Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

SEKALIPUN tidak diletakkan sebarang harapan, pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim tetap mahu membuktikan bahawa dia masih lagi merupakan jaguh badminton tanah air.
Peluang tersebut bakal hadir apabila Hafiz bersama barisan pemain-pemain negara yang lain akan beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2010 di Paris bermula 23 hingga 29 Ogos depan.

“Memandangkan tidak ada sasaran yang diletakkan di bahu saya, jadi saya merasakan ia merupakan satu kelebihan untuk mempamerkan aksi cemerlang tanpa sebarang tekanan.

“Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan boleh dikatakan yang tahap persiapan saya telah mencapai 50 peratus.

“Saya yakin, selepas tamat program latihan di London, saya akan berada pada tahap terbaik bagi menghadapi setiap lawan saya pada kejohanan itu nanti,” jelas Hafiz ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, Hafiz bersama 11 lagi pemain badminton negara berlepas ke England bagi menyertai program latihan intensif di Universiti of Bath sebelum menghadapi kejohanan di Paris nanti. Ia sebagai persiapan awal serta langkah penyesesuaian diri dengan keadaan cuaca di sana selain menikmati segala kemudahan latihan yang disediakan di Bath yang dipercayai mampu meningkatkan tahap permainan barisan pemain negara.

Ditanya mengenai pertembungannya dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei seawal pusingan kedua, Hafiz mengakui tidak gentar sambil melontarkan keyakinan yang dia mampu menumbangkan pemain No. 1 dunia itu.

“Saya tidak kisah menentang siapa pun kerana bagi saya ia semua telah ditentukan.

“Jika takdir menemukan saya dengan Chong Wei seawal pusingan kedua ia bukanlah merupakan masalah besar buat saya sebaliknya saya yakin dapat menewaskannya,” katanya.

Sebagai rekod, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini suatu ketika dahulu pernah menggegarkan pentas badminton dunia apabila mencipta kejutan dengan merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England pada 2003.

Dalam pada itu, Hafiz turut meluahkan kekecewaannya berhubung isu penghantaran pemain menjalani latihan di England yang dianggapnya tidak adil.
Tatkala 11 pemain negara berlepas ke England semalam, Chong Wei telah dikecualikan kerana jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek meminta pelepasan atas alasan-alasan tertentu dan dipersetujui Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Bagi saya ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana ada pemain yang tidak perlu mengikuti latihan di England.

“Sekiranya salah seorang tidak pergi, saya merasakan lebih baik semua pemain terus menjalani latihan dalam negara sahaja dan tidak perlu membazir wang bagi menampung perbelanjaan di sana (England),” tambah Hafiz.

0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates