JAKARTA – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia. Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Pro Demokrasi.
Sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, mereka membunyikan hon motosikal dan meneria “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan.
Kedua-dua tempat itu dikawal ketat pasukan Polis Indonesia. Demostrasi dimulai pukul 1.30 petang di hadapan Kediaman Duta Besar Malaysia dan pukul 2 petang di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan berlangsung selama 10 minit di kedua-dua tempat itu. Dalam pidato masing-masing, mereka mengutuk perbuatan penyeksaan dan pemerkosaan yang dilakukan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Malaysia dan meminta Duta Besar Malaysia dan rakyat Malaysia meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari kerana menganggap perbuatan Malaysia yang keterlaluan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke kompleks beli-belah Senayan City untuk melakukan tindakan usir atau “sweeping” rakyat Malaysia di situ namun polis telah menghadang mereka kira-kira 100 meter dari pintu utama ke kompleks itu.
Penunjuk perasaan kemudian cuba berunding dengan polis agar membenarkan 65 anggota masuk ke dalam kompleks dan melakukan “sweeping” terhadap warga Malaysia yang mereka yakini berada di dalam, namun permohonan mereka tidak dilayan.
“Kami bukan ingin mencuri, kami bukan ingin mengambil barang di mall tapi kami hanya ingin mengusir warga Malaysia,” kata Mustar Bona Ventura, coordinator Bendera.
Kumpulan Bendera yakin Senayan City merupakan simbol yang tepat untuk mewakili Malaysia dan percaya warga Malaysia sering berkunjung ke tempat itu untuk berbelanja kelengkapan sehari-hari. Isu penderaan pembantu rumah Indonesia bernama Win Faidah oleh majikannya itu turut dikutuk oleh Malaysia.
Menteri Luar Malaysia dalam kenyataan di Putrajaya pada Rabu menegaskan bahawa kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penderaan terhadap mana-mana pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan atau sektor pekerjaan mereka.
Justeru itu kerajaan serta rakyat Malaysia amat sedih dan terharu di atas kes penderaan terbaru, membabitkan seorang pembantu rumah dikenali Win Faidah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 Sept lepas, katanya. Pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya dan berikutan itu sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 Sept lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Sebelum memulakan demonstrasi itu, peserta berkenaan berkumpul di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, yang merupakan pejabat lama Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P) iaitu parti yang dipimpin bekas Presiden Megawati Soekarnoputri.
Beberapa anggota kumpulan Bendera sebelum ini telah bertindak melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia dalam salah satu demonstrasi sebelum ini mengenai isu penangkapan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Kepulauan Riau.
Sebahagian daripada anggota Bendera turut mengotorkan bendera Malaysia dengan najis manusia selain memijak-mijak Jalur Gemilang semasa berdemonstrasi ketika itu. Para pelaku yang mencemarkan kawasan Kedutaan Besar Malaysia serta Jalur Gemilang dengan najis manusia itu sehingga sekarang tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Hmm, jom tengok video nih...
So apa pendapat korang???
2 orang menconteng:
orag nak aman damai..diorg lagi simbah petrol dalam bara......serumpun tapi tak sekatil....huhuhu...apa la don nie..tak abis2..
@Ady, sbnarnya tahap pemikiran rakyat dan pemimpinnya sekali, jauh berbeza dgn kita...
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P