Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

kl gangster 3 line pekida
Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam. Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia. Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida. "Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang." Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu. Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial. Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI). Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul. Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.


7 orang menconteng:

belum tengok lagi movie ni..huhu..

DENGKI ...

Suka dgn aksi lawan krn guna teknuk gaduh yg best :)

@NasZ,samalah kita...

@sop, ok la tu. perubahan dlm perfileman tanah air... :h:

pekida ni mmg sial...konon jaga bangsa dan agama...depa sendiri tunggang langgang

@Tanpa Nama, :k::k::k:

Hoi gua bdk2 pakidah apahal korang cakap cam tu

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates