Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan  pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal  bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo  supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga  mato kapok, lidoh panje. semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di  samping itu ada beberapa pendapat
lagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt.
Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater  yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan  india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah  pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.
1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata. Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.
2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.
3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.
Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan  tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit  kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika  di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah  pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di  tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya  serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.

 
 
 
0 orang menconteng:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P