
           Salam. Rini aku nak cakap pasal salah satu hobi  dan minat aku iaitu memelihara ikan laga. Bkn semua org paham pasal minat membela ikan hiasan nie. Selalunya org yang minat bela ikan atau haiwan2 lain spt kucing mahupun burung adalah seorang yang mempunyai cirri-ciri penyayang. Btoi x?? Hehe...
          Ikan laga ni datang dgn pelbagai warna. Dah nama pun ikan laga, mesti la suka berlawan. Ikan ni xleh diletakkan setempat dengan ikan laga lain. Jika diletakkan dalam satu bekas atau akuarium, salah seekor akan cedera teruk atau mati. Setakat ni, aku pernah bela warna biru, ungu, merah, hitam kebiruan, hitam kemerahandan warna hijau laut. Memang cantik biler ikan laga ni nak berlaga.
          Laga atau sempilai boleh didapati dengan banyak kat sawah atau alur sungai. Banyak cara untuk tangkap ikan ni. Salah satu cara ialah dengan menahan perangkap dimana satu tempurung kelapa atau tin susu diletakkan di kawasan yang selalu dia bermain. Kalau time dia bertelur, ikan sepilai ni akan ada buih (yang terdapat telur dia tu). Dekat buih ni ada sempilai jantan (sempilai jantan lebih cantik dari sempilai betina) yang jaga buih sempilai betina. Bila kita letakkan tempurung, sempilai tersebut akan tinggal dalam tempurung ini sebagai tempat tinggal mereka , jadi dia akan masuk ke dalam tempurung tersebut.
 
1 orang menconteng:
spesis kampung memang bengkeng
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P