlah buah hati utama, pengarang jantung di kala suka dan duka. Jika boleh, ingin diberinya kasih sayang yang melimpah ruah agar Muhamamad tidak merasa kekurangan dirinya yang yatim piatu. Begitu sekali kasih sayang Abdul Muttalib kepada Nabi Muhammad SAW.


Bagi Abdul Muttalib, Nabi Muhammad SAW adalah cucunya yang paling istimewa sehinggakan Nabi Muhammad SAW diberi tempat yang terhormat dalam majlis-majlis yang diadakan. Pernah Abdul Muttalib menyuruh anak-anaknya memberikan tempat duduk mereka kepada Nabi Muhammad SAW.


“Kamu mesti mendudukkan Muhammad semula ke tempatnya, di tengah-tengah. Muhammad buah hati, belahan jiwaku…,” beritahu Abdul Muttalib.


Keunggulan baginda telah dikatakan sejak kecil lagi. Tampak pada raut wajahnya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat baginda. Apabila Nabi datang ke majlis datuknya semasa kanak-kanaknya, baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorang anak-anaknya (bapa saudara nabi) akan duduk di atasnya. Oleh itu bapa saudara baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttalib berkata ,"Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan."


Semasa di bawah asuhan datuknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap terpujinya. Dia pernah membantu orang yang lapar dan miskin mendapatkan bantuan daripada datuknya, walapun orang itu memasuki rumahnya (ibunya) tanpa izin. Malahan baginya orang itu dianggapnya sebagai tetamunya.


Nabi Muhammad SAW tidak terpengaruh dengan cara hidup orang Makkah yang suka berpesta dan berfoya-foya. Dia hanya menghargai sesuatu yang bermutu misalnya pidato Qis. Dalam pidato itu Qis memperingatkan orang akan erti hidup dan mati.


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitu juga dengan Abdul Muttalib yang sudah tua. Bimbang sekali hatinya memikirkan bagaimana nasib Muhammad setelah ketiadaannya. Cepat-cepat Abdul Muttalib menyampaikan wasiat kepada Abu Talib agar kelak dapat menjaga Muhammad. Akhirnya perpisahan itu tiba juga. Abdul Muttalib meninggal dunia ketika berusia 95 tahun. Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W berusia lapan tahun. Sekali lagi perpisahan dengan orang tersayang dirasai Nabi. Kesedihannya terpaksa ditanggung sendiri. Datuk yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh juga sudah pergi.


Di bawah didikan Abu Talib

Selepas pemergian datuknya, Abdul Muttalib, bapa saudaranya Abu Talib menerima wasiat Abdul Muttalib untuk menjaga Nabi Muhammad SAW. Dia menerima wasiat itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan Abu Talib ikhlas menjaga Nabi Muhammad S.A.W walaupun anak-anaknya sendiri sudah ramai.


Tinggallah Nabi Muhammad SAW di rumah bapa saudaranya itu. Nabi bukanlah seorang yang suka menumpang dan duduk berdiam diri. Malah Baginda seorang yang ringan tulang kerana sentiasa membantu saudara-saudara sepupunya membuat kerja rumah. Malah baginda mengambil upah menjaga kambing orang lain untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga Abu Talib. Sikapnya yang begitu menjadikan Abu Talib begitu sayangkannya.


Bukan sekadar itu sahaja, Nabi Muhammad SAW sanggup mengharungi padang pasir yang panas semasa mengikuti rombongan dagangan Abu Talib ke Syam. Padahal perjalanan itu tidak mudah dan begitu jauh, sedangkan usianya baru 12 tahun.


Ketika kafilah dagangan itu berhenti di Busra, Pendeta Bahira memberitahu Abu Talib akan tanda-tanda kerasulan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. Katanya kepada Abu Talib, “Bawalah pulang anak saudaramu ini. Jangan sampai dia ditemui oleh Yahudi, nanti dibunuhnya. Anak ini kelak akan menjadi Nabi akhir zaman.”


Berniaga di Syam

Usia Nabi Muhammad SAW kini mencecah 25 tahun dan baginda sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam hidup. Baginda mahu berdikari dan terlibat di dalam dunia perdagangan.


Begitupun Baginda tidak mempunyai sebarang harta untuk diperdagangkan. Namun jiwanya sungguh besar dan mempunyai sifat dan keperibadian yang sungguh mulia. Berbekalkan jiwa dan sifat mulia dan luhur itu, Baginda menerima amanah dari Khatijah binti Khuwailid untuk memimpin kafilah dagangannya ke Syam. Kunjungannya ke Syam merupakan kunjungan kedua. Baginda ditemani Maisarah.


Nabi Muhammad SAW mengawal barang-barang dagangan yang dibawanya dengan berhati-hati. Setelah sampai ke Syam dia memilih tempat yang strategik untuk menjual barang-barang dagangannya.


Cara-cara Nabi Muhammad SAW menjual barang amat menarik. Dia menjelaskan keadaan sebenar barang-barang yang dibawanya dan membubuh tanda harga. Dia melayan pelanggan dengan mesra jujur dan ikhlas. Kerana sifat mulia itulah, Nabi akhirnya menjadi orang kepercayaan kepada Khadijah. Sifatnya yang amanah itu nyata sukar ditemui pada orang lain dan bermulalah gelaran “al-Amin” buat Nabi Muhammad SAW.


Begitulah antara cebisan kisah Rasul junjungan mulia kita dari kelahirannya sehingga berusia 25 tahun. Sejak kecil lagi, baginda sudah diuji dengan ujian yang sangat berat sehinggakan sukar sekali bagi kita membayangkan bagaimana baginda boleh membesar dengan begitu sempurna. Permulaan hidupnya yang dipenuhi kisah sedih adalah permulaan yang akhirnya membentuk Nabi Muhammad dengan sahsiah mulia dan bersemangat waja.


Si laknatullah Ayah Pin atau bekas bomoh buta huruf yang mengaku sebagai wakil Kerajaan Langit, kini muncul lagi. Cuma kali ini, wakil Kerajaan Langit ini tidak lagi berani muncul secara terang-terangan sebaliknya menggunakan kecanggihan dunia siber yang mampu mencapai sasaran yang lebih luas dan tanpa sekatan.

Dia merupakan bekas anak murid Hasan Rimau yang menyebar dan mengajar Ratib Hasan Rimau yang sangat sesat dan menyeleweng. Tindakan-tindakan kerajaan yang diambil terhadap kumpulan Ratib Hasan Rimau telah melumpuhkan kegiatan mereka. Pun begitu, sikap lepas pandang penguatkuasa jabatan agama dan lebih gemar berada di pejabat sambil menunggu laporan, menyebabkan Ayah Pin kembali muncul dengan ajarannya yang jauh lebih sesat.

Anehnya, ramai wanita muda yang sanggup menyerahkan diri untuk melayani Ayah Pin dengan segala macam teknik semata-mata untuk mendapat keredhaan Kerajaan Langit. Kebanyakan wanita muda dan cantik-cantik yang berada di dalam kumpulan Ayah Pin menjadi gundik tidak rasminya dengan hanya alasan, 'Ambo mimpi mu malang tadi!'

Gundik-gundik tidak rasminya itu kemudian dikahwinkan dengan anggota-anggota kanan kumpulannya. Pun begitu, apabila Ayah Pin menghendaki gundik-gundik tidak rasminya, si suami perlu mengizinkannya dan rela Ayah Pin melakukan apa sahaja kepada isteri mereka.

Hanya selepas media massa menyiarkan tentang kesesatan Ayah Pin, barulah kerajaan mulai bertindak. Pun begitu, sesuatu yang menimbulkan kemusykilan ialah bilamana Ayah Pin dapat meloloskan diri dengan mudah dan perkampungannya di Batu 13, telah dimusnahkan. Sehingga kini, Ayah Pin tidak diburu dan usaha tidak bersungguh-sungguh penguatkuasa Jabatan Agama, sekadar menyaksikan Ayah Pin muncul untuk membuat onar sekali lagi.



DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.

Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan kawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini keadaannya sangat perit.

Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.

Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.

Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.

Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama berhari-hari.

Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.

Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan tanah merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban, elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula.

Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan.

Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke luar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang diminta.

Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga khususnya guru-guru di luar bandar.

Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar.



Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956. Menamatkan persekolahan peringkat menengah pada tahun 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957. Memasuki Teachers' Training College di Brinsford Lodge di England sebagai guru pelatih dalam tahun 1958 – 1959 dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England.

Beliau mengajar di sekolah menengah di Kuantan. 1962 melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras dlm Pendidikan Seni. Pada tahun 1963, beliau telah dianugerahi biasiswa Kementerian Pelajaran untuk belajar seni di Hornsey College of Art di London dlm thn 1963 -1967. Redza Piyadasa mendapat Diploma in Art and Design (UK). Seterusnya pada tahun 1969, beliau menjadi pensyarah di Institut Teknologi Mara di sekolah Art and Design hingga thn 1975. Pada tahun 1975, beliau dianugerah biasiswa East West Centre untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di University of Hawaii di Honolulu. Beliau telah menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.). Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center.

Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998 dari Belanda atas jasanya di dalam dunia seni visual antarabangsa. Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni. Beliau juga pernah bertugas di Jabatan Kaji Sosial di Universiti Sains Malaysia.


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah… … :
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .

assalamualaikum... ptg ni saya nak kongsikan tajuk movie2 yang paling saya minati... malas nak tulis satu2... so saya dah printscreenkan utk anda... try la download... x rugi :)


Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam seringkali berlindung kepada Allah dan mohon dijauhkan

dari rasa sedih dan susah. Beliau sering berdo’a :

"Wahai Allah, aku mohon lindung kepada-Mu dari rasa sedih dan susah, dari rasa lemah dan malas, dan dari sifat pengecut dan kikir"


Setiap orang di dalam hidupnya pasti mengalami ujian dan cubaan. Manusia tetap manusia. Suatu ketika pasti diuji dan dicuba oleh Allah. Sebab memang demikianlah manusia diciptakan, sebagaimana firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya , karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”.


Allah -Subhanahu wa ta'ala- juga berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”

Maksudnya, dia berada di dalam bersusah payah sejak dia dilahirkan. Sejak lahir manusia sudah keluar menangis. Ini pertanda bahwa di dalam hidupnya dia harus menjawab segala macam ujian. Tidak semua yang diharapkan pasti diprolehnya. Di dalam kehidupan ini banyak hal-hal yang datangnya secara spontanitas. Tidak terduga sebelumnya, terkadang kehilangan orang yang dihormati dan dicintai. Terkadang kehilangan harta, keluarga, bahkan harus meninggalkan tanah air. Tabiat kehidupan di dunia sama pula dengan tabiat manusia itu sendiri yang serba penuh ujian dan kesedihan.


Allah befirman di dalam Al-Qur’an :
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”.(Al-Baqarah :155).


Kalau manusia pada umumnya pasti mendapatkan ujian, betapa pula orang mu’min yang pasti lebih besar pula dia untuk mendapatkan ujian. Sebab itu Rasulullah -Shalallahu alaihi wasalammenegaskan di dalam haditsnya :

"Manusia yang paling hebat cubaannya adalah para nabi. Kemudian yang paling sepadan, dan seterusnya dan seterusnya. Seseorang dicuba sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, hebatlah cubaannya. Jika dalam agamanya lemah, dia dcuba sesuai ukuran agamanya. Cubaan selalu saja menimpa seorang hamba, sehingga dia berjalan di atas bumi tanpa menanggung sebuah dosapun."


Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.

Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje. semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di samping itu ada beberapa pendapat
lagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt.

Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.

1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata. Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.

2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.

3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.

Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.





Dari kecik aku selalu dimanjakan oleh ibu bapa aku. Tapi mak dan abah aku x pernah cakap yang mereka sayangkan aku. Sebab tu, dalam hati aku, selalu tertanya2 perasaan mereka kepada aku... terutamanya mak, aku teringin sangat nak dengar dia cakap dia sayangkan aku... adakah mereka gembira punya anak macam aku??? Atau aku hanya menyusahan mereka.

Masa aku dibuang sekolah, aku tahu abah malu. Aku nak mintak maaf sangat2 pada dia. Tapi x terzahir... dari kecik, aku selalu dianggap pandai oleh orang di sekeliling aku. Tapi sekarang, aku xla pandai mana. Aku sebenarnya sedih sangat. Kenapa lah aku bodoh sanagt. Aku cuma dapat jadi cikgu je. Sedangkan cita2 aku untuk jadi arkitek. Peluang belajar aku dulu telah aku sia2kan.

Aku sayangkan mak dan abah sanagt2. Aku sayangkan adik aku, dan juga kakak aku. Aku x tau apa yang kakak aku benci sanagt pasal aku. Sebenarnya aku sayangkan dia. Cuma perangai dia yang aku benci. Dia selalu sakitkan hati aku. Entah dia sedar ataupun tidak.

Kadang2 aku rasa macam nak hidup seorang diri dalam dunia nie... xda sape syg aku, xda sape perlukan aku. Kalau aku xda pun, xape... xda sape akan bersedih atas kehilanagn aku. Aku rasa hidup aku sunyi, sepi... entah kenapa... hidup aku x sama seperti orng lain... yang selalu gembira dan takda masalah.

Iklan ini telah saya tonton buat kali pertama ketika berada di rumah sahabat saya di Kamunting. Masa tu, saya sedang bergelak ketawa sambil menonton television. Bila tengok iklan tue, saya terdiam seketika. Sedih sangat-sangat. Iklan nie bertujuan supaya masyarakat sedar bahaya amalan menghisap rokok. Bila habis je iklan tu, saya rasa macam nak menangis. Begitu juga yang berlaku kepada kawan saya tadi.


1. Jangan minum jus buah dan vitaminC dalam jumlah yang besar karena kombinasi alopurinol dan vitamin c dosis besar dapat membuat urin lebih asam dan menyebabkan batu gnjal

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga,

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

45. Wajib dihindari:Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.

46. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).

47. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL),hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

48. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

49. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.

50. elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing

Yearghhh... malam ni saya nak berkongsi mengenai satu lagi minat saya... seluar dockers... yeaaa... Saya memang penggemar seluar dockers... Kalau anda juga penggemar jenama ini, anda tentu tahu harga seluar nie yang boleh tahan mahalnya... saya pernah ada sepasang dockers yang amat selesa dipakai (sebelum dicuri...) potongannya seperti jeans, tetapi amat ringan dan fleksibel... Di bawah nie, antara gambar seluar dockers khakis yang saya ambil dari internet...



Buah Açai Berry (sebutan: asahi) ialah sejenis buah yang hanya terdapat di hutan Amazon dan telah menjadi makanan tambahan dan terkini di pasaran. Kajian telah mendapati bahawa buah Açai Berry mengandungi DUA kali ganda khasiat anti-oksida jika dibandingkan dengan buah Blueberry, Delima (Pomegranates) atau apa jua buah-buahan yang terkenal dengan khasiat yang sama. Buah Açai Berry juga terbukti membekalkan pelbagai faedah kesihatan yang lain. Buah Açai Berry berbentuk seolah buah Blueberry. Berbuah dua kali setahun di Selatan Amerika (hutan Amazon), pokoknya tinggi dan kelihatan seolah pokok Palma (terkenal di Utara Amerika) dan kalau di Malaysia, hampir kepada pokok buah Pinang. Kemampuan buah Açai Berry yang mampu memulihkan secara SEMULAJADI tubuh badan kita daripada penyakit-penyakit kritikal; telah membuat Dr. Charles Schuass (pengasas ORAC - Oxygen Radical Absorbance Capacity) menjalankan kajian tentang khasiat buah Açai Berry.

Corak pemakanan kita seharian tidak mencukupi dengan makanan yang berasaskan anti-oksida dan membantu sistem badan kita yang makin lama mengumpul radikal-radikal bebas. Sepertimana kajian sains telah menunjukkan bahawa radikal-radikal bebas ini yang menjadi punca utama sistem penuaan awal, pertumbuhan kanser dan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Maka dengan itu, Monavie telah dipatenkan.

Monavie ialah gabungan antara buah Açai Berry serta 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Buah Açai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit.

Ibu pejabat yang bertempat di Utah Amerika Syarikat, Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah.

Keberkesanan gabungan 19 jenis buah-buahan terpilih yang terkandung di dalam setiap botol Monavie telah terbukti sejak diperkenalkan pada tahun 2005 di Amerika Syarikat. Kini, Monavie telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.






Baru je menang tempat kedua AJL 24, tiba-tiba terdengar satu lagi berita baik tentang Yunalis Zarai, penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya nie. Khabarnya Yuna dah pun dilamar oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa di Amerika Syarikat. Walaupun masih dalam tahap perbincangan, rasanya tak salah kalau nak dikatakan bakat Yuna bukan sahaja dihargai di Malaysia tetapi jugak di luar negara.

Kami ada terbaca tentang pertanyaan di sebuah forum mengenai status Yuna. Bukan status single atau dah berpunya. Tapi status sama ada Yuna ini penyanyi solo ataupun ada bandnya tersendiri. Tak silap kami Yuna nie memang bergerak dengan band dia. Kalau ada show mana-mana pun memang dia angkut sekali band dia tue.

alau anda perasaan time AJL 24 ada beberapa orang lain di atas pentas bersama dengan Yuna. Itulah band yang dimaksudkan. Tak silap kami salah seorang daripada ahli band Yuna namanya Paan. Gambar kat atas tue pun adalah gambar Yuna bersama ahli-ahli band dia.

Dan sebenarnya persembahan anda semasa Anugerah Juara Lagu 24 amat-amat mengkagumkan. Simple tapi cukup breathtaking. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.








Salam...ape khabar anda hari ini?? sihat?? kalau x sihat, p jumpa dokter,ok?? hehe... rini aku nak kongsikan beberapa gambar yang lucu, dan juga gambar yang menarik hati aku... gambar2 nie, diambil dari laman web http://beautifulnara.com ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates