Dia merupakan bekas anak murid Hasan Rimau yang menyebar dan mengajar Ratib Hasan Rimau yang sangat sesat dan menyeleweng. Tindakan-tindakan kerajaan yang diambil terhadap kumpulan Ratib Hasan Rimau telah melumpuhkan kegiatan mereka. Pun begitu, sikap lepas pandang penguatkuasa jabatan agama dan lebih gemar berada di pejabat sambil menunggu laporan, menyebabkan Ayah Pin kembali muncul dengan ajarannya yang jauh lebih sesat.
Gundik-gundik tidak rasminya itu kemudian dikahwinkan dengan anggota-anggota kanan kumpulannya. Pun begitu, apabila Ayah Pin menghendaki gundik-gundik tidak rasminya, si suami perlu mengizinkannya dan rela Ayah Pin melakukan apa sahaja kepada isteri mereka.
Hanya selepas media massa menyiarkan tentang kesesatan Ayah Pin, barulah kerajaan mulai bertindak. Pun begitu, sesuatu yang menimbulkan kemusykilan ialah bilamana Ayah Pin dapat meloloskan diri dengan mudah dan perkampungannya di Batu 13, telah dimusnahkan. Sehingga kini, Ayah Pin tidak diburu dan usaha tidak bersungguh-sungguh penguatkuasa Jabatan Agama, sekadar menyaksikan Ayah Pin muncul untuk membuat onar sekali lagi.
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P