Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Bismillahirrahmanirrahim. Entry ini adalah luahan hati aku. Sekadar melepaskan rasa di sini dan aku tak mengharapkan komen pun. Sebab mungkin ramai yang takda idea dan tertanya2, tentang apa yang aku merepek ni.

Aku bukan nak mengata cikgu lama. Tapi memang ada ketidakpuasan di hati aku. Guru lama cakap guru baru tidak matang. Guru baru tidak pandai bawa diri. Guru baru kurang pengalaman. Guru baru tak pandai dalam kawalan kelas. Pendek kata, guru baru banyak kelemahannya. Tapi sedar tak, kebanyakan guru lama terlampau garang kepada murid semasa pnp, guru lama suka lepas tangan kerja2 pada guru baru. Guru lama suka ambil kesempatan. Guru lama suka tindas guru baru. Guru lama ramai yang perasan cara mereka mengajar dah betul.

Kalau kami guru baru tidak bagus dan tidak pandai dalam segala hal, adakah guru lama tidak pernah menjadi guru baru? Masuk saja profesion perguruan, guru tersebut terus menjadi senior dan pandai serba serbi. Terus saja punya pengalaman? Sedarlah wahai guru2 lama, anda juga bermula dari seorang guru baru yang punya banyak kekurangan, seperti kami.

Situasi yang sebenar di sekolah yang banyak aku perhatikan, guru lama agak malas, tak ajar ikut rancangan tahunan pun. Buku tulis murid, sikit saja yang bertulis. Bermakna, guru tak banyak mengajar. Apa nasib murid yang bakal menghadapi peperiksaan pun aku tak tau. Ini kah kehebatan guru2 senior yang boleh dibanggakan? Bagi aku, lama tak semestinya bagus. Walaupun guru lama banyak pengalaman, tapi mungkin juga lama itu jemu dan membosankan. Guru lama perlu sedar, ada banyak lagi cara yang boleh buat guru2 baru respek kepada guru lama selain mengkritik dan memandang rendah kepada kami.

Ada juga guru yang berlagak matang, dan terlampau ikut prosedur. Ini tak boleh, itu tak boleh, itu tak betul... Aku tak suka guru lama yang terlampau “by the book”. Ataupun dalam kata lain, terlalu ikut peraturan. Bagi aku, hasil lebih penting, bukannya cara. Tak perlu terlalu skema untuk jadikan murid atau sesebuah sekolah cemerlang. Buat apa guna cara yang susah jika ada cara yang lebih senang. Guru lama perlu ubah cara berfikir, dan mula berfikir di luar kotak.

Beri kami, guru2 baru peluang untuk belajar dan memperbaiki diri, berikan kami kata2 semangat, bukannya kritikan yang menjatuhkan. Walaupun terdapat perbezaan umur yang ketara, kita semua adalah manusia biasa yang ingin dihormati. Senioriti bukanlah kayu ukur penentu kejayaan seorang guru. Dan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, jika anda seorang guru lama yang berkarat.

7 orang menconteng:

laaaa,guru jg ke?sama la dilema kita.tp cuma 1 nak bgtau,kelapa yg tua x semestinya santan byk.klu byk pun,x semestinya bkualiti.ada guru yg hampir 20tahun mgjr tp x perasan pun ada ksalahan dlm buku teks yg dia ajar.lps sy betulkan,dia mcm xnak terima kenyataan.tpksa la beli buku dr smjung (sy guru d sbh) utk buktikan apa yg dia ajar bpuluh2 tahun 2 adalah benda yg slh.mula2 ayat dia mcm menyindir yg guru baru mcm tunjuk pandai tp hakikatnya kita cuma pbetulkan apa yg dia x pnh perasan stlh bpuluh2 thn mgjr.sbb kita perlu betul2kan yg biasa dan biasa2kn yg betul :)

Sebenarnya dalam few bidang, perkara senioriti ni selalu je jadi masalah. Meskipun akak bukan seorang guru tapi bekerja di jabatan kerajaan memang sakit kepala mikir hal ni. Mula mula akak masuk kerja.. cuba buat pemambahbaikan dari segi pengurusan mesyuarat tapi ditegur senior yang uruskan sebelum akak. Bukan diberi sokongan tapi ditegur pula kata just buat ikut macam apa yang kami buat. Tak usah memandai-mandai katanya.

Adessssss.... sakit otak akak

ita & Suara Kalbu : terima kasih tinggalkan komen utk n3 ni. sbnarnya sy masih rasa sedih ttg beberapa perkara. tq sbb faham dan beri pendapat.

buat apa yg kita yakin adalah betul n pedulikan apa yg org yg perasan n rasa diri mereka unik 2 katakan. yg ptg kita tahu apa yg kita buat itu x slh. anjing menyalak,bukit x akan runtuh

@ita, terima kasih utk kata2 smgt yg memang sy perlukan buat masa ni... Anjing menyalak, bukit tak akan runtuh!

1 je yg perlu kita ingat dik, ada masanya org yg perasan unik ni x mengakui kelemahan mereka (walaupun sudah dibuktikan) malah akan mcuba pelbagai cara utk backup diri mereka.tp mereka pn kena ingt juga,kita guru yg baru ni masuk dlm bidang pdidikan bukan bbekalkan sijil pra sekolah (entah2 kita lg awal dpt degree dr dorg yg lama pakai klulusan diploma.bukan bniat nak blagak tp kdg2 bengang klu org yg perasan diri unik ni tlalu ego dgn senioriti sdgkn slama mereka dlm bidang pdidikan rupanya hanya mjadi tin kosong saja (bunyi je yg gempak tp isinya hempeh)he3..anggaplah mereka yg suka bcakap n mengutuk kita 2 adalah kuli kita yg x pernah dibayar gaji.jgn sesekali mengalah dgn org seperti ini kerana mereka mmg itu yg mereka mahu.pastikan kuli yg x dbayar itu akan sedar senioriti itu hanyalah sekadar roti yg menunggu expired.ni bukan burn yg mluah tp dah sy yg mluah.ekeke...

akak setuju dgn suara kalbu. sebab tu setengah orang tak maju sebab susah nak menerima teguran org lain. akak pun pernah juga jadi ketua prefect masa darjah 6 le. bukan ikut law pun. method kita boleh adjust bagi sempoi dan hasilnya biar menakjubkan. murid2 enjoy cikgu pun lega. memang byk stress dari pelbagai pihak tapi kalau sesama rakan sejawatan tak boleh bertegur memang sedih. sebab tu lah akak tak banyak hal sgt dgn cikgu anak2 akak. cuma kalau ada yg pelik tu mulut ni bertanya juga.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates