Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Memaparkan catatan dengan label betta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label betta. Papar semua catatan

Tips Memelihara Ikan Laga



Assalamualaikum semua. Kali ni, Cuma nak share satu page facebook iaitu Pemeliharaan ikan laga yang dikelola oleh saya sendiri selaku admin. Ada dua orang lagi admin dan buat masa ni baru ada 230 orang ahli. Page ini dibuat untuk berkongsi minat, pendapat, cara penjagaan dan semuanya mengenai ikan laga. Kalau anda suka memelihara ikan laga, bolehlah like page tersebut, Namun kadangkala agak sukar menyelenggara page tersebut kerana kesibukan bekerja. Di sini saya ingin meminta maaf sekiranya soalan-soalan anda tidak mendapat respon segera. Adios…

PS : Sekiranya ada yang berminat untuk membeli ikan laga, boleh menghubungi saya di talian 0125588303.

ikan laga mati


Salam semua. Usha keyword nuffnang tadi, perasan ada yang mencari cara menjaga ikan laga yang hampir mati. Ksian pulak rasanya... Sebenarnya, situasi ni selalu juga terjadi kepada saya. Boleh sangat untuk saya kongsikan tips. Tapi sejauh mana berjayanya tips tu, bergantung pada keadaan. Kadang2 menjadi, dan kadang2 tidak. Apa pun, yang penting kita mencuba.

Kalau ikan tu masih ok, tapi dia tak nak makan. Apa nak buat? Usha body dia, ada yang tak kena tak? Ulser kat mulut? Ada benda putih kat sirip? Ada benda mcm berbulu tumbuh kat mulut dia? Kalau mulut koyak akibat bergaduh, tak dapat nak nolongnya. Tapi ada sesetengah orang letak ubat kuning untuk ikan yang luka. Kalau anda lihat ada benda putih melekat, cepat2 tukar air. Letakkan garam akuarium biru tu dalam kuantiti yang banyak berbanding biasa. Kalau ikut cara saya, saya lenggang bekas ikan tu. Supaya memudahkan benda putih tu tanggal. Lepas tu, biarkan dalam 5 hingga 10 minit. Tukar air sekali lagi. Kali ni, rendam daun ketapang kering. Dan yang ketiga, kalau ada berda berbulu tumbuh kat mulut, alamatnya mulut ikan tu akan tertanggal. Berdoalah supaya ikan tu masih mampu untuk makan selepas mulut dia tercabut. Cara nak atasi sama macam penyakit sawang putih yang melekat. Tukar air, taruk garam akuarium biru. Kemudian tukar air sekali lagi. Letakkan daun ketapang kering.

Kalau ikan dah berenang senget, atau sekejap2 timbul kat permukaan… Aduh, yang ni susah sikit. Penyelesaiannya, cari bekas yang besar dan lebar. Letakkan air rendaman daun ketapang kering. Letakkan sedikit garam akuarium biru. Tapi pastikan air cetek. Ikan laga yang sakit, amat susah untuk ambik udara kat permukaan air. Jadi dengan mengurangkan paras air, kita dah membantu dia. Atau pun ada satu lagi cara, tapi sejauh mana berkesan tu tak tahu la... Kalau anda ada bela ikan gapi, yang airnya dah lama, kedudukannya di bawah cahaya matahari, ada tumbuhan air… Dan ikan gapi pun dah beranak pinak. Haa, korang try campur ikan laga yang sakit tadi dalam bekas ikan gapi tu… Tinggalkan sehari. Besoknya, tengok ikan anda tu dah sihat ke belum. Kalau dah sihat, keluarkan ikan tu dan ganti air macam biasa.

Kalau ikan berenang upside down pulak, bleh baca yasin dah. Huhu… Harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu yer. Wassalam.



Salam satu Malaysia. Kali ini saya nak mengajak peminat-peminat ikan laga, atau nama saintifiknya, betta splendens, untuk mengenal salah satu jenis ikan yang sangat famous dalam kalangan breeder di Negara kita nih. Saya tak la pro mana pun, tapi ada lah sedikit pengalaman dalam membiak dan memelihara ikan ni. Jenis baka yang nak saya perkenalkan ialah Red Dragon. Bukan Red Warrior k…. Dan memandangkan ini merupakan part 1, so lepas ni bila ada kelapangan , saya akan perkenalkan jenis yang lain dalam part seterusnya, okay?


Red Dragon HMPK

red dragon betta

red dragon betta

red dragon betta


Red Dragon Halfmoon

red dragon betta

red dragon betta

red dragon betta

red dragon betta

red dragon betta


Red Dragon Female

red dragon betta

red dragon betta

Inilah contoh-contoh gambar ikan jenis Red Dragon. Gambar2 ni berada dalam koleksi saya, tetapi bukanlah milik saya. Sebab gambar2 ni diperoleh dari pelbagai sumber seperti blog, laman facebook dan google image. Jangan ada breeder yang nak saman saya pulak, sebab gambar ni milik dia. Bila dah up kat internet, gambar dah jadi hak umum. Lagi pulak, bila gambar tersebut digunakan untuk menyebarkan maklumat atau ilmu pengetahuan, kan bagus?

Red Dragon ni memang senang nak cam. Ekor warna merah terang, dan sisik agak berkilat, atau dipanggil fullmask, yang mana ikan tersebut mempunyai sisik berkilat dan cantik pada keseluruhan badan. Harga? Bergantung kepada bentuk ekor, warna dan sisiknya. Ada pembiak yang menjual ikan jenis ni dengan harga yang mahal, dan ada juga yang menjualnya dengan harga yang sederhana sahaja. Pada kebiasaannya, ikan yang mahal, kualitinya lebih baik. Namun, rata2 Red Dragon boleh dibeli dengan harga RM50 seekor.


ikan laga betina
Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.



PS : Tips2 ini adalah tulisan asal saya. Ia telah banyak disalin dan di post semula di blog dan di laman facebook. Anda dibenarkan untuk menyebarkannya. Akan tetapi, tips2 ini hanyalah sekadar pendapat saya mengenai cara penjagaan ikan laga. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli ikan laga, bolehlah menghubungi saya di talian 012. InsyaAllah saya akan menerangkan cara yang betul untuk memelihara ikan laga bagi mengelakkam ikan anda mati selepas beberapa hari dibeli. Wassalam...

MALAYSIA mencatatkan kehadiran 25 spesies betta liar iaitu ikan hiasan dalam perairan air tawar negara. Spesies tersebut berpotensi untuk dikomersialkan memandangkan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Laporan oleh Fishbase 2011 menyebut bahawa sebahagian besar ikan itu terdapat di Semenanjung Malaysia, lima spesies di Sarawak dan empat spesies di Sabah. Daripada jumlah itu beberapa jenis pula telah dikenalpasti berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan. Antara spesies yang telah dikenalpasti ialah Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. Peminat ikan betta itu termasuklah mereka dari Jerman, United Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan China. Uniknya spesies itu adalah ia hanya ditemui di rantau Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tempatan terutamanya ikan betta yang sangat berpotensi dikomersialkan untuk pasaran dalam dan negara, kata Pengarah FRI Glami Lemi, Zulkafli Abdul Rashid. Maklumat mengenai potensi spesies tempatan ikan hiasan itu sebenarnya telah dikumpulkan sejak tahun 2000.

Menurut Zulkafli, FRI telah memulakan kajian dengan menjalankan aktiviti pengumpulan spesimen ikan dari habitat semula jadi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Spesimen ikan liar betta yang berjaya dikumpul akan dipelihara dan dijinakkan dalam tangki di makmal FRI Glami Lemi sehingga matang dan boleh membiak. Setakat ini, 10 spesies betta telah dapat dijinak dan dibiakkan dalam makmal.

Zulkafli berkata, satu baka baru jenis Betta Bellica, yang berasal dari hutan simpan paya gambut di Pagoh, Johor dan Sabak Bernam, Selangor, berjaya dibiak dan dijinakkan dalam tangki dan berpotensi besar untuk dipasarkan. Spesies itu dilaporkan telah banyak terancam dan diharapkan usaha pembiakan dapat diteruskan pula oleh penternak yang berminat untuk tujuan komersial."Spesies ini juga dikenali sebagai ikan pelaga hijau, tempala atau sepilai oleh penduduk tempatan tapi kami menamakannya Betta Manja kerana sifatnya yang begitu manja ketika lapar," jelas beliau. Keistimewaan ikan hiasan itu ialah ia tidak berlaga sesama sendiri seperti ikan pelaga Siam, selain mempunyai warna badan yang cantik, bercoklat gelap, sisik berwarna hijau berkilat, mata berwarna biru berkilat dan sirip ekor yang panjang berbentuk nyalaan lilin. "Ia sangat jinak dan makan di atas jari pemiliknya. Spesies ini berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan," katanya.

Pegawai penyelidik kanan FRI Glami Lemi, Mohamad Zaini Suleiman pula berkata, ikan itu berpotensi dibiakkan dalam kurungan (tangki) sebab sepasang ia boleh menghasilkan 200 ekor anak. "Jadi, dalam tempoh enam atau tujuh bulan, saiznya mencecah kira-kira tiga setengah inci dan boleh dipasarkan pada harga RM5 seekor manakala induknya RM10 hingga RM15 seekor. "Ia juga boleh dikomersialkan dan dipelihara dalam tangki untuk dijadikan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tidak takut untuk makan di tangan tuannya."Tidak mustahil pada masa hadapan, ikan ini boleh dijadikan sebagai ikan spa untuk urutan dan perubatan," katanya.

Pengarah teknikal dan pengeluaran Aquatics International Sdn. Bhd., Syed Abas Alattas, berkata, sehingga kini belum ada penternak ikan betta liar secara komersial di Malaysia. Pihak beliau akan mengimport ikan itu dari Thailand sekitar 20,000 ke 30,000 ekor sebulan untuk dieksport semula ke negara lain. "Memang kita dapat keuntungan, tapi kalau boleh dikeluarkan secara komersial di Malaysia adalah lebih baik," katanya.

Sementara itu, satu kolokium sehari telah diadakan di FRI Glami Lemi baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan sasar akan potensi ikan betta bagi meningkatkan pendapatan. "Di samping menjana pendapatan, kolokium ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya konservasi terhadap khazanah semula jadi kita yang sangat bernilai untuk diwariskan kepada generasi akan datang," kata Zulkafli. Kolokium dengan tema "Khazanah Warisan Penjana Kekayaan" itu diadakan untuk membentangkan kepada masyarakat terutama yang terlibat dalam industri perikanan mengenai kejayaan dalam penyelidikan perikanan.



gambar ikan laga bulanKlik imej untuk paparan yg cun...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates