Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


PEMERGIAN Allahyarham M.Rajoli ternyata memberi kesan yang mendalam buat industri hiburan tanah air. Bakatnya yang pelbagai mampu membuatkan penonton ketawa dan menangis mengikut watak yang diberikan. Apalagi dengan gurau senda yang sering menjadi usikannya kepada keluarga dan rakan-rakan, ia pastinya menjadi memori yang indah.

Sepanjang detik-detik terakhir sebelum menghembuskan nafasnya, Allahyarham hanya ditemani isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhammad Arif. Kedua-dua anak beranak itu tenang menerima ketentuanNya.

Arif berkata, tiada apa yang mampu mereka lakukan melainkan mengalirkan air mata sejak pemergian ayahanda tercinta. Apa pun mereka reda dengan pemergian pelakon itu.

"Sebelum itu, sempat juga arwah berpesan, jaga mak dan kalau boleh dia tidak mahu adik-beradik bergaduh.

"Saya bangga dengannya kerana semangatnya yang begitu kuat ketika bertarung nyawa.

"Apapun, saya enggan memikirkan kenangan bersamanya kerana ia akan membuat saya menangis mengenangkannya," katanya.

Hashimah pula berkata, dia sedikit kekok tanpa suaminya di sisi dan terpaksa menerima hakikat bahawa suami tercinta kini telah pergi.

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan Kopratasa, Sanisudin sangat sedih dengan pemergian pelakon berusia 64 tahun itu. Katanya, sepanjang Allahyarham sakit, dia tidak berkesempatan untuk menjenguk pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

"Kalau saya kata sibuk, memang saya tak perlu beri alasan bukan. Tapi itulah, saya terasa sangat bila Sabri Yunus menghubungi saya tentang pemergian arwah.

"Sekali pun saya tak jenguk dia. Saya harap, dia pergi dengan aman," katanya.

Sabri yang merupakan teman artis yang sering bekerjasama dengannya berkata, dia sempat melawat Allahyarham sebulan lalu dan Allahyarham meminta Sabri untuk mendoakannya sembuh agar dapat aktif semula di bidang lakonan.

"Sepanjang perkenalan saya dengannya, dia seorang lelaki yang suka bergurau dan gemar menghiburkan orang-orang sekelilingnya.

"Tambah pula bila kami bekerjasama dalam sitkom Salam Pantai Timur di sekitar tahun 2001 hingga 2005, banyak kenangan manis yang kami kongsi bersama.

"Setahu saya juga, dia tidak pernah marah orang," ujar Sabri.


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates