mati adalah suatu yang pasti
mati akan hadir jua dalam diari hidup kelak
samada kita mahukannya
ataupun kita bersungguh-sungguh cuba untuk menjauhinya
kerana sunnatullah
sesuatu yang hidup akan mati jua akhirnya
bagi mereka yang ALLAH yakin mereka mampu 
mengharungi ujian terbesar yakni dunia
ALLAH benarkan ia dilahirkan
mengenal dunia
membesar
dan sehingga suatu batasan waktu
jasad-jasad ini akan kembali kepada ALLAH
roh akan dicabut kembali dari jasad-jasad itu
kemudian bakal datang kembali fasa dihidupkan
yang kekal selama-lamanya
yakni
di alam akhirat
cintailah mati seolah-olah 
anda akan mati pada saat ini
elakkan diri daripada mencintai dunia
kerana
dunia hanyalah tempat persinggahan 
yang sementara
setelah tiba waktunya, kita akan meninggalkan nya
kerana destinasi utama kita 
adalah akhirat sana
dunia diibaratkan Rasulullah SAW
umpama sepohon pokok tamar di tengah-tengah padang pasir
akan ku manfaatkan ia untuk berlindung daripada kepanasan
dan menghilangkan letih setelah penat berjalan
namun
aku tidak bisa melupakan destinasi utamaku
habis penat,
 kaki perlulah digagahkan kembali 
untuk menuju ke destinasi asal
meskipun seselesa mana pun tawaran yang dijanjikan 
oleh pohon tamar itu, 
namun aku perlu segera sedar 
bahawa pohon tamar itu 
tidak bisa meneduhkanku buat selama-lamanya
aku perlu keluar daripada zon selesa itu
dan meneruskan perjalananku di tengah-tengah panas itu
untuk tiba ke destinasi ku yang SATU
Maha Suci ALLAH yang sentiasa Teliti dalam perancangan-Nya
tiada siapa pun dapat menjangkakan bilakah datangnya kematian
bilakah akan datangnya hari pembalasan
wallahua'lam

 
 
 
0 orang menconteng:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P