Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan


janji ditepati

Salam semua. Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baru2ini, satu sambutan telah diadakan di sekolah, tempat dimana saya bekerja. Dimulakan dengan ucapan Guru Disiplin, ucapan Guru Besar seterusnya diikuti dengan laungan kemerdekaan… Selepas itu, kami menyanyikan beberapa buah lagu. 

Murid-murid sememangnya tidak tahu apa itu merdeka. Saya sendiri merupakan rakyat Malaysia yang lahir selepas era penjajahan. Namun, sedikit sebanyak saya cuba memberikan mereka sebuah pengertian, erti sebuah kemerdekaan.

Baiklah, saya ingin sentuh sedikit mengenai Lagu Tema pada tahun ini. Lagu Kemerdekaan ke-55 tersebut sangat baik dari aspek rentak dan iramanyanya. Namun dari segi lirik, sedikit menghampakan. Sehinggakan, guru-guru tidak dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Kami tidak menyanyi dengan bersemangat, bukannya kerana menentang kerajaan, tetapi secara ikhlasnya lagu tersebut kurang sesuai. Ada guru yang ketawa apabila perkataan “Kedai Satu Malaysia” turut disebut dalam lirik lagu kemerdekaan. Bahkan ada seorang guru mengatakan lirik “kini tiba masa balas budi”, sebagai satu ungkitan, yang menunjukkan seolah-olah usaha dan kebaikan yang dilakukan kepada rakyat adalah tidak ikhlas. Lebih kelakar, ada guru yang menunjukkan aksi menari semasa bahagian rap di tengah-tengah lagu tersebut.

Ramai yang mengatakan, lagu tersebut adalah manifesto BN semata2. Tidak ada laungan kemerdekaan di dalam lirik lagu tersebut. Akan tetapi, tema pada tahun ini iaitu “Janji Ditepati” telah diterangkan oleh Perdana Menteri kita dalam sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos. Janji Ditepati membawa maksud, kerajaan telah menepati janji dengan mengusahakan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Namun, kenapa itu semua tidak diceritakan dalam lagu kemerdekaan pada tahun ini? Pada saya, ini merupakan satu kerugian besar. Kerana melalui lagulah, kita dapat mengajak rakyat untuk sama2 berfikir. Rap pada pertengahan lagu pula adalah amat tidak sesuai. Mungkin ia dicipta supaya sesuai dengan generasi muda yang bertenaga, selari dengan peredaran semasa. Namun, kita sepatutnya mengekalkan kebudayaan, mengekalkan adat, mengekalkan tamadun yang boleh menjana modal insan golongan muda terutamanya. 

Bercakap mengenai modal insan pula, semakin kita maju, semakin kita tidak bertamadun, semakin kita kebelakang, dan tidak berakhlak. Ingin sekali saya bertanya, apa erti sebuah kemerdekaan terhadap golongan muda mudi? Malam kemerdekaan, saya memandu pulang ke kampung pada pukul 12.45 pagi. Meriah sungguh suasana. Ramai yang masih belum tidur dan turut sama meraikan malam kemerdekaan. Akan tetapi ada yang menyambutnya dengan cara yang salah. Ada yang meraikan kemerdekaan dengan membuat aksi superman di atas motosikal. Kalau ditegur, apa pula akan terjadi pada kenderaan saya. Saya harap, anak didik saya sekarang, tidak ada yang akan mengikut jejak seperti itu. Marilah kita sama2 berfikir. Apa erti sebuah kemerdekaan kepada diri kita, keluarga, masyarakat, Negara, Bangsa seterusnya Agama. Sekian.

samseng jalan raya

1. Memandu seolah tiada hari esok. Punyalah laju… Siap hon, bagi lampu cup cap cup cap… Mentang2lah kereta mahal. Kaki melekat je kat pedal minyak.

2. Masuk lorong tak bagi signal. Main redah je. Kalau kita hentam, punyalah angin. Padahal salah dia…

3. Memotong ikut belah kiri. Tak tau bersabar. Kononnya kita ni lembab, sebab itu lah dia potong belah kiri. Nak laju camne lagi kalau depan ada kereta. Takkan nak langgar kereta kat depan? Sabar boleh x? Tak nak ikut peraturan jalan raya, jangan pakai kereta. Hidup kena berlandas undang2. 

4. Sentiasa nak memotong. Kejap masuk lorong kiri, kejap masuk lorong kanan. Adehh...

5. Melanggar lampu isyarat. Hero la katakan… Kita perlahankan kenderaan sebab lampu isyarat dah kuning. Dia di belakang, punyalah angin. Nak tunjuk dia punya marah, terus potong dan redah lampu merah.

6. Memotong dan terus masuk simpang belah kiri. Yang ni memang bahaya. Dah tau nak masuk simpang, buat apa potong?

7. Ubahsuai kenderaan. Kancil nak jadi mira. Proton nak jadi Mitsubishi.

8. Sembang phone sambil memandu. Cantikk…

handphone di sekolah

Assalamualaikum. Nampaknya, ada baik buruk perubahan peraturan yang bakal diambil…

Keburukan:
Berleluasanya budaya couple + Termengandung
Berleluasanya penyebaran bahan pornografi, dan game handphone yang membuang masa.
Murid bermain telefon bimbit semasa proses p&p berjalan.
Murid berlumba2 untuk memperagakan telefon bimbit masing2.
Murid bermain facebook jika ada jaringan internet di sekolah.
Murid hilang minat terhadap pelajaran, sebaliknya datang ke sekolah hanya untuk berseronok.
Semua murid akan berusaha untuk mempunyai sekurang2nya satu telefon bimbit, dan ini menyusahkan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
Kes kecurian akan berlaku.
Kos ibu bapa membeli topup untuk anak2 meningkat.

Kebaikan:
Memudahkan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Memudahkan guru memberi arahan kepada murid.
Memudahkan penyebaran maklumat dalam kawasan sekolah.
Menggalakkan komunikasi antara guru dan murid, di luar waktu persekolahan.

Pandangan saya:
Walaupun pelajar sekolah menengah sudah mencapai tahap akhil baligh, saya berpendapat mereka belum matang dari segi pemikiran. Selepas umur 20 tahun, barulah mereka akan mula berfikiran matang. Seterusnya akan benar-benar matang pada usia 25 tahun. Usaha yang diambil tidak salah, dan releven dengan perkembangan Negara kita yang tidak boleh tidak, memerlukan telefon bimbit dalam segala macam hal. Namun, perubahan ini perlu dipandang serius, dan dikawal supaya perubahan tidak mengarah kearah yang negatif.

roti canai terpanjang

GEORGE TOWN - Komuniti India Muslim di negeri ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan roti canai terpanjang. Acara itu yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Kebudayaan India Muslim anjuran Pertubuhan India Muslim Malaysia menyaksikan 2,786 keping roti canai diatur sepanjang Lebuh Buckingham dengan jarak keseluruhan 400 meter. Seramai 15 penebar roti canai dari empat restoran terkenal membantu usaha mencipta rekod. Roti canai kemudiannya diagih untuk dimakan oleh pengunjung karnival .

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang terkejut dengan tindakan beberapa sekolah di kawasan luar bandar Sarawak yang melarang pelajar membawa netbook 1Malaysia mereka ke sekolah. Sekolah berkenaan tidak mahu pelajar terbabit mengecas semula netbook mereka di sekolah kerana ini akan meningkatkan bil elektrik.


"Ini satu berita baru kepada saya, tetapi malangnya ia bukan berita baik, Netbook diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam pelajaran mereka. Tetapi jika mereka tidak dibenarkan membawanya ke sekolah, matlamat itu tidak akan tercapai.Jika pendekatan itu menjadi amalan atau bakal dijadikan peraturan, ini juga merupakan satu kerugian besar di pihak kerajaan. Di pihak saya, saya akan maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk mencari penyelesaian secara baik demi kebaikan pelajar,"

Beliau berkata kerajaan akan mengagihkan lebih banyak netbook kepada pelajar dan pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar di seluruh negeri pada bulan ini dalam usaha untuk merapatkan jurang digital luar bandar-bandar.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Tertarik mengenai isu netbook, maka saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenainya. Nampaknya isu ini masih dibahaskan lagi. Sudahkah dibuat kajian mengenai impak pemberian netbook pada peringkat sekolah rendah? Dan sejauh mana keberhasilan daripada stategi yang diambil dalam membentuk masyarakat yang celik IT?

Pihak sekolah tidak beri kebenaran bawa netbook ke sekolah. Apa yang saya perhatikan, kebanyakan sekolah gagal mengawal penggunaan netbook. Maka terjadilah situasi dimana murid-murid menyorokkan folder game di dalam netbook mereka, mengecas di dalam kelas,dan  melayari facebook.

Pada pendapat saya, mungkin sekolah boleh menentukan hari tertentu bagi murid untuk membawa netbook. Susah juga jika nak dikendong setiap hari... Dan pastikan mereka cas terlebih dahulu sebelum membawanya ke sekolah.

Selain itu, sekolah boleh memberikan senarai laman web, blog, portal dan sebagainya yang wajib dilayari oleh murid-murid. Ini bagi menggalakkan budaya ilmu dan ict. Guru-guru perlu mengesan dan menyenaraikan blog2 yang boleh dijadikan bahan bacaan murid-murid. Penggunaan program2 yang membantu seperti e-kamus semasa kelas Bahasa Inggeris perlu dibudayakan. Bagi subjek Bahasa Melayu pula, terdapat banyak berita online yang boleh dibaca seperti Kosmo, Utusan dan sebagainya.

zakar dalam mulut


GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011. Muhammad Mustakim Mohamad, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Mustakim didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu. Pertuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu. Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010. Berdasarkan pertuduhan kelima,dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

KUALA LUMPUR - Akibat salah faham, dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera dan lebam selepas dipukul salah seorang daripada 20 pelatih yang menyerang mangsa di sebuah kem latihan di Melaka, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2.15 pagi tu, mangsa Yap Chun Yen, 18, dikejutkan pelatih lelaki bersama sekumpulan remaja dan membawa mangsa ke padang berdekatan. Pelatih yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipukul di dada dan ditendang kedua-dua kaki oleh pelatih yang dikenalinya. “Selepas dipukul, saya dicabar supaya menyerang semula dan akibat takut dicederakan lagi, saya terpaksa menumbuk perutnya untuk memuaskan hati mereka ketika itu. “Mereka datang dalam satu kumpulan dan hanya seorang pelatih yang memukul saya, tetapi tidak tahu mengapa saya dipukul,”. Chun Yen berkata, dipercayai berlaku perselisihan faham ketika perkhemahan Ahad lalu apabila dia meminjam barang penyerang dan berkemungkinan­ dengan nada suara yang tegas.

Akibat kejadian itu, dia sakit seluruh badan dan sering batuk. Sementara itu, selang 15 minit selepas kejadian pertama, dipercayai kumpulan sama menyerang rakan mangsa, Chew Chee Yong, 18, yang sedang tidur di asrama sama. Chee Yong berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan dikejutkan remaja yang dikenalinya. “Saya dipukul di dada tanpa sebab dan diselamatkan rakan. “Remaja itu memberitahu saya pernah menumpahkan air dan terkena bajunya. “Akibat tidak berpuas hati, dia serang saya dalam asrama,”. Chee Yong berkata, dia ada membuat laporan kepada jurulatih dan dibawa ke hospital berdekatan. Akibat kejadian itu, dia bengkak di bahagian dada dan batuk. Kedua-dua mangsa yang menamatkan latihan PLKN kelmarin membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

logo plkn

Assalamualaikum. ..Salam satu Malaysia. Tertarik dengan berita yang saya baca mengenai dua pelatih PLKN dipukul. Bukan kali pertama berita sebegini kita dengar. Bahkan sudah berkali2. Sehingga ada pelatih yang mati dalam tempoh latihan. Dan sebenarnya banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

Maka bagaimana hasrat PLKN untuk mendidik lepasan SPM menjadi insan yang sempurna dan seimbang? Ramai yang beranggapan PLKN ni bagus sebab kita dapat belajar cara hidup di hutan… PLKN bagus untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air. Namun sejauh mana objektif PLKN tercapai?

Pada hemat saya, pelajar yang kurang berpotensi dalam pelajaranlah yang sepatutnya menyertai PLKN. Bukannya pelajar cemerlang. Dan mereka perlukan pengawasan yang ketat supaya dapat membentuk disiplin. Mengapa? Bagi mengelakkan mereka membuang masa dan terlibat dengan aktiviti berunsur jenayah semasa cuti.

Saya pernah berada di PLKN. Salah seorang daripada pelatih telah dipukul beramai-ramai, dan kejadian ini tidak dilaporkan sama sekali. Inilah yang terjadi apabila lepasan SPM yang boleh dikatakan berperangai ala gangster tinggal setempat dengan anak emak. Anak emak ini akan diejek, ditendang dan dipijak2. Kalau anda seorang ibu, anda mahu anak anda diperlakukan sebegitu? Bagi yang tidak kena, masalah ini mungkin dianggap remeh. Salah pelatih PLKN tersebut kerana tidak pandai bawa diri. Tapi kalau kena batang hidung sendiri?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates