Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum :) dan salam maalhijrah. Untuk pengetahuan anda entry ini saya tulis ketika maalhijrah. Namun mungkin dapat dibaca selepas beberapa hari @ selepas seminggu, sebab ketiadaan internet. Dikesempatan ini juga saya nak memohon maaf kerana tidak membalas komen dan tidak membalas sapaan di kotak shoutmix. Maklumlah saya hanya online di cyber cafe.

Okay. Sebenarnya saya teringin nak tulis tentang maalhijrah. Tapi nak tulis ape yer??? Hehe. Teringat lirik nasyid ketika sekolah rendah dulu.

.....................................................................................

Maalhijrah, Bulan yang Mulia,
Bulan permulaan hidup manusia,
Bulan jalin ukhwah dan persahabatan,
Antara mukmin sesama insan,
Bulan jalin ukhwah sesama insan.

Maalhijrah, Menyingkap sejarah,
Perpindahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah,
Bukan mengalah pada kafir latnatullah,
Sebagai benteng syiar, Islam menyerlah,

Berlumba-lumbalah mencari keredhaan,
Puasa disiangnya disunatkan Allah,
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah,
Tinggalkan kemungkaran carilah keredhaan.

Hayatilah hijrah dengan sebaiknya,
Tinggalkan kemungkaran carilah keredhaan,
Hijrah, hijrah, hijrah, bulan mulia.

.....................................................................................

Wahai insan semua, Hijrah kita berhijrah,
Ke jalan Allah, Fisabilillah.
Bersatu bekerjasama, Eratkan perpaduan,
Mencapai wawasan, Teguhkan keimanan.
Bersyukur pada Allah, Tegakkan syiar Islam,
Tegakkan syiar Islam, Allah huakbar.

Islam menuju ke jalan Allah,
Bermunajat diri pada Illahi,
Hidup di dunia hanya sementara,
Ingatkan Allah sujud padaNya,
Ingatkan Allah sujud padaNya,
Bersyukur tanda teguhnya iman kita.

.....................................................................................

Maalhijrah menyingkap sejarah,
Kisah perpindahan Nabi Muhammad,
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah,
Untuk menyelamatkanIislam dari ditindas.

Tiba di madinah, Disambut dengan meriah,
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira,
Selamatlah Islam dari kekejaman,
Terus berkembang menyinar diseluruh alam.

.....................................................................................


Habis cerita pasal lagu. Malam tadi saya tonton sebuah drama TV3. Sebenarnya saya nak puji cerita ni. Drama ni patut dibuat filem. Pada saya cerita ni memang baik. Tak tahu pula siapa directornya, tapi cerita ni memang bagus. Sepatutnya semua cerekarama kat TV3 ni buat cerita dengan baik macam ni. Dari segi kandungan dan nilai dalam cerita. Dari segi watak dan lakonan. Dialog dan plot. Dah memang banyak drama2 Islam kat tv. Tapi bagi saya, drama ni memang terbaik.


Dakwah Muharram mengisahkan tentang Sulaiman, anak kepada Haji Darus yang menjadi kebanggaan kampung kerana berkelulusan Dakwah usuluddin dari Universiti Al-Azhar. Lakonan Aqasha, ahmad Termizi dan Lydiawati.


PS : Dalam kemeriahan menyambut Maalhijrah, sedih juga tengok tokoh Maalhijrah 2010 tak bertudung...

4 orang menconteng:

selamat tahun baru

P/S : Jom Baca Episod Terbaru Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 38

eh..betol ke tokoh maal hijrah sekarang tak bertudung? tak tahu lak aku...ish macam2 la sekrang ni...

aku miss la tgk citer tu...sedeh...huhu

@Khairyyup... mmg sedih dan menginsafkan...

yang dorg nyanyi lagu tadi itu, Dakwah Muharram eyh ?

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates