Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


Salam, sebelum ni saya dah pun buat satu entry berkait tentang kemalangan yang berlaku berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, tapi hari ni saya tergerak untuk menambah sesuatu. Masa saya blogwalking tadi, saya terjumpa sesuatu yang menarik. Mungkin anda dah pun membacanya.Tetapi saya baru saja membacanya tadi. Saya kurang membaca isu kemalangan nih. Sebab saya tak suka lihat gambar2 kemalangan yang banyak tertera di blog mahupun laman sosial facebook...

Saya minat tengok filem thriller yang putus2 kepala, putus2 tangan... Tapi bila dalam keadaan sebenar, saya amat membencinya... Sebab saya kasihan kepada mangsa dan tak sanggup membayangkan kesakitan yang dialami. Tambahan pula, saya tidak berkenan apabila gambar2 mangsa menjadi tatapan umum.

Menurut saksi, kenyataan yang ada di akhbar banyak yang bercanggah.. Mari kita baca kenyataan yang mana ianya tidak langsung dipinda..


KENYATAAN 1

asalammualikum , Saya adalah merupakan nyaris mangsa kemalangan. satu malam x bleh tido masih terbayang2 keadaan berlaku. pada masa kejadian iaitu jam 6.35 petang semalam saya nampak segalanya apa yang berlaku sebelum impact. saya dari arah utara ke arah selatan. apa yang saya nak tekankan disini adalah PUNCA KEMALANGAN! Sewaktu kejadian, jalan arah ke utara penuh dengan kenderaan (ketiga-tiga lorang). Bas delima berada di lorong laju dengan MENGEKORI RAPAT kenderaan dihadapan (kenderaan putih mungkin myvi @ viva).. sewaktu hampir melepasi saya (sya di lorong laju arah selatan) bas tersebut terhunyung hayang ke kanan dan kiri (saya yang melihat keadaan tersebut menambah kelajuan) kemudian terdengar bunyi geseran sebanyak 2 kali. dan kemudian bas tersebut terus merempuh divider (tanpa sebarang resistance dari rail) menyimpang jalan. Asap terlalu tebal dan memenuhi jalan sejurus kemalangan. bunyi dentuman bertalu talu diiringi bunyi seretan. Saya yang dalam keadaan tergamam dan panik tak mampu nak menekan minyak .. dan setelah melihat belakang tiada satu kenderaan pon dapat melintasi kawasan kejadian.. jalan arah selatan menjadi kosong..kosong. saya masih terbayang wajah2 penumpang kereta yang saya potong seblum kejadian.. rata rata adlah keluarga, yang memandu dalam 90 kmj -100kmj. masyaAllah ... mujur ajal saya bukan disitu.. buat yang terlibat saya ucapkan takziah dan semoga roh yang mati dicucuri rahmat. ahh satu lagi saya rasa bas tu tidaklah dipandu laju sangat .. lebih kurang 110 kmj jer sebab jalan time tu sesak.


KENYATAAN SAKSI KE- 2

assalamualikum, saya adalah antara mangsa yang terlepaas dari pelanggaran semalam.. apa yang saya hendak nyatakan disini berkenaan kereta yang dihempap oleh bas adalah kereta yang betul 2 dibelakang saya (honda accord hitam ) . mujur saya pantas lebih kurang 5 saat di hadapan kereta honda tersebut... kelajuan lebih kurang 130 kmj pada waktu itu .. yang membuatkan saya tertarik untuk post disini adalah KEBANYAKAN MAKLUMAT DARI AKHBAR ADALAH BERCANGGAH DENGAN CERITA SEBENAR .. Saya akan ke balai polis untuk memberikan maklumat. kepada kawan2 yang ingin mengetahui maklumat sila la baca laporan saya di thread satu lagi. perkara menggagu pikiran saya dan diharap jangan buat sebarang spekulasi jika ingin membantu polis mencaari punca sebenar kemalangan. by the way .. saksi dalam bas cakap bas laju dan mendahului kenderaan lain .. tidak benar .. sebelum kemalangan bas tersebut mengekori rapat sebuah kereta putih (viva @ myvi) sebelum hilang kawalan melepasi kereta saya (gen2) dan menghempap kereta belakang saya (honda accord warna hitam versi 2005++.)


Disini pula ialah senarai nama mangsa kemalangan:


Pemandu bas ekspres

1)R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;


Penumpang bas ekspres

2) Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;

3) Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;

4) Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;

5) Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;

6) Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga


Tiga lelaki warga Myanmar

7) Pau Khan Tual, 21;

8) Kam Khaw Tual, 28

9) Cin Thawa Tuang.


10) Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,

11) Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,

12) Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52.

- Bernama


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates