Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

ikan laga mati


Salam semua. Usha keyword nuffnang tadi, perasan ada yang mencari cara menjaga ikan laga yang hampir mati. Ksian pulak rasanya... Sebenarnya, situasi ni selalu juga terjadi kepada saya. Boleh sangat untuk saya kongsikan tips. Tapi sejauh mana berjayanya tips tu, bergantung pada keadaan. Kadang2 menjadi, dan kadang2 tidak. Apa pun, yang penting kita mencuba.

Kalau ikan tu masih ok, tapi dia tak nak makan. Apa nak buat? Usha body dia, ada yang tak kena tak? Ulser kat mulut? Ada benda putih kat sirip? Ada benda mcm berbulu tumbuh kat mulut dia? Kalau mulut koyak akibat bergaduh, tak dapat nak nolongnya. Tapi ada sesetengah orang letak ubat kuning untuk ikan yang luka. Kalau anda lihat ada benda putih melekat, cepat2 tukar air. Letakkan garam akuarium biru tu dalam kuantiti yang banyak berbanding biasa. Kalau ikut cara saya, saya lenggang bekas ikan tu. Supaya memudahkan benda putih tu tanggal. Lepas tu, biarkan dalam 5 hingga 10 minit. Tukar air sekali lagi. Kali ni, rendam daun ketapang kering. Dan yang ketiga, kalau ada berda berbulu tumbuh kat mulut, alamatnya mulut ikan tu akan tertanggal. Berdoalah supaya ikan tu masih mampu untuk makan selepas mulut dia tercabut. Cara nak atasi sama macam penyakit sawang putih yang melekat. Tukar air, taruk garam akuarium biru. Kemudian tukar air sekali lagi. Letakkan daun ketapang kering.

Kalau ikan dah berenang senget, atau sekejap2 timbul kat permukaan… Aduh, yang ni susah sikit. Penyelesaiannya, cari bekas yang besar dan lebar. Letakkan air rendaman daun ketapang kering. Letakkan sedikit garam akuarium biru. Tapi pastikan air cetek. Ikan laga yang sakit, amat susah untuk ambik udara kat permukaan air. Jadi dengan mengurangkan paras air, kita dah membantu dia. Atau pun ada satu lagi cara, tapi sejauh mana berkesan tu tak tahu la... Kalau anda ada bela ikan gapi, yang airnya dah lama, kedudukannya di bawah cahaya matahari, ada tumbuhan air… Dan ikan gapi pun dah beranak pinak. Haa, korang try campur ikan laga yang sakit tadi dalam bekas ikan gapi tu… Tinggalkan sehari. Besoknya, tengok ikan anda tu dah sihat ke belum. Kalau dah sihat, keluarkan ikan tu dan ganti air macam biasa.

Kalau ikan berenang upside down pulak, bleh baca yasin dah. Huhu… Harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu yer. Wassalam.



47 orang menconteng:

owhhh ikan pon ade ulser gak ye, baru tau..hu3... biasanya mmg trus bc yasin je..kiikikiki

@diana, kalau yg harga singgit dua, takpe. kalau yg harga 50, 100...

@Ct Aja, :s: :s: :s:

cayalah burn..boleh jadi breeder besar..meh amik biak ayam umah aku lakk...huhu

@PEMBIAK BAKA AYAM SERAMA DAN SABUNG,biak ayam best.tp kne betul2 pnye jaga. ikan x mkn tiga hari, relax lagi.lagi pun kne ada ilmu kalau nk serius. impian utk jd breeder besar tu mmg ada. kalau sbr, sbb biak ikan ni pun bergntg pd nasib. kdg2 mati beramai2. blog ko xleh nk komen. awat tutup komen?

salam....
tumpang tanya, hrap saudara boleh menjawab nyer...
saya ada ikan laga 2 ekor...semua jantan....saya asingkan balang..
pada mulanya saya beli aktif....
tapi sejak 2 minggu kemudian, ikan saya jadi x aktif...
dan saya tgk salah seekor ikan tu, sirip nya tanggal dengan sendiri dan menjadikan sirip nya rosak dan bewarna hitam...
saya setiap 3 hari sekali tukar air yang bertapis dan meletakkan air biru setiap kali tukar air dgn harapan sihat selalu.....
jadi, adakah disebabkan air biru itu menjadi kesan kepada kerosakan sirip nya????
mintk tlg perjelaskan masalah dan penyelesaiannya...
terima kasih.... ^_^

@Mr Miey Che' Yim, wslm... ada air tapis yg sesuai dgn ikan laga. tapi ada juga yg tidak. cuba check, berapa ph air yg digunakan. takut2 terlampau alkali. sy tak pasti pasal air biru tu. sy tak suka guna. lebih baik gunakan garam.

Salam,tumpang tanya. Saya ada sekeor Ikan laga. Dia dah stay dgn saya selama 1 bulan lebih. Tapi baru hari ini,saya dapati ekor dan sirip dia rabak2 dgn sendiri kenapa ye ? Dan mcm mana nak ubati nya ? Harap dapat tolong. Thanks !

Salam,tumpang tanya. Saya ada sekeor Ikan laga. Dia dah stay dgn saya selama 1 bulan lebih. Tapi baru hari ini,saya dapati ekor dan sirip dia rabak2 dgn sendiri kenapa ye ? Dan mcm mana nak ubati nya ? Harap dapat tolong. Thanks !

@Faten Alia, wslm. ada kena jangkitan la tu. pakai air apa ye?

salam..saya ada bela ikan laga dalam 30 ekor,8 ekor darinya betina,setelah lapan pasang saya kasi die mengawan,2 pasang darinya mati serentak,pelik dan hairan lah.yang lain alhamdulillah slamat bertelur,dan 1 lagi saya senyawakan jantan super sed crowntail dan betina white halfmoon,dah betelur.mcm biase saya asingkan betina.yang pelik dan masalahnye,setelah anak menetas,yang jantan tu makan anaknya sndiri.

"Kalau ikan berenang upside down pulak, bleh baca yasin dah" <--- ayat ni kelakar

susah jugak nak jaga ikan neyh kan...nmpak jer kecik..ha2

at mane nak dptkan daun ketapang

Salam..
nak tany, masa beli ikan tu warna dia gelap, skrg dah mcm turun sikit warna dia.. kenapa dan gagaimana nak atasi?

SALAM...
sy pun bru nk jinak2 ngn ikan laga...bulan lepas sy beli pastu mati..then yg nie sy beli baru..tpi sy x tw cmne nk tgk sirip ikan tu bersawang atau tak..yang pastu ekor ikan laga sy da berlubang kecik....tolong laaa ea..

ouhh..cam tu rupenye ingatkn x de ubatnyer ...:p:

Salam,saya baru beli ikan laga 3 hari lepas,mula2 dia happy je brenang.siap cari gaduh ngn jiran.Lpas tu esoknya saya tgk dia statik je kat permukaan gerakpon sikit2 lpas tu duk kat permukaan balik.ikan laga sblah ajak fight x layan da.saya ada taruk ubat biru yg hilangkan white spot tu.sbb tu ke? Skung saya baru tukar bekas ikan tu jadi besar skit.saya pakai air minum ngn truk anti klorin.xtau nak buat apa da.

assalamualaikum..
sy da bela ikan laga ni nk masuk 5 bln..
at first sy gna air paip n letak garam biru tu je..
tu pn sbb sy xtau nk gna air apa..
pastu pas da 3 bln sy tukar gna air filter je..
n then skrg ni ikan sy sakit..
sbb sisik2 dia mcm terbuka n badan dia mcm bgkak..
ade solution x utk kes cmni..
maceh..

@Tanpa Nama, mmg susah... tp bg yg minat, x jd mslh...

@firdaus, ada banyak kat tepi jalan... cina selalu tanam...

@zahin razak, tu bermakna ikan tu stress...

@Tanpa Nama, guna air paip yang disimpan selama 3 hari...

@NASIR JALIL, waalaikumussalam... ikan tersebut terlebih makan. puasakan ikan tu dua hari. letak cermin dihadapannya...

Alhamdullilah da sihat ikan.letak daun ketapang dia kembali aktif haha

Ubat biru anti whitespot dgn daun ketapang boleh ke campurkan skali?

Salam..mne nk dpt gram biru? Gram yg kte gune kt uma xbole pkai ke tok ikan laga? Runcing???

djksrf

salam . sy adas terbaca kat respon bg satu komen yang kalau warna ikan turun sbb ikan tu stress . boleh tak nak tahu knape die stress ?

@Tanpa Nama, air yg x sesuai utk ikan laga...

Ikn saye asyik statik kt permukaan kadang2 die berenang ke dasar dan statik balik kt permukaan...saye ade gak prasan mulut die belah bwh mcm bengkak...mcm mne nk buat???

Ikn saye asyik statik kt permukaan kadang2 die berenang ke dasar dan statik balik kt permukaan...saye ade gak prasan mulut die belah bwh mcm bengkak...mcm mne nk buat???

Ikn saye asyik statik kt permukaan kadang2 die berenang ke dasar dan statik balik kt permukaan...saye ade gak prasan mulut die belah bwh mcm bengkak...mcm mne nk buat???

Ikn saye asyik statik kt permukaan kadang2 die berenang ke dasar dan statik balik kt permukaan...saye ade gak prasan mulut die belah bwh mcm bengkak...mcm mne nk buat???

Saya nak tanya garam tu garam yang macam mane???sebab setahu saya ikan laga air tawar..ikan laga saya baru beli n masa dkt kedai dia active tapi bile smpi rumah tukar air biase dy jdi xactive dn murung...apa penyelesaian nye ye???dan saya nak tau garam tu garam yang macam mane???

Saya dah bagi ikan tu makan tapi tak nak makan juga. Aduuhhh!!!! Macam mana ni. Tolong please

ikan laga saya dia berenang senget, yg satu masalah dia, dlm beberapa hari ni, dia tak berak pun. bekas air tu penuh dgn makanan je. dah tak tahu dah nak buat apa.
tolong ye

Klu ikan gapi yg hampir mati pulak??Caranya sama aje ke dgn ikan laga yg hampir mati td tu??

Seeloknya tukar air ikan laga yang penuh dgn makanan..sebab boleh mendatangkan penyakit

Sesiapa boleh bagitahu tips tak cara jaga ikan laga?

Saya mempunyai 30 ikan laga dan paling mahal setakat ni original koi .die dh lame buat buih lepas tu tetibe die mudi aje nk buat macam mane eh nk kasi mengawan kene lepas raya baru boleh

Boleh ke guna air coway/cuckoo untuk ganti air akuarium?

Jgn guna air tapis.. ikut pengalaman saya semua ikan sy jadi naik kulat2 putih kat badan bila guna air tapis..

Sya rsa bkan msalah air biru ...bgi sdikit mkanan hidup n gunakan air ketapang

Gunakan garam akuarium mngikut sukatan ...jngan brlebihan

Assalamualaikum..mohon bertNya Mulut ikan laga sy mcm bengkak. Tak Mo makan.. walaupun letak jentik2 tak aktif .. dah tukar air. Letak air yg cetek dan letak garam lebih sikit Dr biasa. Mcm Mo mati.. keciannya dia apa bleh sy buat

Saya Ada daun ketapang

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates