Salam 1 Malaysia... Ape khabar semua pembaca blog Syurga Itu Indah... Baru2 ni saya ada terjumpa sebuah blogspot yang menggunakan nama blog yang sama dengan blog saya... Ya, nama blog tersebut ialah “Syurga itu Indah”. Tapi saya bukanlah nak menuduh nama blog saya telah dicuri... Bukan hak saya untik marah, bahkan banyak lagi blog yang menggunakan nama yang sama... Contohnya “Sharing Is Caring”. Ada banyak blog yang gemar menggunakan moto tersebut. Tapi yang jelas, blog saya mempunyai address www.syurgaituindah.blogspot.com. Jadi tidak timbul isu saya menciplak nama blog saya dari blog lain. Nama blog ini adalah cetusan idea saya yang asli. Ramai yang bertanya kenapa nama tersebut digunakan. Dan saya sendiri tidak tahu sebab yang tepat. Mungkin kerana saya mendambakan syurga Nya.
Okay, sebenarnya pada hari ini saya hendak membicarakan tentang OS atau window. Saya bukanlah pakar tetapi saya sekadar hendak berkongsi pendapat dengan anda. Baik, window apa yang menjadi pilihan anda??? Mari kita lihat satu persatu.....
Window XP
Kini rakyat Malaysia kebanyakan dah maju dan mengambiltahu tentang perkembangan teknologi. Boleh kata setiap rumah ada satu PC. Dan tidak dapat dinafikan ramai yang masih menggunakan wondow XP. Kebanyakan PC lama lebih sesuai menggunakan window XP.
Bagi saya, menggunakan window XP adalah mencabar... Kenapa??? Sebab window XP terdedah dengan ancaman virus. Terdapat banyak virus yang boleh merosakkan sistem sesebuah komputer yang menggunakan window XP. Dulu laptop saya pernah diserang brontox. Seseiapa yang pernah pakai window Xp mesti tahu kewujudan virus nih... Virus ni akan menutup program yang dibuka dengan sendiri. Kita bukak program @ folder, dia pulak akan tutup... Kuang hajar tol virus ni. Virus ni datangnya dari Indonesia. Ia akan menghilangkan folder option. Masa mula2 kena dulu, chuak jugak... Tapi akhirnya saya berjaya buang dan mengembalikan folder option dengan menggunakan satu software. Download software tersebut di SINI.
Ada banyak lagi virus yang saya sendiri sudah lupa namanya. Sekiranya anda menggunakan window XP, pastikan anda update antivirus supaya komputer anda kebal dari serangan.
Apa yang best masa pakai win XP ialah ada banyak theme yang boleh digunakan. Ceria betul. Hehe... Setiap hari pun boleh tukar theme... Tune Up Utilities ada menyediakan banyak theme yang boleh dimuatturun secara percuma. Cuma perlu install Tune Up dan double klik file theme.
Window Vista
Hah, ini merupakan window yang paling berat... Berat ke?? Ramai yang cakap berat, tapi masa saya pakai dulu, okay je... Komputer yang mempunyai ram yang rendah tidak sesuai menggunakan sisitem operasi ini.
Selepas window XP, Vista telah dilancarkan. Pada mulanya, ramai yang teruja untuk menggunakannya. Kerana ia mempunyai paparan antara muka yang cantik. Namun, kegemilangan Window Vista amatlah sekejap dengan kemunculan Window 7.
Window 7
Kini ramai yang telah beralih kepada window 7. Dengan kelebihan yang ada dapat menarik ramai untuk bertukar kepada window 7. Window 7 hanya mengambil masa yang singkat ketika proses format. Bahkan ia juga boleh diformat tanpa menggunakan cd. Anda cuma memerlukan pendrive 4 gig. Proses menyediakan pendrive untuk format juga adalah mudah.
Jika anda perhatikan di kedai2 komputer, semua laptop yang dijual dipasang dengan window 7. Kebanyakan laptop baru, tidak lagi memerlukan cd driver kerana window 7 sudah lengkap dengan driver yang diperlukan.
Window 7 sebenarnya tidak mempunyai perbezaan yang jauh dengan window vista. Sesiapa yang sudah mencuba Vista, tidak akan kekok menggunakan Window 7. Window 7 adalah lebih ringan berbanding Window Vista.
Baiklah, setelah kita review ketiga2 window, saya berharap anda mempunya lebih maklumat tentang pemilihan OS. Mungkin masih ada yang keliru dalam memilih sistem operasi. Namun bagi saya, tidak salah untuk mengunakan mana2 window. Tidak timbul isu ketinggalan zaman. Kita berhak memilih sistem operasi yang dirasakan sesuai. Ada banyak cd window pirate yang dijual di kedai2 barangan komputer. Bahkan cd @ dvd window dapat dimuattrun secara percuma dalam bentuk ISO di internet. Cuma pastikan anda tidak update window tersebut. Bagi saya tidak berbaloi untuk membeli window origenal yang berharga ratusan ringgit.
Ada sesetengah kedai komputer yang menggunakan alasan window tidak ori ntuk mendapat bayaran lebih untuk proses format. Ini kisah benar yang perlu diambil perhatian! Berlaku kepada seorang kenalan saya di Bandar Ipoh. Sesiapa yang tinggal di Ipoh mesti tahu dimana letaknya Yik Fong. Semua kedai komputer milik orang cina di sana berpakat untuk menipu pelanggan. Alasan yang diberikan tidak logik. Mereka meminta bayaran RM300 untuk format! Dengan alasan window yang telah dipasang didalam laptop tersebut tidak origenal. Sesiapa yang tidak arif tentang masalah komputer dan terdesak untuk menggunakan komputer secepat mungkin, rela mengeluarkan wang, asalkan komputer segera diperbaiki. Selalunya pakcik2 @ makcik yang tidak tahu sangat pasal komputer terkena dengan helah mereka. Bila komputer anak mereka rosak, mereka segera menghantar ke kedai. Untuk pengetahuan anda, format komputer di kedai biasanya di cas RM30 sahaja. Kalau anda boleh fdormat sendiri, tak perlulah anda keluarkan RM30 bila PC @ laptop diserang masalah. Oleh itu, belajarlah cara untuk format dengan rakan2 yang tahu. Kerana ilmu format adalah sangat penting. Terutamanya dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan anda untuk melakukannya sendiri.
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P