Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


untuk 3 hari

Salam semua… Siapa dah tengok filem “untuk 3 hari”? Ini bukanlah filem terbaik yang pernah saya tonton. Tapi filem “untuk tiga hari” tak kurang hebatnya. Penuh dengan konflik. Sepanjang menonton filem ini, membuatkan saya berfikir mengenai jodoh.

Takdir sesuatu yang kita tak dapat jangkakan. Bercinta dengan orang lain, tetapi berkahwin dengan orang lain. Pada saya cinta Affin dan kekasihnya belum cukup kuat. Affin sanggup membiarkan cintanya pergi dengan insan lain. Sepatutnya dia mempertahankan perasaannya. Mempertahankan pendiriannya dari awal lagi, walau apa pun yang terjadi. 

Kalau saya berada di tempatnya, saya tetap akan memilih untuk berkahwin dengan pilihan hati. Atau jangan berkahwin untuk selama2nya! Pada saya, Affin seorang anak emak yang mengikut saja kemahuan emaknya, walaupun sudah berusia 30 tahun. Benar syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi tak bermakna kita perlu turut semuanya. Bagaimana pula dengan perasaan dan kehendak diri sendiri? 

Akibatnya dapat kita saksikan pada pengakhiran cerita. Walau bagaimana pun, Affin seorang yang menepati janji. Sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan senang untuk menolak godaan wanita. Tetapi dia berpegang pada janji untuk tidak menduakan kekasihnya, Sebaliknya Ujie terlalu lemah dan akhirnya hanyut meninggalkan cinta mereka yang sudah pun berusia bertahun2 lamanya. Dalam masa hanya 3 hari, Ujie sudah pun mengkhianati cinta mereka. Ending cerita ini amat menyedihkan. Namun, satu kelainan berbanding filem2 yang pernah saya tonton. Syabas!


Sesungguhnya cinta itu milik Tuhan. Aku tidak berhenti berharap, tapi kalau ia bukan milikku, maka aku redha.

10 orang menconteng:

teringin nk tengok cite ni..baca sinopsis pun rasa best :)

dah tgk :)

@Dylla Abas, memang best!

@Anak Pak Muin, :k::k::k:

Wahh menarik juga filem ni ya..

bezt nyew huhux :a:

hurm... saya dah tgk cita nih... hurm... dan tindakan ujie tu betul walau dia x tepati janji... sebab cinta yang terbaik tu sentisa dengan restu Allah... walau Affin tepati janji, tapi dia tetap tak bertanggungjawab dan x berani bersuara...hurm.. memang best citer tu, sesuatu yang lain dari yang lain...:)buka sikit minda kita tentang cinta, jodoh dan restu...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, yup... lama tak tengok filem yang tangkap feeling...

@Tanpa Nama, :k: :k: :k:

@PeRmAtA bIrU, tq sbb bg komen yg pnjg. sbnrnya sy sndri konfius utk sokong yg mana. kedua2nya ada kelemahan.

tapi selalunya lelaki yg benar2 jatuh cinta akan tetap memilih perempuan tersebut. dia tak mungkin menyayangi perempuan lain.

berbeza dgn perempuan yg boleh belajar untuk menyintai insan baru dalam hidupnya.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates