TANJONG MALIM: Seramai 52 graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabah beberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu, lapor Upsikini. Bagi mengesahkan maklumat tersebut, mediawan Upsikini telah menghubungi Bahagian Penempatan KPM bagi mendapatkan beberapa respons berhubung hal berkenaan.
Menurut pegawai yang dihubungi, penempatan mereka terpaksa ditarik balik setelah mendapat maklumat bahawa berlakunya lebihan opsyen di Sabah. Beliau turut menyifatkan graduan tersebut telah pun dimaklumkan menerusi panggilan telefon mengenai pembatalan ‘posting’ mereka dan keputusan penempatan baru akan dimaklumkan pada 15 November ini.
Manakala, berkenaan bilakah tarikh penempatan mereka masih belum diketahui. Dalam pada itu, rata-rata graduan pendidikan yang telah mendapat surat makluman penempatan di Sarawak semalam turut menyatakan kerisauan mereka berhubung kes berkenaan. Manakala mereka yang belum mendapat keputusan penempatan masih lagi menunggu yang dijangka keluar pada 15 November ini.
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P