Cuba anda senaraikan seberapa banyak kebaikan yang telah ibu anda lakukan kepada anda. Sekiranya anda menulis dengan bersungguh-sungguh, anda pasti akan menangis mengenangkan betapa besar kasih sayang seorang ibu. Cuba anda tulis pula kebaikan yang telah anda lakukan kepada ibu anda. Sekarang, bandingkan, yang mana lebih banyak.
Ya, sangat sedikit kebaikan yang telah kita lakukan kepada ibu kita. Cuba anda kenang kembali kata-kata anda yang telah mengguris hati ibu. Kenangkan kembali saat kamu menengking ibu mu sendiri! Tapi jangan bimbang, hati seorang ibu itu selalu memaafkan, dan dia menyejukkan hatinya sendiri dengan alasan, kamu masih keanakan dan masih belum mengerti. Dan dia amat sayangkan kamu! Tidak ada apa yang dapat mengubah itu semua. Kerana kamu adalah anaknya yang membesar di dalam rahimnya selama 9 bulan.
Jadi berhentilah menjadi anak-anak kecil. Janganlah kamu mengguris hati ibumu lagi. Jangan sesekali kamu membiarkan ibu berkecil hati dan menitiskan air mata kerana sikap mu yang angkuh.
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P